Other side of me

Saturday

Jauhi kacip fatimah

Kacip Fatimah (bukan kacip pinang kepunyaan cik Fatimah ye..) atau nama saintifiknya Labisia Pumila telah digunakan secara turun temurun untuk membantu mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual. Sama seperti Tongkat Ali untuk lelaki.

Air rebusan kacip fatimah terutama bahagian akarnya diminum untuk tujuan rawatan. Dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, penggunaan kacip fatimah terkenal dalam merawat wanita yang baru lepas bersalin.

Antara 9 fungsi utama kacip fatimah
(1) Menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi peranakan wanita lepas bersalin
(2) Sekiranya diambil ketika menstruasi, boleh membantu mengurangkan kesakitan (period pain) kerana ia mempunyai fungsi anti-dysmenorrhoea yang dapat membantu melancarkan pengaliran menstruasi
(3) Digunakan untuk memulihkan gangguan kepada sistem peranakan wanita seperti dysentery dan gonorrhoea
(4) Membantu menyeimbangkan hormon wanita dan mengatasi masalah lepas bersalin seperti kurang keinginan untuk bersama suami. Selain dari itu, ia juga dikatakan dapat menambah tenaga kewanitaan
(5) Membantu melangsingkan badan terutamanya dibahagian abdomen
(6) Sejenis herba anti-gas yang dapat membantu mengurangkan angin dari dalam badan
(7) Menguatkan sistem pertahanan badan dan seterusnya melegakan selesema
(8) Memperbaiki perjalanan darah serta membantu mengurangkan kesakitan pada sendi dan otot
(9) Kacip Fatimah juga dapat membantu mengurangkan masalahh sembelit serta mengembalikan rambut rosak

Selain dari itu masih terdapat banyak lagi fungsi serta kebaikan kacip fatimah ini. Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak.

Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan. Oleh itu, bahan-bahan toksin di dalam tubuh badan akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan ( liang peluh, air kencing, najis dan juga susu ibu). Dengan demikian, ditakuti bayi yang disusukan akan minum susu yang mengandungi toksin yang dikumuhkan dari badan ibunya. Sekiranya ibu mengandung minum atau consume air kacip fatimah atau serbuk atau pil yang mengandungi kacip fatimah, kadang-kadang sistem badan ibu tak fully recognize janin yg membesar dalam perut tuh adalah bayi (kira macam sistem badan confuse. ingat ni benda asing yg patut dibuang/dikumuhkan) Kesannya akan menyebabkan keguguran.

Dipetik dari buku Mother Food for Breastfeeding Mother ditulis oleh Hilary Jacobson (page 82)

Try to avoid doing what is called a major detox while breastfeeding or pregnant. This includes fasting, taking more than one or two cups of freshly juice or green-drinks per day, losing weight too quickly, (one pound per week is considered safe for breastfeeding mother), or using strong, detoxifying herbs, including chilantro (see below) or high dosages of chlorella (see page 269).

When a mother detoxes, toxins flood out into the bloodstream where they can crossover the placenta during pregnancy, or enter a breastfeeding mother’s milk. In pregnancy, this can impede the baby’s development. In breastfeeding, this may result in the baby becoming fussy, or coming down with a stuffy nose. Normal-terms babies are usually robust and can deal with a temporary increase in toxins, but there is no reason to put a baby to the test!

Ramai ibu-ibu yang mengamalkan penggunaan kacip fatimah mengatakan bahawa antara fungsi kacip fatimah adalah untuk menambah dan melancarkan pengaliran susu ibu. Bagaimana pun,
dikhuatiri sebab tindakan detox oleh kacip fatimah menyebabkan badan membuang toxin melalui susu ibu.

Baca lagi

Oleh yang demikian, walau apa pun produk kesihatan/kecantikan untuk luaran mahupun dalaman wanita pastikan bahawa anda tidak mengambil produk yang mengandungi kacip fatimah sekiranya mengandung atau menyusukan anak. Lebih baik cegah dari mengubati.

Kini terdapat banyak produk kesihatan wanita yang tidak mengandungi kacip fatimah seperti produk penjagaan wanita dalam pantang dan selepas pantang dari topical herbs yang telah dikaji dan terbukti selamat. Selain itu, bahan-bahan dari dapur anda seperti madu juga baik untuk kesihatan wanita dan ia selamat digunakan oleh sesiapa saja!



Disclaimer : Saya bukan seorang doktor, saya hanya berkongsi pengetahuan melalui pembacaan. Bagaimana pun, saya berpendapat herba yang tidak diketahui atau tidak mempunyai data yang mencukupi mengenainya adalah lebih baik dielakkan. Mungkin bagi ibu yang tidak sabar hendak mendapatkan bentuk badan ideal adalah sangat sukar. Bagaimana pun, terdapat pelbagai kaedah lain yang sudah terbukti selamat untuk digunakan. Tempoh penyusuan yang digariskan dalam Islam adalah dua tahun (sebaik baiknya) selepas tempoh itu, makanlah apa nak makan pun.

14 comments:

syeda said...

mohon share ye...thanks...

Rai said...

no problem..sila2..:D

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal kacip fatimah … sharing is caring :) - Kacip Fatimah Untuk Awet Muda

umiKu said...

mohon share juga

Penyuluh Perikanan said...

ternyata 9 fungsi utama kacip fatimah ini memang mantap sekali sob.
terima kasih sudah share

L said...

mmg xpenah minum.. hehe

MuhammadSidqi said...

Assalamualaikum.

Maaf, tapi puan mungkin tersilap.

Baca penerangan Dr. Zubaidi dlm hal ini, di:

http://drzubaidi.com/blog/?p=3700

ShahKB said...

order serbuk kacip fatimah

http://kolagenlaut.blogspot.com

http://shahkb.blogspot.com

Nothing said...

Takde pun dlm penerangan tu sebut kacip fatimah specifically..fahami bahasa dgn betul..

Nothing said...

Takde pun dlm penerangan tu sebut kacip fatimah specifically..fahami bahasa dgn betul..

Rai Ourkizuna said...

:) terpulang pada diri masing masing.. macam yg saya tuliskan.. tiada data yg mencukupi. bermaksud, tiada data yg betul jelas menyokong bahawa kacip fatimah selamat diambil oleh ibu yang menyusukan anak.

mungkin saya tersilap..

tapi mungkin saya betul..

apa pun..anak masing masing.. isteri masing masing. yg menerima akibatnya anak sendiri. doktor boleh cakap.. selamat. sebab in the end..anak sakit bawak pergi jumpa doktor. doktor juga yg untung.

tempoh penyusuan cuma 2 tahun lebih kurang. apa la yang susah sangat nak elak kacip fatimah dalam masa dua tahun tu sampai beria ria nak jugak makan tu. tak salah berkorban sikit untuk anak. bukan anak orang lain.. anak kita jugak..

Rai Ourkizuna said...

oh boleh juga baca artikel ni tentang penggunaan herbal remedies.. http://www.mims.com/Malaysia/pub/topic/JPOG/2010-12/Use%20of%20Herbal%20Remedies%20in%20Pregnancy%20and%20Post%20Partum--Current%20Perspectives

Sidi Hanafee Sidi Omar said...

Assalammualaikum

Sebagai ahli farmakologi rasanya saya patut beri komen:

1) Dr Zubaidi adalah Dr Sakit Tuan so takde sebab beliau nak bagi penerangan bohong untuk untungkan dia sebab in the end perempuan tak jumpa dia pun. ((apa pun..anak masing masing.. isteri masing masing. yg menerima akibatnya anak sendiri. doktor boleh cakap.. selamat. sebab in the end..anak sakit bawak pergi jumpa doktor. doktor juga yg untung.))

2)Breastfeeding bukanlah seperti sistem perkumuhan biasa, breastfeeding mengeluarkan antibiotik dan segala nutrient yang baik untuk bayi yang tak boleh jumpa dalam mana2 produk (sebab tu islam galakkan susu badan hingga anak 2 tahun). Jika breastfeeding dianggap sebagai pengeluar bahan kumuh maka SELAMA NI KITA SEMUA MINUM BAHAN BUANGANLA...MCM TU?

3) Saya dahulu pengamal minuman pearl cafe kacip fatimah, ianya selamat cuma jangan kerap merujuk kepada dos yg selamat. Apa2 benda pun jika kita ambil pada sukatan yang betul pasti selamat sama juga dengan nasi, mkn sepinggan pasti kenyang, mkn 10 guni sekali gus pasti mati pecah perut.

4) Penulisan yang mengelirukan tanpa merujuk kepada fakta yang khusus boleh membimbangkan org awam yang mungkin tidak mengkaji secara menyeluruh malah mengambil bulat2, ia sgt bahaya.

5) Perkongsian yang amat baik tetapi perlu merujuk kepada FAKTA YANG JELAS, ANATOMI DAN FISIOLOGI manusia terlebih dahulu.

Sekian, yang baik itu adalah Ilmu Allah yang saya pinjam dariNYA.

Rai Ourkizuna said...

Assalamualaikum,

saya amat menghargai komen tuan farmakologi..saya memang bukan seorang pakar dalam bidang bidang ini. dan mungkin cara penulisan saya kurang tepat. iaitu, payudara bukan organ perkumuhan. tetapi saya sering diingatkan oleh doktor bahawa, ubat yang kita makan boleh masuk ke dalam darah dan disalurkan kepada bayi melalui susu. Oleh sebab itulah sesetengah jenis ubat didapati tidak sesuai diambil oleh ibu menyusu. Sehingga hari ini, tiada kajian terperinci menunjukkan bahawa kacip fatimah benar benar selamat diambil oleh wanita menyusu.

apakah dos yang selamat? adakah ada kajian tentang dos yang selamat diambil oleh ibu menyusukan anak..?

apa pun..maaf atas kekhilafan bahasa saya yang menyebabkan orang beranggapan bahawa susu adalah bahan kumuh. Tetapi, apa yang saya percaya masih sama.

bukan lama pun.. 2 tahun maksimum penyusuan je kan..

Blog Widget by LinkWithin