Other side of me

Showing posts with label Persoalan. Show all posts
Showing posts with label Persoalan. Show all posts

Friday

Hati seorang ibu

Alhamdulillah. Semalam genap setahun umur anak kedua saya, bermakna telah cukup setahun saya menyusukan anak-anak saya secara tandem nursing. Jujurnya tandem nursing bukan satu perkara yang mudah untuk dijayakan. Saya beberapa kali berbincang dengan suami ingin menceraikan penyusuan anak sulung kerana keletihan. Walau pun akhirnya saya mengalah dan meneruskan penyusuan tetapi terdapat kekesalan yang agak mendalam dalam diri saya kerana kadang kala saya memarahi mereka apabila terlalu kerap meminta susu. Maafkan ibu. Ibumu belum cukup penyabar.

Saya masih belum sampai hati hendak menceraikan susu kepada anak sulung kerana saya melihat dia masih belum cukup bersedia. Walau pun secara emosinya saya telah bersedia. 

Saya juga ada merasa ragu-ragu akan tindakan saya meneruskan penyusuan. Jauh disudut hati saya, saya agak bimbang memandangkan berat anak sulung tidak mencapai pada tahap yang ideal. Saya bimbang sekiranya sayalah penyebabnya. Adakah kerana dia terlalu bergantung pada susu, dan kurang mendapat khasiat daripada makanan lain. Saya akui, anak sulung gemar makan sayuran tetapi agak liat untuk makan nasi.

Saya sedang cuba menyediakan lebih banyak variasi bagi menu pemakanan sehariannya. Beratnya perlu bertambah sebelum 6 Julai, kerana pada tarikh itu kami akan bertemu dengan paed bagi penilaian beratnya. Semoga saya berjaya.

Sunday

Pesanan buat suami

Saya pernah terbaca alasan seorang wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya adalah kerana ingin menjaga penampilan. Ada yang takut payudara kendur apabila menyusukan anak. Tak kurang juga suami yang bukan saja tidak memberikan sokongan kepada isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak dengan susu ibu, malah ada juga yang sanggup memberikan kata dua kepada isteri kerana penampilan isteri tidak lagi seperti zaman anak dara. Sokongan suami dan orang-orang yang rapat juga merupakan antara faktor utama kejayaan penyusuan susu ibu selain dari pengetahuan dan informasi yang tepat.

Buat para suami, ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Di mana seorang suami perlu menyediakan keperluan isteri supaya wanita itu dapat menyusukan bayinya sebagai mana yang telah diperintahkan oleh Allah. Walau pun penyusuan susu ibu bukan perkara yang diwajibkan tetapi ia merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak yang dilahirkan. Sehinggakan walau pun sekiranya mereka bercerai, suami iaitu bapa kepada anak itu perlu memberikan ganjaran kepada bekas isteri yang menyusukan anak mereka sehingga umur bayi itu dua tahun. Sekiranya isteri enggan atau isteri meninggal dunia, bapa itu bertanggungjawab mencari seorang ibu susuan bagi melengkapkan keperluan penyusuan sehingga umur anak itu dua tahun.

Walau pun penyusuan dengan ibu susuan adalah perkara yang amat jarang kita dengari pada zaman ini, tetapi perlu diketahui bahawa pilihan yang Allah telah berikan kepada kita semua selepas ibu kandung adalah ibu susuan. dan bukan susu formula. Bagaimana pun saya di sini bukan berniat memperlekehkan atau menyalahkan ibu bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Saya hanya sekadar mengingatkan diri saya tentang pilihan yang diberikan kepada saya.

Kepada semua individu yang telah mendirikan rumah tangga dan juga yang bakal mendirikan rumah tangga. Perlu kita semua ingat bahawa perkahwinan bukan hanya mengenai hubungan s*ksual semata-mata. Manakala fungsi utama payudara wanita bukanlah sebagai daya tarikan s*ksual. Ia adalah untuk penyusuan susu ibu. Oleh itu sedarlah bahawa anak-anak itu wajar diberikan dengan apa yang sepatutnya menjadi haknya. Iaitu susu ibunya.

Oleh itu, sebagai seorang suami, cintailah isteri anda. Berikanlah sokongan kepada isteri yang bersusah payah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada cahaya mata anda berdua. Seorang isteri dan ibu telah memberikan pengorbanan yang besar dalam menjalankan tanggungjawabnya. Bukankah isteri itu bersusah payah membawa kandungan selama sembilan bulan, bertarung dengan maut ketika melahirkan zuriat anda. Oleh itu hargailah ia. Berikanlah sokongan kepada mereka. Sabarlah untuk dua tahun penyusuan. Semua wanita mahukan penampilan yang hebat dan tubuh badan yang menawan untuk dipersembahkan kepada suami yang tercinta. Tetapi dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu mereka mengorbankan seketika cita-cita tersebut. Bagi saya susu ibu mempunyai terlalu banyak kebaikan untuk ditukarkan dengan tubuh badan yang menawan.

Selamat Hari Ibu (terlambat sehari :D)

BACA
penyusuan susu ibu bukan penyebab payudara kendur
kebaikan susu ibu
berdiet ketika breastfeed
cara dapatkan sokongan suami

Monday

Info tambahan tentang berak bayi

Seperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum ini  what goes is must come out. Secara asasnya semua orang perlu berak. Walau pun topik berak ni sedikit menjijikkan sampai ada orang yang tak sanggup tengok najis sendiri atau tak sanggup nak cuci punggung anak sendiri sebab geli. Perkara seperti kekerapan normal, warna najis dan tahap kesihatan bayi adalah antara perkara penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa.


Peringkat awal kelahiran - Enam bulan pertama
Pada minggu pertama kelahiran, bayi akan mengeluarkan najis melekit berwarna hijau gelap sebanyak 4 hingga 5 kali. Ia adalah merupakan najis yang terkumpul sepanjang sembilan bulan bayi berada dalam kandungan ibunya. Ia mengandungi sejenis bahan yang dipanggil mecomium. Kolustrum dalam susu ibu membantu menolak mecomium keluar dari usus bayi. Lebih cepat dan kerap bayi disusukan, lebih cepat mecomium keluar melalui najis bayi tersebut. Mecomium yang terkumpul dan lambat dikeluarkan boleh menyebabkan jaundis. Oleh itu, ibu-ibu perlu menyusukan bayi sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam masa 24 jam bagi mengeluarkan semua mecomium yang terkumpul dalam sistem bayi. Najis bayi sepatutnya bebas dari mecomium selepas 3 hari kelahiran mereka. Bagi bayi yang tidur dengan kerap dan kurang menyusu, ibu-ibu hendaklah mengejutkan mereka untuk disusukan setiap 2 jam sekali. Setelah semua mecomium dikeluarkan, najis bayi biasanya berwarna coklat dan hijau kekuningan. Najis ini tidak melekit dan lebih mudah dibersihkan dari permukaan kulit bayi. Apabila susu semakin banyak terhasil, najis bayi akhirnya berubah ke warna kekuningan (seperti warna mustard) dan mempunyai sedikit tekstur berbiji-biji. Najis bayi kekal seperti ini  selagi ia disusukan dengan susu ibu secara ekslusif.


Setelah kolustrum susu bertukar menjadi susu matang, bayi biasanya akan berak lebih kurang 2 hingga 5 kali sehari. Ada juga bayi yang berak hanya sekali  seminggu, sekiranya najisnya tidak berbentuk, lembut dan tidak kering ini menunjukkan ia mendapat susu awal dan akhir (foremilk & hindmilk) yang mencukupi.  Najis yang terlalu cair dan berwarna kehijauan menunjukkan bayi mungkin tidak mendapat cukup hindmilk. Najis yang cair ini juga menunjukkan bayi anda sensitif dengan ubatan atau makanan yang diambil oleh ibunya. Biasanya ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil produk tenusu sehingga 3 minggu. Sekiranya terdapat perubahan pada najis bayi (najis normal), tambahkan sedikit demi sedikit produk tenusu dalam diet. Mulakan dengan keju. Jika najis bayi menjadi terlalu cair, ibu mungkin terpaksa mengambil alternatif lain bagi sumber kalsium dan protein utama mereka.


Bagi bayi yang minum susu formula, mereka sepatutnya berak sekurang-kurangnya sekali sehari. Tidak seperti najis bayi yang hanya minum susu ibu, najis bayi yang disusukan dengan susu formula lebih pejal dan lebih banyak kerana tidak semua susu yang diminum akan dapat dihadamkan. Baunya juga lebih kuat berbanding bau najis bayi yang disusukan hanya dengan susu ibu. Sekiranya bayi tidak berak, najis akan duduk lebih lama dalam usus dan menjadi lebih kental. Ini akan menyebabkan masalah kembung perut dan ketidakselesaan pada bayi. Sekiranya dibiarkan lebih lama, masalah sembelit akan terjadi.


Selepas enam bulan
Selepas tempoh ini, biasanya kekerapan bayi berak akan semakin berkurangan. Najis bayi yang telah mula diberikan makanan separa pejal akan menjadi lebih kental berbanding bayi yang hanya disusukan dengan susu ibu. Selain itu, ia juga mempunyai bau yang lebih kuat (lebih mendekati najis orang dewasa)


Bayi yang telah mula diberikan makanan separa pepejal perlu berak setiap hari (Rule what goes in MUST comes out) Warna najis mungkin berubah mengikut makanan yang diberikan kepada mereka. Sebagai contoh, bayi yang diberikan lobak merak biasanya mengeluarkan najis yang berwarna oren. Pada peringkat awal, makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dilihat dalam bentuk kismis dalam najis bayi. Bagaimana pun keadaan ini akan berubah apabila sistem pencernaan bayi menjadi semakin matang dan dapat memproses makanan tersebut dengan baik.


Warna najis bayi
Warna normal najis bayi adalah kekuningan hingga coklat. Sekiranya warna najis bayi kehijauan dan kelihatan terlalu poros atau berair, bayi mungkin mendapat terlalu banyak laktos (terkandung dalam foremilk) Najis yang mengandungi darah (berwarna merah) menunjukkan terdapat kecederaan pada usus bayi. Ini biasanya berpunca dari sembelit. Sekiranya najis berwarna hitam, melekit dan berbau busuk. Ia mungkin adalah petanda terdapat pendarahan pada bahagian perut. Rujuk doktor sekiranya anda mendapati najis bayi berkeadaan seperti ini. Najis yang berwarna putih menunjukkan hati atau hempedu tidak berfungsi dengan baik.


Bagaimana pun, warna makanan yang dimakan juga memberikan warna berlainan pada najis. Warna merah mungkin juga disebabkan oleh tomato jus atau pewarna dari sirap.

Sekiranya bayi mengalami masalah sembelit elakkan dari memberikan mereka buah limau, kerana tahap keasidannya mungkin boleh mencederakan perut bayi.


Baca lebih info tentang warna dan tekstur najis DISINI, DISINI
Info tentang najis berdarah - Kellymom
Penjelasan dari Pregnancybaby 

Bayi tak berak

Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
Apa yang perlu di ambil perhatian?
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.

Thursday

Ibu menyusu perlukan supplement atau tidak

Saya mungkin tergolong dalam kumpulan wanita (cewah~) yang bertuah kerana boleh dikatakan berjaya memberikan penyusuan susu ibu hampir sepenuhnya kepada kedua orang cahaya mata saya. Pada peringkat awal, saya beranggapan bahawa penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu bekerja adalah mustahil kerana langsung tidak terdedah dengan kaedah memerah susu menggunakan pam dan kaedah penyimpanan susu ibu. Malah saya bercadang memilih jenama susu formula yang terbaik dipasaran untuk si manja saya apabila mula bekerja kelak. Namun, saya bernasib baik kerana secara tidak sengaja menemui komuniti susuibu.com yang memberikan banyak informasi berguna sekaligus membuka mata saya tentang kebaikan penyusuan susu ibu.
Saya semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik buat si manja apabila suami turut memberikan sokongan setelah saya menyatakan hasrat saya. Bagaimana pun, seperti ibu-ibu lain juga terdapat banyak cabaran yang saya hadapi sejak mula melahirkan anak sulung,  cabaran terhebat adalah apabila saya disahkan mengandung ketika anak sulung saya berumur satu tahun. Saya memperbanyakkan sesi memerah  di tempat kerja serta di rumah dan mengambil beberapa jenis makanan  dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu. Bagaimana pun hormon  yang semakin tidak stabil ditambah dengan tekanan di tempat kerja  memaksa saya menggunakan stok yang sedia ada dan akhirnya terpaksa memberikan  susu formula kepadanya.

Saya seorang yang percayakan sumber semulajadi lebih baik dari pengambilan pemakanan tambahan. Lebih-lebih lagi apabila kebanyakan sumber rujukan saya menyatakan bahawa diet ibu tidak begitu mempengaruhi kualiti susu yang terhasil. Ketika seorang sahabat menyarankan agar saya mula mengambil supplement tambahan bagi menambah pengeluaran serta kualiti susu yang dihasilkan saya hanya mendengar bagai angin lalu. Bagaimana pun, selepas bersalin anak kedua saya tergerak untuk mencuba mengambil B complex kononnya untuk membantu menambah selera makan di samping mengurangkan masalah tekanan. Hasilnya sungguh menakjubkan kerana ketika memerah susu saya melihat susu tersebut kelihatan lebih berkrim dari susu yang biasa saya perah ketika tidak mengambil apa-apa pemakanan tambahan. Pengalaman tersebut mengajar saya bahawa pengambilan pemakanan tambahan sebenarnya sedikit sebanyak menyumbang kepada penghasilan susu yang lebih berkualiti buat si manja. (Saya mengandaikan bahawa B complex yang dimakan mengalir dalam susu dan memberikan warna kekuningan pada susu dan membuatkannya kelihatan lebih berkrim :D) Setelah itu, saya lebih bersemangat untuk meneruskan pengambilan supplement sebagaimana yang disyorkan oleh sahabat saya.

Selain dari kesan atas susu yang dihasilkan, apa yang saya dapat katakan adalah setelah mengamalkan pengambilan suppelement saya kurang mengalami masalah sukar bangun pagi, lebih bertenaga, tidak mengantuk pada waktu siang dan tidak mudah mendapat jangkitan selesema.
Bagaimana pun, saya masih lagi percaya bahawa mengamalkan pemakanan seimbang sebagaimana yang disyorkan adalah yang paling utama. Pemakanan tambahan adalah bertujuan untuk memberikan penambahan pada mana-mana diet yang terkurang kerana adakalanya saya tidak dapat mengikuti jadual pemakanan seimbang seperti yang disyorkan. Sebagai contoh; hidangan sayur dan buah yang perlu diambil adalah 3-4hidangan. Biasanya saya hanya makan hidangan buah sekali atau dua kali sehari, oleh itu pengambilan supplement tambahan sedikit sebanyak dapat mencukupkan keperluan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh saya bagi hari tersebut.

Kesimpulannya sama ada individu itu tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira menyusukan anak atau tidak perlu melihat kepada pemakanan mereka sendiri untuk menentukan sama ada mereka memerlukan pemakanan tambahan (supplement) atau sebaliknya. Bagi ibu yang menyusukan anak, pengambilan vitamin tambahan adalah lebih kepada bagi keperluan kesihatan diri sendiri. Tidak ada jawapan betul atau salah bagi persoalan ini. Badan kita adalah doktor terbaik yang dapat memberitahu apa yang diperlukan :)

Wednesday

Bila si kecil suka melekap

Tahun 2011 memang tahun murah rezeki buat kawan-kawan terdekat, sejak awal tahun lagi ramai yang beroleh cahaya mata. Tahniah buat ibu bapa yang baru saja menimang cahaya mata. Tahniah juga buat ibu-ibu yang memilih untuk menyusukan bayi mereka dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya. Buat yang tidak berjaya, diharap agar tidak putus asa kerana terdapat banyak kaedah untuk menambah pengeluaran susu ibu. Bagi kaum bapa, tunjukkan sokongan kepada isteri atas pengorbanan mereka memberikan komitmen dalam usaha untuk memberikan yang terbaik buat cahaya mata anda. Anda mungkin bernasib baik kerana tidak perlu bangun di tengah malam untuk membancuh susu buat si manja, tapi bersedialah membantu isteri menukar lampin.

Bagi yang pertama kali melalui pengalaman menyusukan bayi tentu rasa teruja apabila melihat si manja khusyuk menyusu tanpa menghiraukan hiruk pikuk persekitaran. Mungkin ramai yang mengadu sakit pinggang apabila mulut kecil itu enggan melepaskan pautan pada ibu. Jangan susah hati kerana perkara ini adalah perkara normal yang berlaku kepada semua bayi yang baru lahir. Biasanya ia tiada kena mengena dengan ibu kurang susu lalu menyebabkan bayi tersebut lapar. Bayi yang baru lahir belum dapat membiasakan diri dengan kehidupan di dunia baru. Dunia di dalam rahim ibunya, ia sentiasa dilindungi oleh cecair amnion dan sentiasa dekat dengan ibunya sehinggakan setiap degupan jantung ibunya dapat didengari oleh bayi tersebut. Apabila ia dilahirkan tentulah bayi itu berasa kurang selamat kerana ia tidak lagi mendengar degupan jantung ibunya.

Ibu bapa dinasihatkan agar tidak menambah susu formula dalam diet bayi yang sedang diberikan susu ibu sepenuhnya. Ini kerana susu ibu adalah sangat unik di mana semakin banyak diminum, semakin banyak yang akan terhasil. Sekiranya anda mula menambah susu formula ke dalam diet bayi,  penghasilan akan berkurangan kerana permintaan yang berkurang. Ini seterusnya akan menggagalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Tidak dinafikan bayi yang disusukan dengan susu formula akan tidur kekenyangan lebih lama berbanding bayi yang disusukan dengan susu ibu. Ini adalah kerana, susu formula lebih sukar untuk dihadamkan berbanding susu ibu. Oleh itu, bayi akan berasa kenyang lebih lama. Untuk makluman ibu-ibu, kenyang lebih lama bukanlah semestinya perkara yang baik bagi bayi kerana apabila susu formula boleh menyebabkan bebanan pada sistem penghadaman bayi dan menyebabkan masalah seperti kembung perut dan sembelit. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa bayi yang disusukan dengan susu formula lebih cenderung mengalami masalah berkaitan dengan sistem penghadaman seperti gastrik apabila mereka dewasa kelak. Begitu juga dengan bayi yang diberikan makanan separa pepejal terlalu awal.

Di sini saya ingin berkongsi tips bagi menghadapi krisis bayi kerap ingin menyusu pada jangka masa lama

(1) Sekiranya menyusukan dalam keadaan duduk, pastikan kedudukan selesa. Pastikan ibu tidak membongkong. Sokong kedudukan bayi dengan bantal, dan susukan dalam keadaan bersandar dapat mengelakkan dari sakit pinggang.
(2) Sekiranya menyusukan dalam keadaan baring, pastikan anda mengiring mengadap bayi dengan belakang disokong oleh bantal. Kemudian letakkan satu bantal di celah kaki. Letakkan juga bantal kecil untuk menyokong kedudukan bayi
(3) Jangan risau tentang kerja rumah yang terbengkalai kerana dalam tempoh berpantang anda sepatutnya lebih menumpukan perhatian pada bayi dan diri sendiri. Dapatkan bantuan suami atau orang lain untuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi ketika bayi tidur. Jangan sesekali cuba membuat kerja rumah ketika ini.
(4) Sentuhan dapat membantu bayi agar tidur lebih lena. Urut bayi secara lembut selepas dimandikan dengan minyak bayi. Bagaimana pun pastikan anda kejutkan bayi untuk disusukan setiap 2 jam sekali bagi menggalakkan pengeluaran.
(5) Sebaik yang mungkin, elakkan dari memberikan puting kosong atau penyusuan susu ibu melalui botol pada 2-3 minggu pertama bayi. Ini penting bagi mengelakkan dari kekeliruan puting yang akan menjejaskan penyusuan secara terus (direct feeding) dan seterusnya boleh menyebabkan kegagalan badan menghasilkan susu yang cukup untuk keperluan si manja.
(6) Menurut kajian, kelaparan bukanlah faktor utama yang menyebabkan bayi menangis. Antara punca tangisan bayi adalah seperti, mahukan perhatian/belaian, tidak selesa kerana lampin basah, perut kembung atau kesejukan.
(7) Makan makanan seperti oat, supplement alfalfa, protein powder dan makanan kaya vitamin b (atau tablet b complex) dan omega-3 sedikit sebanyak membantu menambah pengeluaran susu dan sedikit sebanyak menambah kepekatan (memperbaiki kualiti lemak yang terkandung dalam susu)

Jangan lupa sendawakan bayi setiap kali selepas menyusu. Bayi juga mempunyai kecenderungan menghisap susu lebih lama untuk menghilangkan sucking needs mereka (maaf tak pasti terms dalam bahasa) Ada kajian menunjukkan bahawa bayi yang dipenuhi sucking needs nya akan cenderung untuk tidak merokok apabila mereka dewasa kelak. Jadi kepada ibu-ibu, usahlah mengeluh bila bayi nak melekap lebih lama :)

Tuesday

Siapa betul?

Sejak bersalin anak kedua ni saya sering berhadapan dengan orang-orang yang tidak menyokong tandem nursing dan penyusuan selepas umur dua tahun. Kebetulannya anak sulung cukup dua tahun lebih kurang tiga bulan lepas kelahiran adiknya. Saya dan suami sudah bersetuju meneruskan penyusuan susu ibu kepada si sulung memandangkan menurut maklumat yang saya dapati dari internet, 

- Islam menggalakkan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun, tetapi tiada larangan sekiranya hendak meneruskan penyusuan selepas cukup tempoh tersebut
- Tiada bukti saintifik yang menunjukkan penyusuan selepas dua tahun membawa keburukan kepada kanak-kanak
- Ramai ibu-ibu yang masih meneruskan penyusuan selepas dua tahun, malah tak kurang juga yang menyusukan seorang anak lain dalam masa yang sama
- Ramai pakar laktasi berpendapat kebanyakan ibu yang mengamalkan tandem nursing tidak mengalami masalah kekurangan susu.
- Tandem nursing sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah sibling rivalry. Malah, dapat menjalin hubungan erat antara adik-beradik.

Ramai yang mempunyai pendapat berbeza dan oleh kerana itu, saya terpaksa mengambil langkah untuk tidak memberikan sebarang komen bagi mengelakkan perkara yang kurang menyenangkan. Antara pendapat yang sering saya terima
- Abang ambik hak adik nanti
- Budak yang menyusu lebih dua tahun nanti jadi degil
- Kalau dia berhenti menyusu nanti makan banyak. 

**Saya tidak menafikan anak sulung agak kecil berbanding kanak-kanak pada tahap umurnya. Tetapi saya agak risau sekiranya memberhentikan penyusuan susu ibu terhadapnya, bukan saja dia tidak minum susu, malah tak mahu makan banyak.Inilah dilema yang saya hadapi. Bagi saya, saya tidak menyalahkan mereka yang menghalang saya meneruskan penyusuan 100%, dan saya juga tidak berani mengatakan yang tindakan saya meneruskan penyusuan adalah betul 100%. 

Bagaimana pun, saya berpendapat bahawa pada saat ini, saya meneruskan penyusuan untuk kebaikan anak saya. Mungkin orang lain yang menghadapi keadaan seperti saya tidak akan meneruskan penyusuan kerana mereka berpendapat penyusuan selepas dua tahun akan membawa keburukan kepada anak mereka. Saya tidak sedikit pun menyalahkan mereka, kerana menurut Islam, penyusuan sehingga umur dua tahun adalah mencukupi. Cuma, buat masa ini, saya belum bersedia memberhentikan penyusuan susu ibu kepada anak sulung.
Jadi, hormatilah keputusan saya sebagaimana saya menghormati keputusan orang lain kerana saya kasihan pada anak sulung bila orang kata "jangan ambik hak adik tu". Saya ibu kepada keduanya, kedua anak saya mempunyai hak pada susu ibu mereka.

Kering susu

Menurut kajian, ramai ibu-ibu di Malaysia yang tidak meneruskan penyusuan susu ibu selepas habis tempoh berpantang. Kebanyakan yang saya temui memberikan alasan susu mereka kering secara tiba-tiba apabila mereka mula bekerja. Terdapat juga alasan-alasan lain yang bagi saya kurang logik yang diberikan kerana kurang ilmu berkaitan dengan penyusuan.


Sebagaimana yang kita ketahui, pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan konsep supply & demand. Pengeluaran susu ibu akan berterusan dan semakin banyak dengan stimulasi yang baik dan stimulasi yang terbaik adalah hisapan dari bayi itu sendiri.

Dengan kata lain, semakin banyak dan kerap ibu-ibu menyusukan bayi mereka, semakin banyak susu akan dihasilkan. Penghasilan akan berkurangan sekiranya ibu tersebut
- mengalami tekanan perasaan
- mengandung (bagi sesetengah wanita)
- datang haid (bagi sesetengah wanita)
- makan pil perancang atau kaedah merancang keluarga lain yang berasaskan hormon


Bagaimana pun, penghasilan masih ada cuma agak terjejas disebabkan oleh faktor-faktor yang telah disebutkan.Mungkin kerana saya tidak pernah mengalami keadaan air susu kering secara tiba-tiba, saya tidak dapat memahami punca sebenar bagaimana ia boleh berlaku. Apa pun, saya menyarankan agar ibu-ibu yang mahu meneruskan penyusuan agar terus memberikan susu ibu kepada bayi mereka.

(1) Tambah kekerapan menyusu dan luangkan lebih banyak masa untuk menyusukan bayi. Sekiranya perlu, ambil cuti beberapa hari untuk bersama dengan bayi.Ketika ini, minta bantuan suami untuk menyiapkan kerja-kerja rumah.
(2) Banyakkan berehat. Sentiasa memikirkan perkara yang menggembirakan dan elakkan dari rasa tertekan.
(3) Setelah selesai menyusukan bayi, pam saki baki susu yang tinggal untuk meningkatkan stimulasi
(4) Ambil makanan atau supplement yang dapat membantu pengeluaran susu. Makan secukupnya dan elakkan dari diet yang melampau.
(5) Elakkan dari memberikan susu formula kepada bayi kerana ini akan menyebabkan bayi kekenyangan dan kurang menyusu. Akhirnya susu akan menjadi semakin berkurangan kerana kurang stimulasi. Sebaik-baiknya elakkan dari menyimpan susu formula di rumah kerana ini akan menyebabkan ibu akan menyediakan satu tanggapan bahawa "kalau susu ibu tak cukup susu formula pun ada".(Demand kurang - Supply akan berkurangan)

Sentiasa dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan-rakan yang sama-sama menyusukan bayi bagi mengelakkan dari rasa putus asa. Dapatkan bantuan nasihat dari pakar laktasi sekiranya perlu.

Saturday

Berat bayi tidak bertambah!!

Saya percaya ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka sepenuhnya yang menghadapi masalah bayi mereka tidak membesar atau menambah berat badan sebagaimana graf tumbesaran yang sepatutnya dan seterusnya menerima kritikan seperti

(1) Anak ko tak cukup susu ni...
(2) Susu ko takde khasiat agaknya..

Ini akan memberikan tekanan kepada ibu tersebut lebih-lebih lagi sekiranya ibu tidak mempunyai persediaan yang lengkap untuk menghadapi kritikan dan pengetahuan secukupnya tentang penyusuan susu ibu. Akhirnya mereka akan berputus asa dan mula memberikan susu formula kepada bayi secara berperingkat. Perlu diketahui bahawa dengan memberikan susu formula kepada bayi ibu akan menyebabkan pengurangan dalam penghasilan susu ibu kerana penghasilan susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep supply and demand.

Mengenalpasti punca kurangnya pertambahan berat bayi

- Adakah bayi menyusu dengan kerap? Berapa kerapkah anda perlu menukar lampin bayi. Ini akan menentukan sama ada bayi mendapat susu/nutrisi yang cukup atau tidak. Sesetengah bayi yang menyusu dengan susu ibu secara exclusive mungkin tidak berak setiap hari, tetapi mereka akan kencing dengan kerap sekiranya mendapat susu yang cukup.
- Adakah ibu yang menetapkan masa bila bayi sepatutnya bertukar dari menyusu sebelah kanan payudara ke sebelah kiri?
- Adakah pelekapan bayi betul dan mendapat susu setiap kali menghisap susu dengan anda?
- Adakah bayi anda sakit


Bagaimana cara untuk memastikan bayi menambah berat badan
(1) Bagi bayi yang berumur kurang dari 6 bulan, kurangkan atau hentikan pengambilan makanan separa pejal kerana susu ibu adalah sumber nutrisi yang lengkap bagi bayi yang berumur 6 bulan ke bawah. Dengan memberikan makanan tambahan kepada bayi, bayi tersebut akan berasa kenyang dan menyebabkannya kurang menyusu
(2) Tidur bersama bayi sedikit sebanyak dapat menambah kekerapan penyusuan dan menambah rembesan prolaktin yang dapat memperbanyakkan susu ibu
(3) Susukan bayi setiap 2 jam sekali. Pastikan anda membiarkan bayi membuat keputusan untuk berhenti dari menyusu kerana sekiranya bayi tidak mendapat kedua-dua jenis susu ia boleh menyebabkan bayi tidak mendapat nutrisi yang secukupnya setiap kali ia menyusu. (susu pada peringkat awal lebih cair, dan peringkat akhir lebih pekat dan kaya dengan nutrisi)
(4) Kaedah mengurut dapat membantu sistem pencernaan bayi seterusnya membantu menambah berat badan bayi
(5) Urut payudara ketika mengepam atau menyusukan bayi. Ini akan membantu pengaliran susu yang lebih lancar dan membantu pertambahan berat bayi.


Ada sesetengah pendapat menyarankan agar ibu-ibu yang memerah susu mengumpulkan lapisan lemak yang terkumpul di bahagian atas susu dan dicampurkan ke dalam satu bekas. Ini adalah untuk memastikan bayi mendapat lebih kalori dalam sekali penyusuan. Bagaimana pun saya sendiri belum pernah mencubanya. Mungkin ada ibu-ibu yang telah mencubanya boleh berkongsi pengalaman ;)

Tuesday

FAQ - Menyusu sewaktu mengandung dan tandem nursing

Antara persoalan yang perlu diketahui

Isu kesihatan
- Adakah selamat menyusukan sewaktu mengandung?
- Adakah selamat menggunakan pam sewaktu mengandung?
- Adakah kuman lebih cepat tersebar kepada kedua-dua bayi yang disusukan sewaktu tandem nursing?

Nutrisi
- Nutrisi bagi ibu
- Adakah menyusu sewaktu mengandung akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan?

Susu ibu
- Bagaimana perubahan susu ibu sewaktu mengandung dan sewaktu tandem nursing?

Ketidakselesaan dan perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu mengandung
- Tips bagi membuat keputusan sama ada hendak meneruskan penyusuan atau menghentikan penyusuan apabila mengandung dan tandem nursing
- Adakah meneruskan penyusuan sewaktu mengandung menyebabkan bayi akan berhenti menyusu sebelum sampai waktunya?
- Apa yang akan berlaku sekiranya saya ingin menceraikan susu?
- Masalah penyusuan ketika mengandung
- Bagaimana penyusuan akan memberi kesan kepada rasa mual (morning sickness) ketika mengandung?
- Menyusukan bayi sewaktu melahirkan anak

Tandem Nursing
- Adakah saya akan menyukai tandem nursing? Adakah berbaloi untuk saya tandem nursing kedua-dua anak saya?
- Puting pedih dan bengkak susu selepas melahirkan anak
- Adakah bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan terlebih dahulu setiap kali?
- Apakah posisi terbaik ketika tandem nursing?
- Bagaimanakah tandem nursing akan memberi kesan kepada hubungan kedua anak saya (sibling rivalry)?
- Bagaimana menjawab kritikan mengenai tandem nursing?

Friday

Sukarnya menyusukan di tempat awam/terbuka

Ramai ibu-ibu muda berasa malu dan segan untuk menyusukan bayi mereka di tempat-tempat awam contohnya di shopping complex ketika membeli belah mahu pun di kedai-kedai makan. Selain dari takut aurat mereka terbuka ketika proses penyusuan, ada juga yang berasa malu dengan pandangan masyarakat terhadap mereka sekiranya mereka menyusukan secara terbuka. Oleh itu, ramai yang merasakan aktiviti mereka akan terhalang atau tergendala kerana penyusuan.

Sebenarnya menyusukan bayi di tempat awam tiada masalah sekiranya tahu caranya. Beberapa tips berguna bagi yang ingin menyusukan di tempat awam.

(1) Susukan bayi sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

(2) Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas yang telah memulakan makanan separa pejal, pastikan mereka makan sebelum keluar ke tempat yang di tuju. Bawa bekalan makanan seperti biskut dan air, berikan kepada mereka sekiranya mereka berasa lapar ketika masih di tempat awam.

(3) Sekiranya hendak bershopping cuba cari pusat membeli belah yang menyediakan bilik khas untuk menyusukan bayi. Seperti Sunway Pyramid, Jusco dan sebagainya.

(4) Jika tiada bilik khas untuk menyusukan bayi, gunakan selendang atau nursing cover. Bagi yang bertudung, gunakan tudung untuk melindungi aurat dari terdedah. Sekiranya tidak yakin, berlatih di depan cermin untuk memastikan aurat tidak terdedah ketika menyusukan bayi.

(5) Pakai pakaian yang sesuai. Tidak semestinya memakai baju khas untuk menyusukan, hanya pastikan anda memakai pakaian yang agak longgar agar mudah untuk selak menyelak ketika hendak menyusukan bayi.

(6) Sekiranya keadaan memaksa untuk menyusukan di tempat awam, tenangkan hati dan jangan berasa malu atau segan. Ingatkan diri bahawa anda sedang menunaikan tanggungjawab kepada bayi anda. Tiada apa yang perlu dimalukan.

Wednesday

Adakah haram penyusuan selepas 2 tahun

Setakat pembacaan dan kefahaman saya penyusuan susu ibu adalah sangat dituntut sehingga umur bayi 2 tahun menurut Al-Quran. Melainkan sekiranya si ibu tidak mampu meneruskan penyusuan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat lagi dielakkan maka setelah mendapat persetujuan dari suaminya (bapa kepada bayi) maka, diharuskan untuk dihentikan. Bagaimana pun, suaminya (bapa kepada bayi) tersebut hendaklah mencari seorang ibu susuan bagi bayi tersebut bagi menyusukan bayi itu sehingga cukup umurnya 2 tahun untuk menyempurnakan tanggungjawabnya kepada bayi tersebut. Bagaimana pun, zaman sekarang ni amat sukar hendak mencari ibu susuan, maka ramai antara kita yang memilih susu formula.

Berbalik kepada persoalan sama ada haram atau tidak meneruskan penyusuan selepas 2 tahun, jawapannya adalah tidak sama sekali. Hukumnya adalah diharuskan.

Jawapan selanjutnya yang dipetik dari Islam Web - Fatwa center - Ruling on Breastfeeding

Q : At what age (beyond two years) would breast-feeding become a Haram act?

A :
Breast-feeding the baby is obligatory as long as it can not do without it. The scholars are not agreed over this issue. In the Malikite school of Fiqh, scholars believe that it is mandatory on the mother to breast-feed her baby as long as she is the wife of the father of the child. But if she was divorced a Bain divorce (divorced three times) she is not obliged to breast-feed him and also, if she is a noble woman who does not habitually breast-feed her children like women in her status. In both cases the woman is not obliged to breast-feed her child unless he does not accept the breast of other women.

The majority of the scholars believe that it is not compulsory on the mother to breast-feed her baby regardless of her being married or divorced except when the baby refuses to suck other woman or the husband can not hire a woman to breast feed his baby. Their evidence is the following verse: Allah Says (interpretation of meaning): "But if you make difficulties for one another, then some other woman may give suck for him (the father of the child)."[65:6] And this verse Allah Says (interpretation of meaning): "The mothers shall give suck to their children"[2:233]

The scholars claim that the meaning here does not reach obligation, it is only likable that the mothers breast-feed their babies because their milk is more suitable and they feel more compassion and love towards their own babies than other women. From this, we conclude that the suckling of the baby is an obligation on his father just like all his other expenditures.

Selain dari itu, saya juga menemui jawapan bagi persoalan kewajipan menyusukan bayi bagi seorang ibu dari laman web tersebut

Q :
Is it sinful not to breastfeed your child, because someone told me that in the day of judgement there is a snake that will bite the breast of the mother who did not breast feed her child.

A :
Allah Says (interpretation of meaning): {The mothers shall give suck to their children …} [2: 233].
The Mufassirs (interpreters of the Qur'an) are of the opinion that though the phrasing of this verse is in the form of statement it denotes imperative meaning.
The Muslim scholars have various opinions concerning this order, whether is it an obligatory act or a desirable act. There are three opinions concerning this matter.
A) The order of breast-feeding is only for desirability.
B) It is an obligation if the marriage contract continues.
C) It is an obligation on women to breast feed their children whether the marriage contract continues or not.
The second opinion is the most correct. Therefore, a mother should carryout the job of breastfeeding if there is no legal excuse, such as sickness or not having the milk, etc.
Allah Says (interpretation of meaning): {… Then if they give suck to the children for you, give them their due payment, and let each of you accept the advice of the other in a just way. …} [65: 6].
This verse deals with the matter of a divorced woman and proves that breast-feeding is not compulsory for her. Also, it is compulsory for a divorced woman to suckle her baby if he/she does not accept any other woman or when the father is missing. It is stated in 'Kashaf al-Qana'. 'If there is no other woman who can suckle a baby or he/she does not accept other than his/her mother in this case, it is obligatory on her to suckle her baby because protecting a living being is a very important obligation' .

As per our knowledge, there is no basis for the Hadith mentioned in the question that a snake would bite the breast of a mother who does not suckle her baby.
Allah knows best.

Ini bermakna, tiada hadith sahih yang membuktikan bahawa sekiranya seorang wanita itu tidak menyusukan anaknya maka diakhirat kelak dia akan dihukum dengan hukuman yang berat (ular menggigit kedua belah payudaranya) Bagaimana pun, sekiranya tiada alasan yang kukuh untuk tidak menyusukan anaknya, maka wanita itu hendaklah menyusukan anaknya. Sekiranya tidak mempunyai ilmu yang cukup, carilah ilmu itu supaya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.

Monday

Adakah selamat menyusu sewaktu mengandung?

Ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan setelah mendapati mereka mengandung. Walau pun sebenarnya ramai pakar laktasi berpendapat kebanyakan ibu tidak bermasalah untuk meneruskan penyusuan ketika mengandung, namun begitu masih ramai lagi yang bertindak menghentikan penyusuan.

Dalam usia kandungan mencecah 28 minggu, saya masih lagi menyusukan anak saya. Bagaimana pun, disebabkan masalah kekurangan susu yang amat teruk saya terpaksa memberikan susu formula, susu soya (kotak) dan juga susu segar kepada anak saya yang berumur satu tahun setengah. Setakat ini, selain dari masalah keletihan dan kesakitan pada puting, saya tidak menghadapi sebarang masalah serius dengan kandungan saya. Malah, doktor juga membenarkan saya meneruskan penyusuan selagi saya mampu.

Terdapat banyak pendapat tentang perlunya menghentikan penyusuan ketika mengandung, tetapi tidak semuanya tepat.

(1) Hisapan bayi akan menyebabkan pengecutan pada rahim dan boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada kandungan - Hisapan bayi akan merembeskan hormon prolaktin yang menyebabkan contraction, keadaan yang sama berlaku ketika melakukan hubungan antara suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.

(2) Bayi dalam kandungan akan mengalami masalah kekurangan nutrisi - Badan manusia telah diciptakan dengan cukup sempurna di mana ia mampu membahagikan nutrisi seimbang kepada bayi dalam kandungan untuk membesar dan menghasilkan nutrisi yang cukup untuk bayi yang sedang menyusu. Bagaimana pun, dalam kebanyakan kes, hormon yang dirembeskan ketika mengandung akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Oleh kerana itu, bayi yang lebih dewasa perlu nutrisi tambahan dari makanan atau pun susu formula bagi menampung keperluan nutrien bagi tumbesaran mereka.

(3) Penyusuan sewaktu mengandung meningkatkan risiko ibu mengalami osteoporosis (tulang rapuh) sewaktu mengandung - Setakat ini tidak ada kajian yang dapat membuktikan ibu-ibu yang mendapat nutrisi yang mencukupi sewaktu mengandung akan menghadapi masalah tulang rapuh apabila menyusukan anak sewaktu mengandung. Malah menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.

Menyusukan bayi sewaktu mengandung secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ibu, bayi yang lebih tua dan juga bayi di dalam kandungannya. Secara peribadinya, saya mendapati anak saya dapat memahami bahawa dia bakal menjadi abang dengan melihat perubahan fizikal saya dan dalam masa yang sama dia menunjukkan kasih sayang kepada bayi dalam kandungan saya dengan mencium dan juga memeluk perut saya. Walau bagaimana pun, sekiranya anda masih berasa ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan ketika mengandung dapatkan nasihat pakar sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyusukan bayi akan menyebabkan payudara kendur

Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali kerana penyusuan tidak mempunyai kesan terhadap size atau fizikal payudara. Berita baik bagi yang mempunyai payudara bersaiz kecil kerana saiz juga bukan penentu bagi banyak atau sedikit susu yang akan anda hasilkan.

Pengenduran payudara adalah disebabkan oleh 4 faktor iaitu :
(1) Peningkatan usia
(2) Merokok
(3) Size payudara yang besar
(4) Kekerapan mengandung

Walau pun begitu, masih ramai ibu-ibu yang menyalahkan penyusuan sebagai punca pengenduran payudara mereka. Malah ada yang tidak mahu menyusukan bayi kerana takut payudara menjadi kendur. Malang sama sekali kerana walau pun anda memilih untuk tidak menyusukan bayi anda, tanpa penjagaan yang betul, payudara anda akan tetap kendur seiring dengan peningkatan usia. Walau pun anda memakai nursing bra yang berharga beratus-ratus ringgit sekali pun ia tidak akan membantu mengurangkan risiko payudara kendur.. ( Klik untuk baca lebih lanjut tentang sebabnya : Nursing Bra )

Oleh itu jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak menyusukan bayi anda.

Baca :
Cause of sagging breast
Prevent breast from sagging

Saturday

Makanan pantang dan pantang yang sewaktu dengannya

Ramai orang berpendapat ibu-ibu menyusu dan mengandung perlu berpantang dalam pemakanan mereka bagi mengelakkan komplikasi kepada bayi ketika melahirkan anak atau pun selepas anak itu dilahirkan bagi ibu yang menyusukan bayi.

Sama ada memilih untuk berpantang atau tidak ia adalah hak individu itu sendiri. Antara pantang larang yang biasa diamalkan oleh masyarakat melayu.

(1) Jangan makan makanan yang "tajam" sewaktu mengandung
Paling biasa kita dengar adalah pesanan jangan makan nenas kerana takut kandungan keguguran. Ada sesetengah individu masih mengamalkan pantang larang ini. Manakala individu yang lebih "moden" berpendapat nenas adalah baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan vitamin C.

(2) Jangan makan makanan "sejuk" dan "berangin"
Seperti yang kita ketahui makanan seperti pulut,labu dan ubi boleh menyebabkan kembung perut. Manakala sayur seperti kubis dan tembikai pula dikatakan "sejuk" bagi peranakan wanita. Bagi wanita yang menyusukan bayi, makan makanan berangin boleh menyebabkan kembung perut bukan saja kepada dirinya sendiri, malahan kepada bayi yang disusukannya.

(3) Jangan makan makanan pedas
Makanan yang pedas ditakuti akan menyebabkan bayi sakit perut dan cirit-birit.

(4) Pantang minuman yang mengandungi kafein
Minum kopi dan teh ketika menyusukan bayi dikatakan boleh menyebabkan bayi sukar tidur malam dan menjadi lebih aktif.

Ada ibu-ibu yang sangat mengikuti pantang larang orang tua-tua ini, tetapi ada juga yang tidak begitu menghiraukannya kerana beranggapan bahawa pantang larang ini telah pun lapuk. Walau pun minuman berkafein memang sedikit sebanyak boleh menyebabkan bayi sukar tidur sekiranya diambil dengan banyak, tetapi belum ada fakta saintifik menunjukkan bahawa makan nenas boleh menyebabkan keguguran.

Tepuk dada tanya selera. Secara peribadinya, saya tidak begitu mengikuti pantang larang sama ada ketika mengandung, ketika dalam pantang selepas bersalin mahu pun ketika dalam tempoh menyusukan bayi tetapi saya sentiasa makan dalam jumlah yang berpada-pada.

Bagaimana pun, bagi ibu-ibu yang pernah menunjukkan reaksi alergi terhadap mana-mana makanan, disarankan elakkan memakannya ketika dalam tempoh penyusuan kerana ditakuti bayi turut menunjukkan reaksi alahan terhadap makanan tersebut.

Benarkah payudara akan jatuh apabila menyusukan anak

Many people, including moms and moms to be, believe that breastfeeding can make the breasts sag. This is also one of the key factor that hinders moms from breastfeeding.

Is it true?

I asked my gynae about this.

His answer is: As long as during pregnancy and soon after delivery of baby, once the breasts enlarged (due to hormone changes), with or without breastfeeding the breasts will most likely to sag.

His explaination is that, the breasts are like elastic rubber bands or balloons — once enlarged/expanded, it is hard to return to the previous size/firmness. Unless the mother is very young (full of collagen??), it is generally common to be sagged.

[Added: Conclusion - Sagging breasts are NOT caused by breastfeeding, but probably caused by pregnancy and age!]

I think this is a sacrifice a mom would have to accept, especially if we are not young when giving birth (like early 20??). Sigh!

So, no excuse not to breastfeed. That’s my point. ;)
(Or to give birth early? LOL!)

Sumber : Suzette

Thursday

Pengaruh diet kepada susu ibu


Adakah diet pemakanan ibu mempengaruhi khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam susunya. Sebenarnya ibu-ibu tidak perlu begitu bimbang dengan diet pemakanannya. Dengan kata lain, selagi ibu-ibu mengamalkan diet seimbang dan mengelakkan diri dari makan makanan segera yang tidak berkhasiat, mereka tidak perlu bimbang dengan kualiti susu yang dihasilkan.

Keperluan pemakanan bagi ibu yang menyusu adalah :
(1) Untuk mengekalkan mutu susu
(2) Untuk pemulihan selepas bersalin
(3) Untuk mengekalkan kesihatan ibu
(4) Melebihi keperluan dari biasa dan semasa hamil

Bagaimanakah corak pemakanan ibu boleh mempengaruhi susunya :
(1) Pengambilan makanan yang kurang tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan
(2) Nutrien utama tidak terjejas jika kurang pengambilan
(3) Nutrien yang terjejas ialah Vit.B12,B6, A dan D

Dalam banyak kajian menunjukkan kekurang zat yang sederhana tidak mempengaruhi
kandungan lemak, protein dan laktosa di dalam susu yang dihasilkan.

Pengaruh diet kepada kualiti susu ibu :
(1) Sekiranya berlaku kekurangan kronik dalam pengambilan Vitamin B6,B12,A dan D ; kandungan zat tersebut dalam susu ibu akan berkurangan.
(2) Pengambilan iodin dan ubatan yang berlebihan akan menjejaskan kualiti susu ibu
(3) Corak Bekalan Ibu- Zat Besi, Folik asid lemak, Vitamin A, Kalsium dan zat makro

1. NIKMATILAH PELBAGAI JENIS MAKANAN
Makanan yang berbeza membekalkan kombinasi tenaga dan nutrien yang berbeza
Makan pelbagai jenis makanan merupakan cara terbaik mencapai keperluan tenaga dan nutrien
Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan. Pelbagaikan juga jenis makanan yang diambil

Makan paling banyak makanan daripada paras yang paling bawah dan paling sedikit daripada bahagian paling atas pada Piramid Makanan. Ini dapat membantu memastikan diet seimbang.Hendaklah menekankan kesederhanaan dalam pengambilan makanan untuk mengelakkan makan dengan berlebihan.

Sunday

Bekalan susu ibu

Ramai ibu ingin mengetahui bagaimana memastikan bayi mendapatkan susu yang cukup. Mereka juga khuatir sama ada mereka mampu memenuhi keperluan bayi dengan secukupnya.Kuantiti susu yang dihasilkan bergantung kepada kekerapan bayi menyusu. Apabila bayi menghisap puting ibu, hujung saraf deria di dalam payudara ibu akan dirangsangkan oleh kilang pituitari yang terletak di bawah otak.

Hormon prolaktin akan dikeluarkan ke dalam saluran darah. Hormon ini akan merangsang payudara untuk menghasilkan susu. Oleh itu semakin kerap bayi menghisap semakin banyak susu akan dihasilkan.Hormon yang kedua ialah oksitosin dan homon ini membuat sel-sel di sekeliling alveoli dan salur kecil susu mengecut. Pengecutan sel-sel susu ini akan menyebabkan pancutan susu melalui puting. Ibu akan berasa tegang dan perit pada puting payudara. Perasaan sedemikian disebut rangsangan pengaliran susu.

Benarkah Susu Ibu Tidak Mencukupi?
Ada ibu yang berasakan bekalan susunya tidak cukup untuk bayinya. Perasaan begini selalu terjadi apabila ibu tidak dapat mengenal pasti keadaan bayinya. Ibu berperasaan begini di sebabkan oleh faktor berikut :

1. Ibu mendapati bayinya kerap menyusu. Keadaan ini menyebabkan ibu berasakan bekalan susunya tidak mencukupi. Sebenarnya keadaan ini menunjukkan bayi endapat bekalan susu yang mencukupi. Bayi juga berkeadaan begini kerana naluri hisapannya kuat. Susu ibu cepat dicerna. Ini menyebabkan bayi cepat lapar dan ingin menyusu dengan kerap. Bayi juga kerap menyusu kerana dia memerlukan belaian dan dakapan ibunya yang membuatkannya rasa selamat dan selesa. Belaian mesra dan mendengar degupan jantung ibu membuatkan bayi rasa tenteram di alam barunya. Keperluan begini tidak akan berlarutan selamanya kerana bayi akan membesar dan biasa dengan alam sekelilingnya. Oleh itu kekerapan bayi menyusukan tidak akan menyebabkan bekalan susu ibu tidak cukup.
2. Ibu sering membandingkan kekerapan menyusu dan berat bayinya dengan bayi yang lain. Ada ibu berpendapat berat badan bayinya yang kurang atau bayinya yang kecil serta tidak kerap menyusu disebabkan oleh bekalan susunya tidak mencukupi. Ibu tidak perlu bimbang jika keadaan bayinya sedemikian kerana saiz dan keperluan susu seorang bayi adalah berbeza. Tentukan sahaja bayi anda sentiasa sihat dan cergas.

Sebab Kurangnya Penghasilan Susu IbuIbu mungkin menghadapi masalah kekurangan susu. Kurangan ini mungkin berpunca daripada :
1. Bayi tidak kerap menyusu. Kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu ibu. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Sebaik-baiknya ibu menyusukan bayi setiap 2 jam.
2. Ibu yang mengalami masalah sakit puting atau puting pendek selalunya menggunakan sarung puting (nipple shield). Penggunaan sarung puting menyebabkan lambatnya tindak balas atau rangsangan pengaliran susu setiap kali bayi menyusu.
3. Ada ibu yang menetapkan jadual menyusu bagi bayinya. Penetapan jadual menyusu ini juga menjejaskan penghasilan susu ibu.
4. Menyusukan bayi di sebelah payudara sahaja juga mengurangkan bekalan susu ibu. Oleh itu ibu perlu memberikan susu dari kedua-dua belah payudaranya kepada bayi supaya bekalan susu yang cukup dan berterusan dapat dihasilkan.
5. Kesihatan ibu juga penting dalam penghasilan susu. Terlalu letih dn terganggu juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu. Oleh itu ibu perlu memastikan mempunyai masa rehat yang cukup.
6. Pengambilan ubat-ubatan juga mempengaruhi penghasilan susu. Ubat-ubatan selalunya selamat untuk ibu yang menyusukan bayi. Walau bagaimanapun ada juga ubat-ubatan yang mengganggu penghasilan susu. Oleh itu jika ibu mendapat rawatan doktor, maklumkan kepada doktor bahawa anda sedang menyusukan anak. Ibu yang membuat IUD mungkin menghadapi masalah kekurangan susu kerana IUD mengandungi hormon yang menyebabkan susu berkurangan.
7. Kurang air boleh menjejaskan penghasilan susu. Ibu yang menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Amalkan minum air sebelum menyusukan bayi. Minum air yang tidak mengandungi banyak gula.
8. Makan makanan yang seimbang. Elakkan makan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ibu yang menyusukan anak mungkin selalu berasa lapar. Anda boleh kerap makan tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kekurangan susu ibu. Ibu terlalu berpantang semasa dalam tempoh berpantang selepas bersalin juga boleh menyebabkan kekurangan penghasilan susu.

Masalah penyusuan - Saluran susu tersumbat

Banyak faktor masalah susu tersumbat boleh dielak.

Simpton
· Payu dara sihat cuma rasa berketul di bahagian tertentu.
· Rasa sakit di bahagian berkenaan.
· Nampak kemerahan
· Tidak demam, mungkin selsema - seperti simpton di peringkat awal masalah bengkak susu

Punca
· Trauma/tekanan luaran - bra yang ketat, kerap tidur, tekan dengan jari semasa menyusukan anak.
· Lebih bekalan susu
· Bintik putih di atas puting/susu di bawah kulit ( milk blisters)

Pengurusan
Perkara yang perlu diambil kira ketika mencatat latar belakang
· tanya bagaimana perasaan ibu ketika menyusu
· kekerapan dan tempoh menyusu
· sakit puting
· situasi dalam keluarga - tekanan, letih, sokongan emosi
· pemakanan si ibu dan kesihatannya.

Penilaian penyusuan
· posisi dan dakapan
· tekanan daripada pemakaian, jari ketika menyusu yang boleh meransang pengaliran susu
· bintik putih di atas puting atau perkara tidak normal yang lain

Rawatan relevan
· meningkatkan posisi dan dakapan untuk memastikan pengaliran susu yang lebih efektif dan pengaliran susu ibu.
· Menggelakan tekanan
· Bintik putih di atas puting mungkin perlu dibuang, jika tidak selesaikan secara spontan dengan hisapan bayi.

Cadangan Yang Praktikal
Sama seperti bengkak susu, begitu juga cara ini.
· urut perlahan-lahan di sekeliling payu dara hingga ke puting sebelum dan semasa penyusuan atau memerah.
· Jika perlu sokong payu dara dengan telapak tangan.
· Elak - tidur meniarap baju dalam ketat, tali penyokong mendukong bayi yang menekan payu dara dan putting yang kena payu dara, menekan puting, tekanan jari keatas payu dara.
· Rehat bersama bayi di atas katil dan kerap memberi bayi menyusu - setiap 2 hingga 2 ½ jam sekurang-kurangnya, makan dengan sempurna, minum air secukupnya.

Masalah penyusuan - Bengkak susu

Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusu sendiri bayi sejak lahir. Bengkak susu boleh dielak dan senang diurus.

Simpton
· payu dara - nampak berkilat, sakit, tegang dan keras, rasa agak panas bila dipegang.
· Puting - leper, bengkak atau merekah.
· Bayi - sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar.
· Susu tidak keluar
· Let-down mungkin rasa sakit
· Ibu mungkin demam

Punca
Faktor penyusuan
· jarang menyusu
· mengehadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat
· tidak menyusu waktu malam
· tidak rapat dengan ibu/bayi
· hisapan kurang efektif
· bercerai susu
· beri anak minuman lain pada awal kelahirannya

Faktor
hubungan - Ibu
· tekanan
· psikologi - muda, tidak mendapat sokongan, takut, letih, enggan menyusu ditolak oleh bayi.
· rutin hospital - memisah ibu dan anak, lewat dan mengehadkan penyusuan ibu, pemberian susu formula (prelacteal feeds).
· Masalah pengeluaran oksitoksin

Hubungan - bayi
· sukar menyusu kerana tidak normal, masalah cara hisapan.
· Sakit
· Tidak cukup bulan
· Guna botol susu atau puting kosong

Pengurusan
Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar belakang
· Tanya perasaan ibu mengenai penyusuan susu ibu (sakit, geli, letih)
· Kekerapan menyusu, malam dan siang
· Tempoh menyusu
· Mengambil makanan tambahan
· Guna botol atau puting plastik kosong
· Bercerai susu (balik kerja semula, berpisah dan masuk hospital)

Penilaian Penyusuan Ibu
· posisi dan hubungan ibu dan anak
· hisapan yang efektif - ritma hisapan, penambahan berat badan, kekerapan kencing dan buang air besar
· bercerai susu ibu - tanda let-down reflex
· perubahan pada payu dara dan puting - berkilat, merah, ketegangan payu dara, puting yang sakit.
· tanda sakit, lemah, tidak bermaya dan masalah anatomi mulut.

Rawatan yang relevan
· perbetulkan posisi dan kemesraan dakapan
· galak penyusuan yang lebih kerap dan tanpa had malam dan siang (sekurang-kurangnya 8 - 12 kali termasuk dua kali di sebelah malam ) dan memerah susu ibu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam
· galak ibu mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali
· guna analgesik bagi jangka masa yang singkat jika ibu berasa sakit
· ubati puting yang bengkak dan merekah (lihat sakit puting dan bengkak susu)

Pengurusan yang terbaik ialah mencegah
Cadangan Yang Praktikal
· rangsangan pengeluaran oksitoksin dan let-down, demah payu dara sebelum menyusu dan urut payu dara dan puting perlahan-lahan.
· Cadangkan kepada ibu berkenaan supaya meminta suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkoknya sebelum menyusu.
· Cadangkan teknik releks yang sesuai untuk si ibu.
· Perah susu secukupnya sebelum menyusukan bayi bagi melembutkan areola dan bayi dapat didakap lebih rapat.
· Mulakan menyusu sebaik saja rasa payu dara penuh.
· Biarkan bayi habis menyusu di payu dara pertama sebelum tukar kepada payu dara kedua
· Demah dengan air sejuk selepas menyusu untuk keselesaan mengurangkan masalah vaskular bengkak dan kembang.
· Perah sedikit susu ibu di antara waktu menyusu untuk keselesaan
· Jika berlaku bengkak susu, si ibu perlu lebih bantuan untuk perbetul posisi menyusu dan pengaliran susu. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah penyusuan, laktasi menekan dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain seperti saluran susu tersumbat, mastitis dan breast abscess.
Blog Widget by LinkWithin