Other side of me

Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday

Pengetahuan asas breastfeeding bagi bakal ibu

Assalamualaikum


Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

Monday

WAJIB BACA : Pengalaman menyusukan anak yang patut kita contohi

Assalamualaikum

Saya sangat terharu pada apabila membaca kisah ibu ibu yang mengalami kesukaran dalam menyusukan anak. Ini adalah pengalaman seorang ibu bernama Rose yang di kongsikan di ruangan komen pada entry Memalukan sungguh!
---------------------------
Just nak shara pengalaman. Dulu sy tkilan, marah & rasa org tak memahami apa yg sy lalui bila tak berjaya menyusukan Ank 1st sy. Sy rasa Alasan sy cukup kuat, pertama, nipple saya tak kluar Dan menyukarkan proses penyusuan. Kedua, ank saya jaundice, Dlm masa yg sama menghadapi critical constipation problem. Jd dia asyik menangis siang mlm. D hospital sy terpaksa berjaga siang malam hingga bleeding. Bila saya bg dia BF dia akn menangis menjerit hingga sy pun mnangis. Sy betul2 give up tambahan dgn kadaan kesihatan saya yg mkn lemah.

Sblm mngandung ank k2, sy tlh mdengar cerita sorg kwn yg tak berjaya menyusukan ank tp  berjaya utk ank ke 3 nya. Saya jd bsemangat utk menyusukan ank k 2 sy. Baru sy sedar selama ni kesedaran sy kurang sb tu cepat putus asa. Ilmu juga kurang, mlh persediaan juga kurang...apa yg sy baca selama ini tak cukup.

Tapi cabaran Kali ini lbh hebat sb sy akn bersalin scara elective c-sec due to spondylosis(sakit belakang yg sy hidapi slps bsalin ank 1st). Sy brusaha mencari ilmu secukupnya,persedian & kemungkinan masalah yg akn sy hadapi. Ketika usia kandungan 8 Bln sy dinasihatkn bercuti kerana keadaan sakit belakang sy yg makin serius. Doc jg mnyatakn sy mungkin dpaksa bersalin awl jika bacaan diabetes sy tinggi. Jd sy terpaksa mjaga mkn...

Waktu ini, sy mulakan urutan di nipple dgn nipple cream supaya tak tenggelam. Sy tlh sediakn electric pump utk kegunaan slps bsalin. Cooler bag Dan lain2 barang untuk persediaan EBF. Seperti yg telah sy jangka Kali ini lebih sukar proses EBF sy, pelbagai posisi sy cuba untuk BFkn ank sy tp tak berjaya... Belakang sy ni terlalu sakit, tangan saya agak lemah.... Akibatnya tiap kali mencuba Akhirnya sy pasti menangis kecewa & kesakitan yg teramat. Alhamdulillah dorongan kuat hubby & MIL. Akhirnya sy teruskan dengan pumping. Buat pmulaan Setiap 2 jam, bila susu da byk sy teruskn stiap 3 jam non stop siang mlm, consistently spaya susu tak kurang. Alhamdulillah sy berjaya EBF walaupun scara indirect. Sy terpaksa berkorban bila indirect EBF ini diteruskan selama 4 bln. Meskipun kurang tidur & terpaksa bkerja esoknya sy puas hati Dan rasa sangat berbaloi. Ketika usia baby mencecah 4 Bln, sy berjaya menyusukan scara direct kerana sakit belakang sy telah berkurangan. Skrg Baby telah berusia 18 bln & masih BF, akn dteruskan hingga 2 thn InsyaAllah. Sebenarnya kl kita tekad & bsabar InsyaAllah, Allah akn Bantu. Tiada yang mustahil. Semoga sdikit pngalaman sy ini dpt mberi sdikit inspirasi buat ibu2 lain utk mcuba penyusuan susu ibu.
---------------------------
Bagi ibu-ibu yang mengalami sedikit kesukaran seperti masalah tiada masa nak mengepam atau kekurangan susu. Sila lah contohi ibu ini. Dalam keadaan fizikal yang sukar pun masih berjaya menyusukan bayinya sehingga 18 bulan.

Bila kita susah, jangan lupa ada orang yang lebih susah dari kita.

Buat Rose, saya mintak halal share kisah ni dalam blog Penyusuan Susu Ibu.

Selamat berjaya.
Blog Widget by LinkWithin