Other side of me

Monday

Anak tak suka bubur

Assalamualaikum

Bagi ibu-ibu baru, saat memperkenalkan makanan separa pejal kepada bayi adalah saat yang paling ditunggu-tunggu. Namun, tidak sedikit yang kecewa kerana bayi mereka kurang menunjukkan minat kepada makanan. Ada juga yang diserang rasa bersalah apabila keterujaan mereka menyebabkan bayi mengalami masalah sembelit yang teruk. Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk menjayakan proses pengenalan makanan separa pejal kepada bayi.


ratah bawang goreng tepung

Pastikan si manja telah benar-benar bersedia - Bersediakah si manja anda ? Pengenalan kepada makanan separa pejal yang terlalu awal boleh mendatangkan pelbagai risiko penyakit dan masalah kesihatan sepanjang hayat bayi tersebut. Walau pun mungkin ada yang merasakan kenyataan tersebut adalah keterlaluan, tetapi banyak kajian yang dilakukan mengaitkan masalah kesihatan seperti gastrik, asma dan berat badan berlebihan dengan pengenalan kepada makanan pejal yang terlalu awal.

Berbalik kepada tips untuk menjayakan proses pengenalan makanan. Saya yakin ramai ibu-ibu yang teruja hendak memperkenalkan makanan selain dari susu ibu kepada bayi akan membelek segala macam jenis resepi makanan bayi di internet. Saya pun begitu. Dan tak kurang yang kecewa kerana bayi tidak sukakan makanan yang telah disediakan. Mungkin terlalu tawar? Tak ada perisa? Saya sering disuruh menambah sedikit garam ke dalam bubur bayi bagi menambah perisa. Bubur yang tawar tidak disukai bayi. Kata mereka.

Hakikatnya. Pada umur seawal enam bulan, deria rasa bayi masih belum develop sepenuhnya (sori tak tau BM). Sekiranya bayi menolak makanan yang disuakan kepada mereka. Biasanya bukan kerana ianya tak sedap. Tapi kerana tekstur dan baunya. Buatkan makanan yang lebih mesra bayi. Iaitu makanan yang mempunyai tekstur yang berair. Jangan terlalu pekat. Tambahkan susu ibu bagi memberikan rasa dan bau yang mereka biasa. Pada peringkat awal, jangan terlalu ghairah menambah segala macam sayur, ikan dan lauk pauk ke dalam bubur. Cukup dengan bubur kosong. Tanpa garam. Tambahkan susu ibu (EBM) ke dalam bubur tersebut supaya tidak terlalu pekat. Selain dari memastikan bayi lebih bersedia, ia juga menyelamatkan bayi dari mengalami masalah sembelit.

Antara makanan pertama yang dicadangkan (dikisar halus dan dicairkan dengan susu ibu)
(1) Bubur nasi
(2) Puri buah buahan - Pisang, betik, avocado
(3) Puri sayur-sayuran yang di kukus/rebus - Lobak merak, brokoli, kentang
(4) Oat

Tambahkan kepekatan sedikit demi sedikit. Sekiranya ingin menambahkan sayur ke dalam bubur, gunakan 4 days rule setiap kali bahan baru ditambahkan ke dalamnya. Selain dari tekstur, faktor lain seperti suhu makanan juga perlu dititikberatkan. Pastikan ia tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Sebaiknya buatkan supaya suhunya mendekati suhu bilik atau sedikit suam.

Pastikan bayi tidak terlalu lapar ketika mula memperkenalkan makanan. Ini kerana, ia akan membuatkan mereka tidak sabar dan cranky. Sebaiknya, mulakan pada waktu tengah hari pada hari cuti selepas kira-kira 10-20 minit mereka disusukan. Ini kerana, sekiranya berlaku reaksi alahan, kita mungkin perlu segera membawa mereka ke klinik. Sekiranya ia berlaku pada waktu malam, mungkin akan menghadapi masalah ketiadaan doktor dan sebagainya.

Mungkin ada ibu yang berpendapat, bijirin sarapan bayi lebih mudah, lebih sedap dan lebih sihat. Malangnya. Hakikatnya tidak begitu. Ia mungkin lebih mudah, tetapi ia tidak semestinya lebih sihat. Pastinya bijirin sarapan bayi yang tersedia mengandungi bahan preservative yang tidak sepatutnya diberikan pada bayi pada awal usia mereka. Seperti yang saya katakan, bayi masih belum develop deria rasa mereka sepenuhnya, oleh itu, tidak penting ia sedap atau tidak. Oleh kerana itulah, kalau nak pastikan anak anda suka makan lobak merah, biasakan mereka dengan lobak merah seawal yang mungkin.

Ia akan dapat mengurangkan masalah sakit kepala ibu bapa dari masalah susah nak bagi anak-anak makan sayur bila mereka membesar nanti. Melentur buluh biar dari rebungnya kan :D

Selamat mencuba.

Daa

Sunday

Pam Susu Mahal VS Pam Murah

Assalamualaikum

Menjadi ibu adalah saat saat yang sangat mendebarkan dan ditunggu oleh setiap insan bergelar wanita yang telah mendirikan rumah tangga. Sebagai ibu, pastinya mereka mahu menyediakan yang terbaik buat si manja yang bakal menyerikan lagi rumah tangga yang telah didirikan.

Yang pastinya mengujakan setiap insan yang bakal bergelar ibu adalah membeli belah bagi menyediakan keperluan bayi mereka. Dari soal pakaian sehinggalah ke keperluan penyusuan. Bagi ibu-ibu yang berhajat ingin memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi mereka tentunya akan menghadapi saat yang sukar dalam memilih pam yang terbaik bagi menjayakannya.

Percayalah. Alat yang terbaik bagi memerah susu adalah tangan sendiri. Dan berita baiknya adalah ianya PERCUMA!  Walau pun mungkin ada ibu-ibu yang berpendapat lebih mahal pam, lebih tinggi kebarangkalian mereka untuk berjaya dalam penyusuan secara ekslusif. Malangnya, hakikat sebenar tidaklah begitu. Ramai ibu-ibu yang memerah dengan menggunakan tangan, tetapi mereka berjaya dan dapat menghasilkan lebih banyak susu.

Memilih pam adalah dengan melihat pada keperluan seseorang itu. Bagi seorang pekerja biasa yang tidak mempunyai tempat khas untuk memerah susu seperti saya, pam manual adalah yang terbaik. Ini kerana ia tidak memerlukan saya mencari electric point bagi memulakan aktiviti saya. Di mana-mana saja. Tambah lagi, ia sangat ringan dan tidak memerlukan saya risau tentang motor yang mungkin akan rosak sekiranya tidak dijaga dengan baik. Walau pun mungkin ada yang berpendapat mendapatkan let down dengan pam manual adalah sukar dan tempoh mengepam menjadi lebih lama, ia tidak berlaku pada diri saya. Dengan beberapa teknik yang saya amalkan, tempoh mengepam bagi sebelah payudara mengambil masa kurang dari 10 minit.

Keperluan setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya mengambil kira keperluan diri masing-masing dan bukan berdasarkan jenama atau harga sesebuah pam tersebut. Pam yang mahal tidak semestinya lebih baik, dan pam yang lebih murah bukan semestinya tidak memberikan hasil yang lumayan. Bagi menjamin keselesaan, saya lebih suka menyarankan agar ibu-ibu mencuba sendiri pam yang ingin dibeli di kedai yang menyediakan perkhidmatan test drive.

Sedikit info tentang perbezaan antara pam elektrik dan manual.

Semoga maklumat ini sedikit sebanyak akan dapat membantu bakal-bakal ibu yang masih buntu dalam pemilihan pam yang bersesuaian dengan mereka.

Blog Widget by LinkWithin