Other side of me

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday

Petua batuk selesema

Assalamualaikum

Saya melihat fenomena menakutkan pada masa kini. Ada ibu bapa yang bila anak batuk sikit, selesema sikit.. Baru panas sikit (37.5 darjah ke bawah) dah bagi makan ubat.

Menurut kajian, ubat batuk adalah tak berkesan. Banyak gula. Seorang MA pencen bercerita dengan saya, di Klinik Kesihatan tempatnya bekerja, berkilo gula digunakan untuk prepare ubat batuk. Wallahualam tak tahu betul ke saya ditipu. Tapi, apa yang saya tahu, ubat batuk adalah berbahaya kalau beri pada budak bawah dua tahun.

Oleh sebab itu, simptom kecik kecik macam demam selesema dan batuk yang biasa. Saya cuma biarkan tanpa berikan sebarang ubat. Hanya pastikan mereka banyak berehat, minum air secukupnya dan berikan vitamin C yang dibancuh dalam air.

Ini ada satu petua yang baru saya cuba. Sangat sesuai digunakan bagi menangani masalah batuk selesema. Memang sangat berkesan sebab saya sendiri dah cuba. Bukan saja untuk anak-anak, malah orang dewasa pun boleh.

Menggunakan bawang dan madu.

Caranya, hiriskan bawang besar kemudian tuangkan madu asli secukupnya. Biarkan 10-15 minit. Air bawang akan bercampur dengan madu. Ambil airnya dan digunakan sebagai ubat batuk dan selesema. Bawang tu makan pun sedap.
madu asli manuka yang saya gunakan
Kalau hidung tersumbat di malam hari pulak. Hiriskan bawang besar. Bungkus dengan kain nipis atau tisu. Letakkan berdekatan dengan kepala ketika tidur. Insya allah hidung kurang tersumbat.

Boleh juga digunakan untuk merawat sakit tekak. 

Selamat mencuba.

Tuesday

Masalah bayi tak mahu direct feeding

Assalamualaikum

Memastikan bekalan susu mencukupi untuk ditinggalkan kepada baby sitter ketika keluar bekerja sudah cukup  memeningkan kepala. Apatah lagi sekiranya bayi langsung tidak mahu minum secara direct feeding walau pun ketika berada di samping ibunya. Tidak sedikit ibu-ibu yang menghadapi masalah ini. Ada di antara mereka yang meneruskan penyusuan dengan mengepam susu bagi keperluan bayi setiap 3-4 jam sekali. Sepanjang hari! Ada juga yang patah semangat lalu memilih susu formula. Bagi meneruskan penyusuan dengan exclusive pumping juga bukan laluan mudah.

Ini kerana, tiada pam yang lebih baik dari mulut bayi itu sendiri. Oleh itu, dari masa ke semasa, ibu-ibu yang melakukan exclusive pumping akan sentiasa berisiko mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu. Kerana kekurangan stimulasi secara terus dari bayi.

Masalah ini juga dihadapi apabila bayi beralih bulan dan kurang berminat menyusu secara direct feeding berbanding biasa. Saya melalui fasa ini selepas kelahiran anak perempuan saya. Alhamdulillah masalah ini dapat diatasi dan kini masih lagi memberikan penyusuan susu ibu kepadanya.

Persoalannya. Apakah punca keadaan ini berlaku?
Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus?


Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.
(1) Susu terlalu banyak
Keadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku,  sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya.


(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)
Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Saya pulak keliru kerana mereka keliru. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.


Bagaimana mengatasinya
- Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan masalah demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan
- Sekiranya payudara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini akan mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan
- Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi cepat bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya
- Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya sekiranya menggunakan pam manual.
- Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti masa nak mengajar mereka minum dengan susu botol, jangan bagi option. Pastikan mereka menyusu secara terus walau pun sedikit, tapi jangan paksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Suakan kembali ketika mereka kelihatan haus. Anak perempuan saya kurang menyusu berbanding abangnya, bagi mengelakkan dari dia kekurangan susu, saya perlu sentiasa bersedia bagi menyusukannya. Kalau tengah malam pun, dia "ek" sikit je terus sumbat dengan susu. Biasanya menyusukan bayi ketika mereka agak mamai lebih mudah.

- Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Eg: sejam sekali, atau setengah jam sekali.
- Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan diri dari kebisingan dan distraction lain
- Banyakkan sentuhan dengan bayi dan luangkan lebih banyak masa dengan bayi.
- Elakkan penggunaan puting kosong
- Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walau pun ketika berada diluar. Pelajari teknik penyusuan
di tempat-tempat awam.
- Jangan marah dan jangan paksa. Sabar. Takkan buat sekali terus berjaya. Ambil cuti panjang sekiranya perlu untuk
luangkan lebih banyak masa dengan bayi.


Selamat berjaya dan jangan putus asa.

Daa

Monday

Tips mengurangkan kehausan ketika berpuasa

Bulan puasa dah hampir masuk minggu ketiga. Saya kira tubuh kita semakin biasa dengan rasa lapar di siang hari. Walau pun mungkin ada yang sudah beberapa kali terlepas makan sahur, puasa masih dapat diteruskan seperti biasa. Masalah kekurangan pengeluaran susu ibu dan kehabisan stok susu ibu adalah masalah paling biasa dialami oleh ibu-ibu menyusu.

Ia adalah seiring dengan masalah dehidrasi yang sering dialami oleh ibu menyusukan anak berbanding rasa lapar ketika berpuasa. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, rasa loya, pening-pening dan rasa haus yang melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik bagi seseorang itu berbuka puasa.

Bagaimana mengelakkan berlakunya dehidrasi melampau ketika berpuasa

(1) Pastikan minum air kosong sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Kurangkan minuman yang manis.
(2) Elakkan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garamdapat mengurangkan rasa haus kerana, garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa. shake kurma boleh membantu rasa kenyang yang lebih lama.
(3) Sebaiknya kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari
(4) Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air.

Sebaiknya masukkan supplement ke dalam diet bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan multivitamin adalah langkah permulaan yang terbaik.

Selamat meneruskan ibadah berpuasa.

Tuesday

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Menyusukan anak ketika berpuasa adalah selamat. Namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, wanita itu dibenarkan untuk berbuka puasa.

Asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu. Bagaimana pun, dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurang. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, pastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa. 

Berikut adalah antara tips pemakanan sihat yang membantu ibu-ibu menyusukan anak ketika berpuasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

(1) Ketika berbuka puasa, minum air, makan kurma dan madu dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu-ibu yang keletihan berpuasa sepanjang hari.
(2) Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
(3) Sebelum tidur, minum jus buah buahan segar atau air coklat suam yang ditambah dengan protein powder
(4) Minum air secukupnya
(5) Pastikan anda bersahur. Makan seperti biasa. Sebaiknya kurangkan makan makanan yang bergoreng.
(6) Minum shake kurma yang dicampur dengan susu/susu soya. Tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama.
(7) Kurangkan minuman yang mengandungi banyak gula seperti carbonated drinks dan minum berkafein seperti kopi
(8) Ambil supplement untuk mengisi kekurangan nutrisi dalam diet sepanjang proses berpuasa. Sebagai permulaan, pengambilan multivitamin adalah digalakkan.

** Pengambilan protein powder, vitamin B complex, Vitamin C dan Calcium juga amat penting. Pastikan ia adalah vitamin semulajadi. (So far Nutrilite adalah satu-satunya syarikat di dunia ini yang menanam, menuai dan memproses vitaminnya sendiri di ladang mereka sendiri yang mendapat pengiktirafan organik setiap tahun. Oleh itu, saya lebih mengesyorkan jenama seperti Nutrilite kerana ianya berkesan, selain harganya yang berpatutan )

Nutrilite telah diundi sebagai jenama vitamin & supplement brand yang paling dipercayai di Malaysia dan Asia selama 8 tahun berturut turut oleh pembaca Reader Digest. Euromonitor International Limited Claim:Nutrilite is the world's No. 1 selling vitamin, mineral and dietary supplement brand (based on market search on 2010)

Euromonitor in an independent company doing market research for many products.

Hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Friday

Boost production di hujung minggu

Jumaat datang lagi (Macam iklan TORA tak..hehe). Hujung minggu pastinya adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu-ibu bekerja. Masa untuk luangkan lebih masa dengan keluarga, mengemas rumah dan sebagainya. Ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan "sesuatu" bagi menambah pengeluaran susu ibu.
Caranya adalah dengan menggabungkan kesemua faktor yang boleh menambah pengeluaran.

(1) Faktor permintaan - Kerapkan penyusuan secara terus dengan bayi. Susukan bayi selama yang mungkin. Sebaik bayi bertukar ke payudara sebelah lagi, pam payudara sebelah yang telah disusukan. (Contohnya kalau mula-mula susukan sebelah kanan, pam payudara kanan apabila bayi bertukar ke sebelah kiri. Kira macam double pump la) Jangan kecewa sekiranya susu yang keluar hanya sedikit kerana langkah ini adalah bertujuan untuk menghantar signal ke otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Setelah bayi selesai menyusu, lakukan langkah yang sama dengan memerah susu disebelah lagi. Sebaiknya terus lakukan power pumping*

* Power pumping dengan menggunakan double pump - Pam 10 minit, rehat 10 minit. Ulang dalam masa sejam atau lebih.
sekiranya menggunakan single pump - Pam sebelah payudara selama 10 minit kemudian bertukar ke payudara sebelah lagi. Lakukan selama sejam atau lebih.

(2) Faktor masa - Hormon prolaktin adalah paling banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh itu, lakukan power pumping sebelum tidur (sekitar pukul 12) dan sebaik bangun pagi (subuh hari)

(3) Faktor pemakanan - Cuba pelbagai resepi baru dengan makanan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu. Anda pasti akan dapat melihat perubahannya pada hari Isnin nanti. Sebenarnya kaedah ini tidak terhad untuk waktu hujung minggu sahaja. Kalau ada masa, hari bekerja pun boleh. Cuma, mungkin waktu bersama bayi akan lebih terhad pada hari bekerja berbanding pada hujung minggu.

Selamat berhujung minggu :D

Tuesday

Menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak

Sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus. Bukan tak puas dengan apa yang dah dikurniakan, tapi nak menjadi lebih baik. Tapi maklum saja lah, bila dah bersalin sekali dua,  berat badan susah nak turun. Tambah lagi bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh ambil ubat pelangsing sebarangan nak berdiet berlebihan pun tak digalakkan. Takut-takut menjejaskan pengeluaran atau membahayakan bayi yang sedang disusukan.

                              

Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar (kott..hehe) Apa pun saya notice that kalau makan breakfast yang kenyang, saya takde rasa nak melantak gila-gila masa lunch. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.

Ibu-ibu yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.
Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg

Thursday

QUICK tips tambah susu

Tiada cara yang betul atau salah dalam usaha menambah pengeluaran susu ibu kerana sesetengah kaedah berjaya bagi ibu A mungkin tidak berkesan pada ibu B. Oleh itu, sekiranya salah satu kaedah tidak berjaya, cuba kaedah yang lain pula. Jangan berputus asa dan sentiasa dapatkan sokongan dari orang-orang yang rapat dan mempunyai pengetahuan mengenai penyusuan

(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.

Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.


(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)

(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih (resepi), longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang (resepi), betik muda dan sebagainya.

(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.

Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.

** Panjang pulak listnya ;)

Friday

Bengkak susu - Petua traditional

Bengkak susu terjadi apabila ibu tidak menyusukan bayinya atau mengepam susu pada satu jangka masa yang lama.

Simptom-simptom bengkak susu - Baca

Terdapat banyak petua yang diamalkan bagi mengatasi masalah bengkak susu selain dari menuam payudara yang bengkak dengan tuala panas dan teknik urutan. Bengkak susu yang tidak diatasi boleh menyebabkan demam dan seterusnya menyebabkan saluran tersumbat.

Antara petuanya
- Menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)
- Tekapkan daun kobis pada payudara
- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.
- Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

Apa pun petuanya pastikan anda kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding) dan mengepam susu apabila berjauhan dari bayi bagi mengelakkan masalah bengkak susu ini berulang.

Monday

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Sumber rujukan : Kisah Hidupku

Wednesday

Berdiet sewaktu breastfeed

hye rai,
nak mintak pendapat u sket about ada mommy yang beriya-iya nak crash diet sebab nk turunkan berat badan wpun sedang breastfeed n baby baru jer 2 bulan..
what do u think? do share ya..tq

Salam Zzana,
Saya pun takde la expert sangat tapi kalau ikut pengalaman peribadi, berat badan saya balik kepada asal lepas fully breastfeed my son 2 bulan. Memang without effort. Takde diet-diet pun. Lagi pun since kita breastfeed anak, kalau boleh elakkan diet dengan beria-ria sangat..Sebab lepas 2 bulan bersalin badan kita masih lagi dalam tempoh recovery. Kita perlu makan dengan gizi seimbang bagi membolehkan badan kita sembuh seperti sediakala dan dalam masa yang sama membekalkan zat yang cukup kepada bayi yang disusukan. Penurunan berat badan yang mendadak boleh mengurangkan pengeluaran susu. Kalau nak turunkan berat badan cuba tips yang bawah ni :-

(1) ambil makanan yang seimbang.
(2) Makan dalam jumlah yang sikit tapi kerap.
(3) Elakkan dari makan junk food..jajan semua jangan makan. Selain dari tak elok untuk badan kita, tak elok jugak untuk baby.
(4) Rajin bersenam

Jangan expect berat akan turun pomm..10kg dalam masa seminggu..berat akan gradually turun. Malah lagi rajin kita breastfeed kat baby, lagi mudah nak turun berat badan. So, janganlah anggap breastfeed tu satu halangan kita nak menurunkan berat badan. Banyakkan sabar dan pastikan ikut tips tu insya allah takde masalah.

Saturday

Susu sedikit

Memang terdapat wanita yang mempunyai susu yang sedikit berbanding keperluan bayinya. Bagaimana pun jumlahnya tidaklah begitu ramai. Kini terdapat berbagai-bagai kaedah dan petua untuk menambahkan jumlah susu. Tetapi, tidak semestinya kaedah tersebut akan berjaya menambah pengeluaran susu kerana ia juga bergantung kepada tindak balas tubuh wanita itu sendiri.

Jangan bimbang sekiranya anda mendapati bayi anda mula minum susu pada jumlah yang banyak ketika anda tiada bersamanya kerana terdapat banyak kaedah untuk menambah pengeluaran susu :-

(1) Tambahkan kekerapan dan masa mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan demand-supply, bermaksud semakin banyak demand semakin banyak supply yang dihasilkan. Tambah kekerapan menyusukan bayi secara terus sewaktu berada bersama bayi. Setiap kali selepas menyusukan, perah susu bagi menghantar mesej kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Jangan kecewa sekiranya susu yang berjaya diperah tidak banyak, kerana tujuan asal adalah untuk menambahkan pengeluaran susu. Menurut kajian, susu lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh yang demikian, bangun pada pukul 3:00 atau 5:00 pagi untuk memerah susu.

(2) Menggunakan kaedah double-pumping
Sekiranya hanya mempunyai single-pump, anda boleh menyusukan bayi sambil memerah susu. Ramai ibu-ibu yang telah berjaya setelah mencuba kaedah ini. Kesabaran adalah penting kerana biasanya kesan hanya dapat dilihat selepas 2 minggu.

(3) Melalui pemakanan
- Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
- Air soya
- Air barli
- Jus pegaga
- Air rendaman halba
- Air rebusan longan kering (Boleh didapati di Giant)
- Ulam jantung pisang
- Lobak putih masak bening
- Oats
- Kurma
- Madu
- Milkmaid tea ( Boleh dibeli di kedai-kedai online)
- Betik muda masak bening
- Pil ASI

Berbincanglah dengan pakar sekiranya susu masih tidak mencukupi. Elakkan daripada meminta pendapat orang yang kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Kini terdapat ramai pakar laktasi yang boleh memberikan nasihat secara percuma. Contohnya Puan Kamariah tuan punya Susuibu.com

Sumber : Forum susu ibu, Forum susu ibu
Blog Widget by LinkWithin