Other side of me

Monday

Bayi tak berak

Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
Apa yang perlu di ambil perhatian?
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.

17 comments:

Mama Datt n Dania said...

ini citer kalo xberak. kalo baby tuh kalo menyusu badan n kerap berak? normal ker? n memang cair eh buangan dia tuh?

Rai said...

berapa kekerapan berak tu puan? kalau 3-4 kali masih lagi normal biasanya. tahap cair najis kena tengok jugak. kalau cair yg nampak macam air je tu mungkin bayi kurang mendapat hindmilk (susu air yg pekat dan banyak mengandungi lemak) najis yg kadar kepekatan macam ubat gigi (sori..tak terpk contoh lain) adalah najis normal yang sihat.

selain tu, lepas bayi berak ada tak tanda-tanda macam lemah ke? kalau tak ada biasanya tak ada masalah. bagaimana pun, kalau puan rasa tak yakin, lebih baik rujuk pada doktor kerana saya sekadar berkongsi pandangan.

suezen said...

my bb x nk berak...dh puas ajar pun x nk berak. Then bile pakse berak which is cucuk ubat, dia berak sikit je. Tp bile tgk dia, mcm meneran nk berak, tp x kuar najis pun. Kentut byk kali, kencing pun normal. Dh buntu x tau nk buat ape..:(

suezen said...

btw, my bb fully bf

Rai said...

suezen,
your baby berapa bulan?
da berapa lama tak berak?

like i said, kalau baby aktif, kencing ok, tak kembung (kentut tu petanda yg baik tapi tak semestinya petanda bayi nak berak), gaining weight like normal baby then there is nothing to worry.

most of the time, i nasihatkan kalau bila dia berak najis lembut. tak perlu masuk ubat.sbb kalau selalu sangat masuk ubat takut luka pada usus. antara perkara yang you boleh lakukan adalah susukan dengan lebih kerap. make sure your baby getting enough hindmilk. but again, i'm not a doctor.my advice is purely base on my own experience.

Siti Zubaidah Sheih Mansoor said...

baby saya 76 hari, fully breastfeed.dah seminggu tak berak.saya dah refer hospital dan nurse kata x perlu risau tambahan pula baby tak meragam, dia kerap menyusu, kencing pun banyak.

elinnur said...

bb sy umur 72 hari... pun xberak tp 2 hari je..dktr swasta suh bagi air putih ckit n perut bb kembung ckit...nurse kjaan cakap jgn xberak lbih dr 5hari..n then esoknyer bb berak sekali..lega rasa.tp esok lak xberak 3hari..lpas tu baru berak sekali..n skarang alhamdulillah berak mcm biasa tp xkerap mcm umu bb sebulan

elinnur said...

lupe nk ckp walaupun xberak tapi bb sy asyik kentut jer...lega ckit walpun xberak..org tua2 ade ckp..mungkin bb nak masuk bulan lain..(beralih bulan)..sb masa umur bb 1bln..smpai 8kali berak..baru je tukar pampers dah berak lagi...:)

nazyue said...

hai..nak shara my experience sini.my bb 4 months. fully bf.mmg berak jarang2. kadang2 4 hari sekali, kadang2 seminggu sekali.pernah paling lama dekat 14 hari baru berak.tp yg normal cycle dia dlm 4 / 5 hari la.. dia aktif, ceria,suka ketawa,main2,dah gain weight tiap2 bulan.memula saya panik juga..tp skrg dah faham,mmg mcm tu sbb dia minum susu ibu je kot.pandangan saya la.

Pija Dawood said...

wah. leganya dh baca artikel ni. mohon share ye. tq.

Rai Ourkizuna said...

Pijadawood,
silakan.. thanks ya.. :)

kEruL said...

mohon minta pandangan:

my bb almost 1 1/2 month. masuk yesterday da hari ke 4 tak berak. 1st time 3 hari tak berak, then nak masuk sebulan 3 hari jugak tak berak...hari ke tiga berak normal without ubat. kali ke tiga hari ke lima baru berak itupun setelah p klinik masukkan ubat syrup (lactose....betul kot ejaan die) baru berak....then smalam hari ke 4 baru berak setelah bagi makan ubat jugak (campur dlm fm)...untuk pengetahuan, saya campur susu (pagi dan mlm shj sy bg fm) selain itu, sy bf. and lately berak bb sy fizikal normal tp warna hijau pekat dan busuk. why? adakah normal? perlu ke sy tukar susu?

Rai Ourkizuna said...

Salam Kerul,
Bayi yang minum susu FM (atau yg campur) sedikit berbeza dengan bayi yang minum susu ibu. Setau saya dalam usia 1 1/2 bulan mereka mesti kena berak setiap hari. Atau at least 2 hari sekali. Kalau 3-4 hari tak berak tu kena check perut dia keras ke lembut ke.. Dan mungkin perlu jumpa doktor untuk pengesahan lanjut.

Ikut pada pembacaan saya, najis bayi berwarna hijau adalah dalam kategori normal. Ia mungkin berbau busuk sbb dia tak berak beberapa hari (pertumbuhan bakteria) sama macam org dewasa la. kalau 3-4 hari tak berak, kentut pun bau busuk..

apa pun, tengok pada perkembangan bayi..ada juga baiknya cuba tukar susu..tapi kalau dapat beri lebih banyak susu ibu lebih bagus lagi..

suriaazuera said...

Salam. Anak saya pn alami mslh yg sma. Dh nk msuk 2 mggu dia xbrak. Saya mmg fully bf. Baru2 ni g klinik Dr ada bg syrup.tp dh 2 MLM sya bg dia mkn ubt 2 Ttp jgk xbrak. Cuma kntut ja.smlm dia xdpt tdo ngn selesa. Asyik mrengek ja. Bila sapu minyak kt perut bru nmpk dia ok. Ari ni nk g klinik lg. Risau sgt.

Rai Ourkizuna said...

Salam, Syrup tu namanya apa eh? Kadang2 syrup ni just untuk make sure najisnya lembut, tapi tak induce rasa nak berak tu.. rasa perut dia lembut tak? kencing ok tak? baby menangis atau tak dapat tidur ada banyak kemungkinan.. biasanya kalau perut baby lembut, beratnya naik ok.. mostly bukan sebab tak berak.. saya pernah baca ada kes yg baby tak berak sampai nak dekat sebulan..tapi perut baby lembut..berat ok..so tak risau lah..

kalau risau baik check doktor.. sbb saya pun base on pengalaman.. make sure bagi dia susu ikut demand, dan kalau breastfeed tu make sure dia dapat foremilk dan hindmilk..

syakirah shamsudin said...

salam..apa khbr semua..mak saya pernah cakap kalau baby yg bff tak berak seminggu tak paaa..kalau baby yg minum susu botol perlu berak walaupun sehari sekali...

Deq's Qienz said...

Hye sis..lama xsinggah sini..gugel2 jumpa blog sis..tenkiu ya..susa ati juga bb xberak..tp dh dpt jwpn..tqsm

Blog Widget by LinkWithin