Other side of me

Showing posts with label Penyimpanan. Show all posts
Showing posts with label Penyimpanan. Show all posts

Tuesday

Rahsia kejayaan penyusuan

Assalamualaikum

Saya melihat trend pada masa ini, ramai yang berlumba lumba membeli pam yang mahal dengan harapan ianya dapat menjamin kejayaan dalam penyusuan mereka. Hakikatnya, pam yang terbaik adalah pam percuma, iaitu tangan kita sendiri. Pam termahal atau termurah hanya sebagai sokongan yang membantu proses penyusuan.

Terdapat juga trend pengambilan supplement tambahan sebagai milk booster. Sedangkan, fungsi utama supplement hanyalah membantu ibu memastikan diet mereka seimbang. Tanpa usaha untuk mengepam atau direct feeding yang lengkap, ianya tidak memberikan kesan pun.

Sebenarnya.. Tak ada rahsia untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu. Apa yang penting adalah usaha yang gigih dan juga minda yang positif.

Banyak kisah ibu ibu yang mengalami pelbagai jenis kesukaran pada mana mana peringkat penyusuan, tetapi berjaya mengharungi segala dugaan dan dapat menghabiskan tempoh saranan dua tahun penyusuan dengan jayanya.

Bagi ibu muda, adakalanya kita seronok dan cemburu bila mendengar dan melihat stok susu orang lain. Jangan sesekali membandingkan pengeluaran susu orang lain dengan kita kerana keperluan setiap bayi berbeza.

Saya tidak pernah menyimpan susu sampai penuh peti sejuk. Jauh sekali beratus botol, atau memerah sampai 20oz dalam sehari. Bagaimana pun, alhamdulillah kerana kedua anak saya mendapat kebaikan susu ibu selama dua tahun. Saya tidak perlu menyimpan stok beratus botol kerana anak anak biasanya hanya memerlukan kurang dari 15oz pada siang hari. Dan bekerja sebagai kerani, tidak memerlukan saya keluar outatation ke mana mana.

Ya. Jeles tengok stok orang banyak banyak. Tapi belek kemampuan diri. Jangan bandingkan kemampuan kita dengan orang lain. Jangan stress kan diri dengan perkara tak perlu. Yang penting. Usaha mau lebih dan pastikan kita fahami konsep supply dan demand dalam penyusuan susu ibu.

Good luck.

Rai

Sunday

Simpanan susu

Ramai wanita yang pertama kali melahirkan anak yang berhasrat untuk meneruskan penyusuan selepas kembali bekerja akan berasa keliru sebanyak mana susu yang perlu dibekalkan untuk keperluan bayi ketika ketiadaan mereka. Serta berapa banyak susu yang perlu sentiasa ada di dalam peti sejuk di rumah.

Jawapannya ini adalah bergantung kepada keperluan bayi mereka sendiri. Latihan penyusuan menerusi botol bukan saja untuk melatih bayi minum susu menerusi botol ketika ketiadaan ibu, tetapi juga untuk memastikan jumlah susu dan kekerapan mereka minum susu ketika ketiadaan ibu mereka. Sewaktu dalam cuti bersalin, pastikan anda menyediakan sebanyak mungkin susu simpanan ( Frozen stock) di dalam peti sejuk di rumah.

Tujuan frozen stock adalah untuk masa-masa kecemasan, contohnya pada hari anda terpaksa pulang lewat dari kerja atau pun pada masa-masa pengeluaran kurang berbanding permintaan. Pastikan anda lebihkan memberi susu perahan segar ( Maksud susu perahan segar adalah susu yang diperah pada hari ini, kemudian disimpan dalam peti sejuk dan tidak dibekukan kemudian diberikan pada bayi untuk keesokan harinya ) Ini kerana, walau pun susu yang telah dibekukan lebih baik daripada susu Formula, bau serta rasanya sedikit berlainan dari susu yang tidak dibekukan. Khasiatnya juga sedikit berkurangan berbanding susu yang segar.

Bagi ibu-ibu yang mula memerah susu seawal dua minggu pertama, dinasihatkan jangan berasa kecewa sekiranya hasil susu yang diperah sedikit jumlahnya. Ini kerana, walau pun apabila dilihat daripada mata kasar, bayi akan menghisap dengan bersemangat sewaktu penyusuan secara terus, jumlah yang diminum bukanlah teramat banyak. Adalah normal sekiranya hasil perahan pada 2 minggu pertama selepas kelahiran bayi adalah sekitar 0.5Oz setiap sesi. Oleh kerana itu, terdapat banyak pakar berpendapat sebaiknya ibu-ibu mula memerah susu selepas 4 minggu kelahiran bayi kerana pada ketika ini, penghasilan susu akan mula stabil.

Saturday

Penyimpanan susu perahan

Susu yang telah diperah boleh disimpan sehinggap 6 bulan dengan kaedah penyimpanan yang betul. Cuci tangan dengan sabun setiap kali hendak mengendalikan susu. Bekas yang hendak digunakan untuk menyimpan susu mestilah di basuh dengan air sabun yang panas dan disteril.

Bekas yang boleh digunakan untuk penyimpanan susu :

(1) Bekas dadih (Boleh didapati di mana-mana pasaraya seperti Giant) - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
(2) Avent disposable liner - Babyland USJ (Diikat dengan getah)
(3) Playtex liner - 4oz, 100pcs/box : RM35.90- 8oz, 125pcs/box : RM47.90 (MLO)
(4) Botol susu dengan penutup

Simpan dalam kuantiti yang mencukupi ( yang diperlukan sahaja) dalam satu bekas untuk sekali penyusuan untuk mengelakkan pembaziran. Labelkan bekas dengan nama dan tarikh. Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara. Guna susu yang terdahulu

Berikut adalah panduan mengenai kaedah penyimpanan serta tempoh penyimpanan susu ibu :

(1) Suhu bilik (66-72°F, 19-22°C) : Sehingga 10 jam
(2) Di dalam peti sejuk (32-39°F, 0-4°C) : Sehingga 8 hari dan perlu disimpan dibahagian belakang bukan bahagian pintu.
(4) Dalam freezer satu pintu (variable temperature due to the door opening frequently) Sehinngga 2 minggu. Sekiranya menggunakan peti sejuk dua pintu (variable temperature due to the door opening frequently): Sehingga 3 ke 4 bulan.
(5) Deep freeze (0°F, -19°C) : 6 bulan ke atas.

(Sumber : WorknPump)

Berbincang dengan doktor sekiranya bayi adalah bayi pra-matang.

Forum berkaitan : SusuIbu 1
Blog Widget by LinkWithin