Kita boleh bagi 1001 alasan sekiranya gagal untuk menyusukan bayi kita. Hakikatnya kita yang lebih tahu sama ada kita benar-benar telah berusaha untuk menjayakannya atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Tepuk dada tanya hati.
Renungi lah berita ini -
A Unique Challenge To Breastfeeding
After the great response from our recent Health and Wellness segment on breastfeeding, I wanted to share my family's story on the challenges with nursing.
That my wife would breastfeed our second son, Willem, was a no-brainer. Leslie nursed our son Benjamin for his first 14 months and except for a rough couple early days, it came very naturally.
In the delivery room at 10 in the morning, just a few minutes after Will was born, Leslie put him to her breast, but this groggy little kid wouldn't latch on. Oh well. The nurses said he was tired and this was normal. After a half an hour she tried again. No latch. With a beautiful calm focus, Leslie tried again and again. Twelve hours later the nurses came and took the baby away for the night.
Bright and early the next morning they were at it again with no success. Nurses, the midwives, the lactation consultant all gave tips but nothing would work. About this time they were noticing other odd things about my son -- Will was "floppy," low muscle tone, had a funny cry, didn't blink when tapped on the forehead. By the next day the staff looks of concern had turned to pity. We were told before leaving for home, there was something "not normal" about my son.
Leslie was pumping and using the Haberman feeder- a special bottle for babies with feeding problems. He would eat but still couldn't suck. We saw specialists, therapists, neurologists, chiropractors and no one knew why he was unresponsive. It was possible, we were told, he could "snap out of it." Or he might not.
My wife never gave up trying to nurse him and for weeks she would put him to the breast before resorting to the feeder.
Around this time we discovered online a rare disorder that might fit Willem's symptoms- low muscle tone, inability to blink, suck, move the muscles of his face. It's called Moebius Syndrome. The article was titled "Kids Born without a Smile." I had hoped for that "snap" moment when he would become a normal baby and here I was reading about my son's future with a lifelong disability. Then I read further and saw a golden lining: most kids with Moebius have normal brain function and normal life expectancy.
Finally we knew something. He couldn't suck because he couldn't move the muscles of his face. He didn't react because his muscles were weak and he couldn't blink.
And then the miracles started to happen. One day, my wife went to nurse him and he sucked. She held his little lips together and he managed to get something. He could do it. As long as he could have something to latch onto deep in his mouth he could use his swallow response to pull the milk out. As those muscles grew stronger we started to see tiny twitches in his cheeks. The few muscles he had in his face were starting to work.
Willem continued to nurse well after his first birthday without the use of feeders and other aids. Though late, he continued to hit milestones. At 15 months he started to talk. At 30 months he walked. He learned to drink through a straw (no small feat for someone who can't close his lips).
I was mostly a bystander to all this. I got to watch the incredible power of a mother's love for her baby. Leslie was determined to give Willem the same early childhood experience that came so easy to his older brother and millions of other children. I hope her story inspires other mothers who face difficulties nursing.
Willem turns five this summer and he'll start kindergarten in the fall. He still receives a full regimen of therapies to work on his muscle tone and speech, but he's a happy, healthy, funny little boy. And I've discovered that the doctor at the hospital was right, my son is not normal, he's extraordinary.
Petikan dari CBSNews
44 comments:
Tak semua ibu Islam tahu hukum hakam kebaikan menyusu sebab itu kita perlu beri kesedaran dan pendidikan meluas tentang penyusuan ini. Tiada paksaan dalam menyusu dan kita tahu Allah juga menyatakan ia adalah perintah galakan jika ibu berkeinginan melakukannya. Jangan mudah menjatuhkan hukum kpd ibu2 di luar sana kalau mereka tidak mahu menyusu sebaliknya kita mesti menghormati setiap apa keputusan mereka walau mereka memilih untuk memilih ABM(artificial babymilk). Mungkin skrg ibu ini tidak tahu mungkin 5 thn akan datang ia mulai sedar. Di Barat ramai ibu2 sedar kerana ada kempennya penyusuan, adanya maklumat ttg penyusuan di mana2 dan adanya support group untuk ibu menyusu bahkan mereka melarang penjualan ABM secara terbuka...itu yg kita tidak ada.
Ya saya setuju. Tapi dalam islam juga ada menyebut tentang kewajipan menuntut ilmu. Jadi, bila dah tahu tak ada ilmu tentang penyusuan kenalah belajar. Kita bukan duduk di tempat yang tak ada orang bijak pandai tentang hukum hakam penyusuan mengikut islam. Kita juga tak duduk di negara yang melarang kita dari mencari maklumat dan mempelajari sesuatu. Cari orang yang pandai untuk ajar cara menyusukan dengan betul. Saya tidak menyalahkan atau menjatuhkan hukuman kepada mereka yang memilih susu formula seratus peratus. Saya sendiri top up anak sulung dengan susu formula sbb setelah pregnant production tak cukup dan kesihatan tak begitu mengizinkan. Masalahnya ramai antara ibu-ibu kat Malaysia ni yang memilih susu formula sebab tak mencari maklumat pada saluran yang betul tentang susu ibu. Biasanya ramai ibu muda beranggapan pengetahuan tentang penyusuan ni akan datang secara naturally bila bayi itu lahir. Oleh itu tak perlu susah payah nak belajar. Kononnya bila bayi tu lahir dia tahu la macam mana nak cari puting susu ibunya. Sedangkan terdapat 1001 permasalahan tentang penyusuan yang mereka tak sedar. Bila penyusuan peringkat awal tak berjaya, mula la mereka mencari alternative dengan memberikan susu formula kepada bayi (bukan nak carik ilmu jugak!) Lebih menyedihkan lagi bila mereka juga memberikan makanan separa pejal kepada bayi atas sokongan orang sekeliling yang juga kurang pengetahuan tentang penyusuan dan pemakanan bayi waktu dalam pantang lagi. (Dan kemudian berbangga mengenainya…!)
Bagi saya perkara yang memalukan adalah bukan seseorang tu tak Berjaya menyusukan bayi mereka.Tapi yang memalukan tu adalah bila mereka tak bersungguh-sungguh pun nak menyusukan. Itu tak termasuk yang memberikan 1001 alasan untuk tidak menyusukan bayi sendiri. Jangan kita menyalahkan orang lain atas kesilapan dan kelemahan kita sendiri. Jangan kata tak cukup support group atau tak cukup banyak kempen tentang penyusuan. Jangan sebut apa yang kita tak ada. Sebut apa yang kita ada, sebut apa yang orang-orang kuat dalam kempen penyusuan susu ibu kat Malaysia ni dah buat untuk memberi kesedaran kepada ibu-ibu tentang kebaikan susu ibu. Mungkin support group dan kempen penyusuan susu ibu tak dapat liputan meluas dalam berita di TV macam kempen susu formula, tapi semua tu ada kalau kita menggunakan saluran yang betul. Contohnya beli majalah tentang penjagaan bayi (PA & Ma, Parenthood etc etc), ambil bahagian dalam perbincangan dalam forum tak pun pegi kelas antenatal kat mana-mana hospital. Malah banyak hospital kat Malaysia ni baik swasta mahu pun kerajaan yang breastfeeding friendly. Bila bersalin mereka akan ajar cara menyusukan yang betul, tapi masih ramai yang tak sedar dan rasa polisi tu menyusahkan mereka.
Di Malaysia, kerajaan kita belum ada polisi yang melarang penjualan mahu pun pengiklanan susu formula secara terbuka. Tapi sebagai pengguna kita hendaklah buat pilihan yang bijak.
Salam,
saya sokong dgn pn azrina, sy adalah tergolong wanita yg "tidak Bertuah" sy mampu susukan bayi sy sehingga 3 bulan setengah sahaja itupun sudah dicampur. bukan kerana SAYA TAK USAHA tetapi mmg hanya setakat itu sahaja rezeki anak saya. tidak cukup supply membuatkan bayi sy menangis lebam2sy tidak sanggup melihat dia kelaparan dan terpaksa memilih alternatif lain.yang paling penting bagi sy anak sy tidak kelaparan. kempen la apa yg patut tetapi sebagai manusia kita perlu ingat hanya Allah yang menentukan sesuatu kejadian. walaupun sy tak mcm kamu..kamu..kamu diluar sana yg berbangga menceritakan kelimpahan ruahan susu mereka sedikit pun tidak membuatkan sy terkilan kerna bagi sy rezeki datang dari Allah. kalo ini ditakdirkan buat sy & anak sy, sy redha...
WAllahualam..
Salam Puan,
Entry ini bukan berniat untuk memperkecilkan ibu-ibu yang memilih alternatif penyusuan
susu formula. Jauh sekali membangga diri kerana dapat menyusukan bayi dengan susu ibu
sepenuhnya. Bahkan anak sulung saya juga terpaksa minum susu alternatif apabila saya
kekurangan susu ketika mengandung anak kedua.
Tujuan saya adalah untuk mengajak ibu-ibu untuk mencontohi kecekalan ibu ini dalam usahanya menyusukan bayinya yang istimewa. Dengan harapan ibu-ibu yang membacanya akan menjadikan kisah ini sebagai satu pedoman bahawa dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Apa yang saya cuba saya tunjukkan di sini adalah, ibu tersebut bukanlah seorang yang beragama Islam, jauh sekali mengetahui besarnya fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya. Adalah memalukan jika kita sebagai umat Islam tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran yang sangat besar sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah.
Tambah lagi, penyusuan susu ibu mempunyai terlalu banyak kelebihan.
Bagaimana pun, seperti yang puan nyatakan, rezeki seseorang itu ditentukan oleh Allah. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, kita juga perlu bertawakal dan redha dengan segala ketentuanNYA.
Salam Puan,
komen sy bukanlah niat utk memperlekehkan entry puan, pada permulaan penyusuan sy dulu ada golongan yang "bertuah" dikurniakan oleh Allah utk menyusukan bayi mereka memperlekehkan org yg tidak "bertuah" seperti sy dan telah sedikit sebyk membuatkan sy rasa tidak sempurna. in future, jika ada rezeki baby sy seterusnya sudah tentu sy akan usaha utk memberikan penyususan terbaik jika dengan izinNYA....
WAllahualam..
salam puan,
seperti yang saya nyatakan sebelum ini. Saya tidak sesekali berniat utk memperlekehkan ibu-ibu yang kurang berjaya dalam penyusuan susu ibu.
Bagaimana pun, saya tidak menganggap diri saya "bertuah" kerana saya berpendapat tuah tidak mencukupi untuk menentukan kejayaan seseorang dalam penyusuan susu ibu. Terlalu banyak cabaran yang terpaksa saya hadapi untuk menjayakannya. Ini kerana semulajadinya saya bukan seorang yang mempunyai pengeluaran yang banyak. Dengan berat hanya 34kg dapatkah puan bayangkan bagaimana saya menyusukan anak sulung saya ketika mengandung anak kedua dan saya meneruskan penyusuan keduanya dengan tandem nursing. Berat tertinggi saya capai ketika mengandung adalah 40kg.
Setiap hari saya mengambil sekurang-kurangnya 4 jenis supplemen vitamin untuk memastikan tubuh saya sihat dan tidak mudah penat untuk memberikan pengeluaran yang cukup untuk kedua orang anak saya.
Saya sedikit pun tidak memperlekehkan sesiapa yang memilih susu alternatif. Apa lagi membangga diri dengan pencapaian saya. Puan tidak perlu rasa rendah diri kerana segalanya telah ditentukan oleh Allah. Malah, puan sepatutnya bersyukur kerana walau pun hanya 3 bulan, bayi puan dapat merasai kenikmatan susu ibu. Ramai yang langsung tidak berjaya menyusukan bayi mereka atas pelbagai sebab.
Semoga puan lebih berjaya di masa hadapan. Insya allah.
Salam,
Banyak sangat komen yang mengajak sampai kurang adab semacam mengajar dalam pengusuan susu ibu. Hampir semua yg boleh membaca artikel dalam internet ni cukup cerdik dan paham kebaikan susu ibu, tapi banyak masaalah dan berbagai, harap komen yg lebih positif dgn solution pada permasaalah berbagai ni lebih berpahala pada yang memberi pertunjuk dari komen yg negatif.
Salam puan,
terima kasih atas komen. sesuatu itu positif atau negatif juga bergantung pada penerimaan seseorang. contohnya waktu di sekolah. cikgu marah sbb cikgu kita nak kita menjadi lebih baik. tapi sesetengah murid beranggapan bahawa cikgu hanya melepaskan geram pada mereka. maaf sekiranya artikel ini menyinggung hati sesiapa..
saya ingin berkongsi pengalama saya sendiri. mmg btol kalau org kata saya tidak berilmu semasa mengandungkan anak pertama dulu. Saya akaui sbb tiada ilmu tentang penyusuan, saya hanya dpt susukan anak masa dlm pantang sahaja, selepas itu susu makin kurang dan saya beranggapan sememangnya susu saya tidak mencukupi. alangkah ruginya kerana saya tidak mencari ilmu. Seajk itu, masa mengandung anak kedua saya tekad cari ilmu tentang penyusuan, dan bertekad ingin susukan anak kedua sepnuhnya. alhadulilllah saya berjaya, sekarang baby kedua dah masuk 9 bulan, amsih lg fully bf. Bg saya, carilah ilmu penyusuan sebaik mungkin, dan anda tidak akan menyesal.
Seakrang saya pulak obses dengan penyusuan ibu, tp tidak bermakna saya memandang ibu yg bg FM kat anak mereka adalah mereka yg tidak berjaya. Mereka mungkin seperti saya pada satu ketika dahulu.
Kerana cintanya saya pada pemyusuan dan ingin berkongsi dgn ibu-ibu yg lain, lahirlah blog ini yang bg saya satu permulaan dalam breastfeeding journey saya:
http://permatacintaku.blogspot.com
salam utk semua... sy ingin meminta pendapat tentang penyusuan bayi..baby sy sudah tidak mahu lagi menyusu badan sedangkan susu badan sy masih byk...kenapa yer? adakah kerana disebabkan puting berbeza? sy berasa amat tertekan jika baby sy tidak mahu menyusu badan... adakah cara utk baby sy menyusu badan semula?
hani,
baby umur berapa ye.. Baby taknak menyusu tu memang dia langsung taknak minum susu ke atau dia just minum sekejap2..? bergantung pada punca baru kita boleh tau langkah nak perbaiki keadaan ni.
kalau ada gtalk boleh add saya
kesoma.rai
Rai, baby hani br 2 bln 1/2...mmg selama nie dia menyusu bdn dgn susu botol..tp sejak kebelakangan nie dia dh tak nak susu bdn lagi maksud hani dia tak nak terus menetek tp bila hani perah masuk dlm btl dia nak plak... mcm dkt tetek jer dia kejap nak kejap tak nak tp dah 2 3 hari nie dia tak nak tetek lagi..sedihlah hani...tu yg hani nak tau mcm mana nak bg dia hisap balik...
ada kemungkinan dia ada masalah nipple confuse..sbb minum thru bottle lebih senang dari direct feeding..cuba tukar teat kepada teat yg lubang paling sempit.. lepas tu ikut tips dalam entry yg
http://susu-terbaik.blogspot.com/2011/10/masalah-bayi-tak-mahu-direct-feeding.html
jangan putus asa ok.. selain dari tu boleh contact consultant utk dapatkan khidmat nasihat.. kadang2 kita rasa dah cuba everything.. tapi diorg akan bagi cara lain pulak..
hani pun rasa begitu juga...mungkin dia confuse...bila mamai dr tidur senang bagi tp bila dia jaga mmg susah nak bagi...sumbat jer trus melalak kuat...smpikan kita dah tak tau nak buat camner lagi...tu yg trus buat susu botol...baby hani girl tp kuat minum susu...hani dah baca blog tu dan hani akan cuba ikutinya dgn cara terbaik...
sbb dia kecik lagi..bila dah jumpa yg lagi senang mmg dia akan prefer yg tu..so cuba banyakkan bf masa dia mamai..sampai dia biasa.. hehehe..
tp skrg nie dia dh pandai gak..bila mamai pun dia tau bzkan yg mana satu...dia dpt rasa skit jer trus tolak...kdg2 geram dan tension jer hani...lagi satu hani nak tnya mcm mana nak tmbh bg byk lagi susu tu? nak chat kat gtalk tu kat mana?hani nie 1st time wat komen kat sini...
hehe..anak2 memang cerdik..tapi kalau boleh..waktu menyusukan jgn ada perasaan marah ke geram..anak2 ni dia dapat rasa bila kita ada perasaan mcm tu..so kadang2 contribute jugak kenapa diorg kurang minat nak direct feeding.. masa bf tu ingat benda2 yg happy je..banyakkan bercakap dengan diorg dan sentuhan..avoid tempat yg bising..
production susu adalah ikut konsep demand and supply..so lagi banyak demand lebih banyak production.. sama ada banyakkan direct feeding atau banyakkan mengepam.. selain dari tu dari segi pemakanan pun boleh jugak..ada banyak supplement dan makanan yg boleh tambah susu..
gtalk tu google talk.. kat gmail ada jugak..tepi belah kiri tu..
tu yg hani suka bila bf sbb mata dia akan tenung dgn kita...kdg2 kita berckp dia akan bg syarat guna mata...bknnya apa hani geram tu sbb dia tak nak menyusu lagi...takper kali nie hani akan cuba sedaya upaya utk bg dia bf blk...
hani tak jmpalah gtalk tu...
kan kan..saya pun suka..main2 tangan dia..cuit pipi dia..takpe.. just try to be calm masa susukan dia..kalau kita resah gelisah dia akan rasa..
gtalk tu pegi kat google account setting..lepas tu scroll ke bawah ada bahagian my service..ada satu icon mcm dialog box tu namanya "talk".. boleh install atau guna macam ym kat email tu..
bestkn dpt susukn baby...ria kalau susu cuma dpt 100ml byk ker tak?
bestkn dpt susukn baby...ria kalau susu cuma dpt 100ml byk ker tak?
betul!!! sangat sangat sangat best.. emotionally anak2 akan tetap cari ibu bila nak tidur.. hehehe..
kalau saya 1 sesi 100ml ok..tapi depends pada banyak mana anak hani minum.. kalau dia minum banyak maybe kena tambah sesi mengepam. cubalah buat power pumping on weekend atau sebelum tidur..
hai rai...semalam hani dah cuba menyusukan baby tp masih sama gak dia tak nak...kita lembut2 pusing kepala dia pun tak nak trus nangis kuat2 tak henti2 terpaksalah hani bg susu fm...sian tgk dia nangis..hani dah cuba berbagai cara tp tetap yg sama gak...skrg nie bila hani perah susu mula2 ada pastu lama2 jadi dah skit dan mcm tak nak kuar lagi..kenapa yer rai?
Assalam. Maaf nak tanya, Susu dari badan saya dah kering sbb baby mix menyusu dgn susu formula. Bagaimana agaknya sy nak buat supaya susu badan keluar semula? Anak sy premmie, dari lahir hingga 1 1/2 bln fully breastfeed. Bila dah balik rumah dia mcm tak kenyang/puas menyusu badan so sy top up dgn formula. Mcm mana ye? Sy try ambik pil domperidone tp still takde hasil..
hani, sori lambat reply..saya rasa better hani try jumpa LC..maybe dia boleh bagi advice yg lebih baik.. berkenaan dengan susu perahan..penting utk kosongkan breast sekerap mungkin..tapi since pam tak se efficient hisapan baby. so mmg akan hadapi masalah macam tu..harap hani jgn putus asa.. cepat2 jumpa LC.. mereka lebih pakar dalam masalah macam ni..
Salam Herda,
macam mana yg herda maksudkan macam tak puas..kadang2 baby nak melekap je dgn kita tak semestinya sebab tak cukup susu..ada banyak faktor lain lagi..lagi2 baby premie..baby nak selalu dekat dengan kita sbb dunia ni baru bagi diorg..
sebaik mungkin cuba kurangkan amount susu formula yg awak dah bagi kat baby..gradually ganti dengan breastfeed..dan kemudian stop terus..utk tambah production, setiap kali lepas susukan baby, pam lebihan susu sampai ke titisan terakhir.. susukan bayi sekerap mungkin untuk stimulate production semula..
production susu adalah berasaskan konsep demand and supply..bila awak dah top up dengan susu formula..badan akan terima signal demand kurang..so susu yang dihasilkan akan menjadi semakin sedikit..
selain dari tu, make sure minum air dan makan secukupnya..makan sikit tapi kerap..
good luck!
ok rai...mggu lepas hani dah bwk baby jmpa doc dia dan hani dah pun tanya dgn doc perkara nie...doc kata nak wat camner terpakslah perah masuk dlm botol..tu jer jln yg terbaik utk baby susu badan...baby hani nie kejap nak hisap kejap tak nak rai...ikut angin dia...hani perah tetap perah..tak dpt byk skit pun takper yg penting dia dpt susu bdn skit kan...berat bdn baby hani pun meningkat..umur dia skrg 3 bln berat 5.8 kg...doc kata ok tu yg penting dia nak mnm byk... lupa nak tnya rai...baby rai age brp?
takpe hani..yang penting hani dah cuba sedaya upaya..dan baby hani pun dah dapat kebaikan susu ibu.. itu yang penting..
berat badan dah ok dah tu..maksudnya dia still dapat susu yg cukup..so jgn risau..nanti risau sangat2 susu pun merudum.. hehe..
anak2 saya sorg dah 3 tahun..baru je berenti bf aritu..masih rindu2 lagi..yg no2 dah setahun 6 bulan.. masih bf..tapi dah taknak minum susu botol..susu yg perah semua terbuang sbb dia taknak..dlm cawan pun taknak..so just direct feeding..waktu saya pergi kerja dia minum susu dalam cawan..susu kotak..susu formula mmg reject langsung..masalah jugak tu sebenarnya..hehe..
ooo ye ker mcm tu... hani pun dah tak kisah sgt pun yg penting dia minum susu kan...skrg nie hani main perah jer...baby hani nie ikut mood dia nak nyusu bdn nie...yer betul berat bdn dia dah ok...semua org ckp baby hani dah mcm 4 5 bln...bila hani kata baru 3 bln semua terperanjat... dah besar gak anak2 rai yer... tentu sepasangkan anak2 rai nie... susu kotak rai bagi yg brand apa lak? pelik gak kan dia tak nak mnm susu formula...
Salam
Saje nak share pengalaman... ms sy pregnant sy mmg tak de ilmu pasal bf.. sy siap bli botol n survey fm apa terbaik tuk baby.... ms pantang ada kwn dtg melawat n bgtau pasal bf. Sy teruja pasal kebaikan bf. Ms pantang sy search info psl bf. Husband bg galakkn n belikan breast pump. Awal2 mmg susu xkuar. Pas berurut n mkn lobak putih alhamdullilah susu kuar. Skrg bb dh 6bln dan msh bf. Sy harap dpt bf bb smpi 2thn.
Just nak shara pengalaman. Dulu sy tkilan, marah & rasa org tak memahami apa yg sy lalui bila tak berjaya menyusukan Ank 1st sy. Sy rasa Alasan sy cukup kuat, pertama, nipple saya tak kluar Dan menyukarkan proses penyusuan. Kedua, ank saya jaundice, Dlm masa yg sama menghadapi critical constipation problem. Jd dia asyik menangis siang mlm. D hospital sy terpaksa berjaga siang malam hingga bleeding. Bila saya bg dia BF dia akn menangis menjerit hingga sy pun mnangis. Sy betul2 give up tambahan dgn kadaan kesihatan saya yg mkn lemah.
Sblm mngandung ank k2, sy tlh mdengar cerita sorg kwn yg tak berjaya menyusukan ank tp berjaya utk ank ke 3 nya. Saya jd bsemangat utk menyusukan ank k 2 sy. Baru sy sedar selama ni kesedaran sy kurang sb tu cepat putus asa. Ilmu juga kurang, mlh persediaan juga kurang...apa yg sy baca selama ini tak cukup.
Tapi cabaran Kali ini lbh hebat sb sy akn bersalin scara elective c-sec due to spondylosis(sakit belakang yg sy hidapi slps bsalin ank 1st). Sy brusaha mencari ilmu secukupnya,persedian & kemungkinan masalah yg akn sy hadapi. Ketika usia kandungan 8 Bln sy dinasihatkn bercuti kerana keadaan sakit belakang sy yg makin serius. Doc jg mnyatakn sy mungkin dpaksa bersalin awl jika bacaan diabetes sy tinggi. Jd sy terpaksa mjaga mkn...
Waktu ini, sy mulakan urutan di nipple dgn nipple cream supaya tak tenggelam. Sy tlh sediakn electric pump utk kegunaan slps bsalin. Cooler bag Dan lain2 barang untuk persediaan EBF. Seperti yg telah sy jangka Kali ini lebih sukar proses EBF sy, pelbagai posisi sy cuba untuk BFkn ank sy tp tak berjaya... Belakang sy ni terlalu sakit, tangan saya agak lemah.... Akibatnya tiap kali mencuba Akhirnya sy pasti menangis kecewa & kesakitan yg teramat. Alhamdulillah dorongan kuat hubby & MIL. Akhirnya sy teruskan dengan pumping. Buat pmulaan Setiap 2 jam, bila susu da byk sy teruskn stiap 3 jam non stop siang mlm, consistently spaya susu tak kurang. Alhamdulillah sy berjaya EBF walaupun scara indirect. Sy terpaksa berkorban bila indirect EBF ini diteruskan selama 4 bln. Meskipun kurang tidur & terpaksa bkerja esoknya sy puas hati Dan rasa sangat berbaloi. Ketika usia baby mencecah 4 Bln, sy berjaya menyusukan scara direct kerana sakit belakang sy telah berkurangan. Skrg Baby telah berusia 18 bln & masih BF, akn dteruskan hingga 2 thn InsyaAllah. Sebenarnya kl kita tekad & bsabar InsyaAllah, Allah akn Bantu. Tiada yang mustahil. Semoga sdikit pngalaman sy ini dpt mberi sdikit inspirasi buat ibu2 lain utk mcuba penyusuan susu ibu.
salam rose,
thanks share pengalaman rose. terharu saya baca. memang sangat besar cabaran yang rose hadapi. saya mohon utk share dalam post supaya ibu ibu diluar sana dapat mencontohi apa yang rose lakukan dan korbankan untuk bayi.
semoga berjaya sampai 2 tahun ya.. good luck..
Silakan Rai. Sy Suka sgt kl ianya dpt mnjadi dorongan buat ibu2 lain & mngalakkan Pnyusuan susu ibu.
Thanks Rai, mudah2an InsyaAllah.
terima kasih rose..saya dah share.. :D
Puan Rose..izin kan utk share your article..sgt2 memberi inspirasi..thanks ya
Silakan..
Assalammualaikum, anak saya yg sulung dilahirkan pra-matang..30 bln..dgn berat 1.5 kg..doktor menggalakkan saya tuk memberikan susu ibu..pada mulanya mmg susah..kerana saya terpaksa memerah dan beri pd nurse..sbb ank sy ms tu belum tau hisap..jd susu terpaksa diberikan melalui tiub..Alhamdulillah..hospital kerajaan memberi galakan..menyediakan nurse yg khas untuk kempen susu ibu..apabila baby dah menunjukkan reaksi menghisap..doktor sruh saya berikan susu secara direct...memang susah nk pujuk dia..tp sy nekad jugak..kerana puting tenggelam..nsb baik nurse membantu memberitahu cara2 tuk menarik puting keluar..setelah sy cuba dan cuba..akhirnya baby mahu menghisap...dalam masa sebulan dia naik hingga 3kg..walaupun dia pramatang..dia membesar dengan sihat kerana susu badan..sejak dr itu..sy nekad tuk memberi susu badan pd ank2 yg akan dtg..sekarang saya ada 5 org ank..kesemua ank sy membesar dgn susu badan sehingga umur sethn lebih...
saya rasa seronok apabila membaca entry puan..harap ibu2 diluar sana ..tidak berputus asa memberikan susu badan..
wassalam.
nadia,
thanks sebab sudi meninggalkan komen di sini..tahniah sebab walaupun dalam kesulitan puan berjaya menyusukan anak dengan sepenuhnya tanpa berputus asa. saya harap, dengan coretan puan ini dapat menaikkan semangat bagi ibu ibu yang menghadapi cabaran dalam penyusuan susu ibu.. terima kasih sekali lagi..
Rose,mohon share pengalaman.tq
saat mnyusukan anak merupakan saat yg terindah sekali. sy amat berterima kasih pd info2 yg sy dpt melalui internet. byk sgt membantu. skrg sy mmpu utk menurunkan ilmu penyusuan sy kpd rakan yg lain hasil dr pembacaan juga pnglmn sy sndri.
Puan, sy harap puan lebih teliti dn berhati2 dlm menuturkan kata. Tak semua ibu bertuah dikurniakan Allah rezeki menyusukan anak sepenuhnya seperti kita. Termasuklah aminah, ibu baginda nabi saw. Setiap org ada rezekinya masing2... Sedangkan halimatus saadiah sewaktu ingin mengambil rasulullah sbgi anak susuan, susunya pun hampir kering, hinggakan anaknya yg sedang menyusu dgnnya pun sentiasa mennagis krn kelaparan. Tetapi, bila rasulullah disuakan ke dadanya shj, dgn kuasa Allah yg maha esa, tiba2 buah dadanya bengkak dn rasulullah tertidur kekenyangan, sehingga anak halimatus saadiah juga turut tertidur kekenyangan.. Ini semua takdir dan rezeki yg ditentukam olehNya. Knp aminah tdk begitu? Knp halimatus saadiah yg dipilih oleh Allah utk menyusukan rasulullah saw?? Sedangkan nabi saw adalh satu2 nya anak aminah....
Jd kita kena ambil iktibar dr sirah nabi sblm kita meletakkan sesuatu hukum ataupun fakta..
salam,
terima kasih atas teguran.. harus difahami, apa yang saya tulis di atas adalah satu teguran terhadap ibu ibu yang tak berusaha belajar bersungguh sungguh ilmu penyusuan susu ibu tetapi memberikan pelbagai alasan atas kegagalan memberikan susu ibu kepada bayi mereka.
Allah beri rezeki. tetapi kita hendaklah berusaha dengan ilmu, berdoa dan bertawakal. kalau berusaha tapi taknak belajar ilmu penyusuan, adakah adil bagi anak kita..? hakikatnya ramai ibu yang masih tak paham konsep penyusuan. dan akhirnya hanya berserah pada takdir rezeki Allah. seolah olah.. seorang yang miskin, kerana dia ingat rezeki Allah tentukan tapi tak berusaha lebih mencari rezeki untuk menyara keluarga..
jangan samakan kita dengan peristiwa rasulullah. sedangkan ramai antara kita yang memilih susu tepung dan bukan ibu susuan apabila gagal menyusukan anak sendiri.. kan..?
Post a Comment