Other side of me

Showing posts with label Tandem Nursing. Show all posts
Showing posts with label Tandem Nursing. Show all posts

Friday

Hati seorang ibu

Alhamdulillah. Semalam genap setahun umur anak kedua saya, bermakna telah cukup setahun saya menyusukan anak-anak saya secara tandem nursing. Jujurnya tandem nursing bukan satu perkara yang mudah untuk dijayakan. Saya beberapa kali berbincang dengan suami ingin menceraikan penyusuan anak sulung kerana keletihan. Walau pun akhirnya saya mengalah dan meneruskan penyusuan tetapi terdapat kekesalan yang agak mendalam dalam diri saya kerana kadang kala saya memarahi mereka apabila terlalu kerap meminta susu. Maafkan ibu. Ibumu belum cukup penyabar.

Saya masih belum sampai hati hendak menceraikan susu kepada anak sulung kerana saya melihat dia masih belum cukup bersedia. Walau pun secara emosinya saya telah bersedia. 

Saya juga ada merasa ragu-ragu akan tindakan saya meneruskan penyusuan. Jauh disudut hati saya, saya agak bimbang memandangkan berat anak sulung tidak mencapai pada tahap yang ideal. Saya bimbang sekiranya sayalah penyebabnya. Adakah kerana dia terlalu bergantung pada susu, dan kurang mendapat khasiat daripada makanan lain. Saya akui, anak sulung gemar makan sayuran tetapi agak liat untuk makan nasi.

Saya sedang cuba menyediakan lebih banyak variasi bagi menu pemakanan sehariannya. Beratnya perlu bertambah sebelum 6 Julai, kerana pada tarikh itu kami akan bertemu dengan paed bagi penilaian beratnya. Semoga saya berjaya.

Thursday

Pengalaman tandem nursing saya

Sejak didapati pregnant lagi saya sememangnya tidak bercadang nak wean kan anak sulung. Bila orang tua bising suruh wean kan saya beri alasan anak sulung belum cukup dua tahun. Lepas dia da dua tahun nanti tak tahu la alasan apa pulak nak bagi..Apa pun nasihat dari seorang teman, cara terbaik melayan kritikan adalah jangan layan pun. Buat derk je.

Selepas melahirkan anak kedua ni saya buat-buat pekak je bila adik beradik dan sedara mara suruh berentikan menyusu sebab kata orang-orang tua kalau menyusukan dua anak nanti anak jadi degil. Paling-paling tidak pun saya jawab, saya ada dua breast sebab tu saya nak susukan kedua-dua anak saya sekiranya mampu dengan nada berseloroh. Kalau cakap serius nanti takut terasa hati pulak. Kena jugak jaga hati orang tua.

Selain dari pengalaman mendapat kritikan dan tentangan keras dari keluarga, kadang-kadang rasa penat dan stress jugak sebab kadang-kadang anak sulung kejap-kejap mintak mamam dia. Sedangkan dia bukan minum sangat pun. Nak mengempeng je lebih kata orang jawa. Sekali-sekala saya turutkan jugak kehendak dia. Tapi kalau badan da penat kadang-kadang saya cuba distract dia dengan benda lain.

Sekali-sekala saya susukan kedua-dua anak serentak. Alhamdulillah so far saya tengok anak sulung sangat sayangkan adiknya. Jarang sekali si abang cepuk adiknya. Biasanya dia datang cium-cium dan tepuk-tepuk adik dia. Bila menyusukan serentak, saya akan position kan adik dulu kemudian baru saya panggil abang untuk position kan dirinya sendiri. Sometimes kesian jugak sebab nampak macam kurang selesa si abang menyusu dalam keadaan duduk. Tambahan lagi bila da balik rumah sendiri da kurang dengar kritikan dari orang sekeliling kita akan rasa lebih selesa.

Untungnya tandem nursing ni adalah si adik akan dapat supply susu yang banyak sebab abang tolong stimute pengeluaran susu. Cuma saya kena make sure yang saya makan makanan yang berkhasiat dan cukup untuk product susu untuk mereka berdua.

Apa pun, pengalaman tandem nursing adalah pengalaman yang baru buat saya. Walau pun sangat memenatkan pada awalnya, saya gembira sebab saya memilih untuk tandem nursing kan kedua anak saya.

More stories on Tandem Nursing experience
MamaFiza
Terri

Tuesday

FAQ - Menyusu sewaktu mengandung dan tandem nursing

Antara persoalan yang perlu diketahui

Isu kesihatan
- Adakah selamat menyusukan sewaktu mengandung?
- Adakah selamat menggunakan pam sewaktu mengandung?
- Adakah kuman lebih cepat tersebar kepada kedua-dua bayi yang disusukan sewaktu tandem nursing?

Nutrisi
- Nutrisi bagi ibu
- Adakah menyusu sewaktu mengandung akan memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan?

Susu ibu
- Bagaimana perubahan susu ibu sewaktu mengandung dan sewaktu tandem nursing?

Ketidakselesaan dan perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu mengandung
- Tips bagi membuat keputusan sama ada hendak meneruskan penyusuan atau menghentikan penyusuan apabila mengandung dan tandem nursing
- Adakah meneruskan penyusuan sewaktu mengandung menyebabkan bayi akan berhenti menyusu sebelum sampai waktunya?
- Apa yang akan berlaku sekiranya saya ingin menceraikan susu?
- Masalah penyusuan ketika mengandung
- Bagaimana penyusuan akan memberi kesan kepada rasa mual (morning sickness) ketika mengandung?
- Menyusukan bayi sewaktu melahirkan anak

Tandem Nursing
- Adakah saya akan menyukai tandem nursing? Adakah berbaloi untuk saya tandem nursing kedua-dua anak saya?
- Puting pedih dan bengkak susu selepas melahirkan anak
- Adakah bayi yang baru dilahirkan perlu disusukan terlebih dahulu setiap kali?
- Apakah posisi terbaik ketika tandem nursing?
- Bagaimanakah tandem nursing akan memberi kesan kepada hubungan kedua anak saya (sibling rivalry)?
- Bagaimana menjawab kritikan mengenai tandem nursing?
Blog Widget by LinkWithin