Other side of me

Showing posts with label Memerah. Show all posts
Showing posts with label Memerah. Show all posts

Monday

Pam di mana?

Saya pam di surau office dua kali dan sekali lagi pam di locker room Gym (ya ofis saya ada gym tapi saya tak pernah bersenam di situ..hehe) Sebelum ini saya tumpang pam di bilik makcik cleaner atau meeting room. Tapi sejak office berpindah ke bangunan baru, meeting room berdinding kaca see through dan saya terpaksa cari lokasi lain yang lebih privacy untuk aktiviti mengepam.


Menggunakan nursing cover

Antara pilihan tempat untuk mengepam di tempat kerja :-

(1) Breastfeeding room - Masih terlalu sedikit syarikat yang menyediakan breastfeeding room kepada pekerja kerana populasi ibu-ibu yang menyusu biasanya tidak ramai.
(2) Bilik sendiri - Bagi pegawai berpangkat yang mempunyai bilik sendiri tiada masalah nak mengepam di dalam bilik sendiri. Pastikan bilik anda bukan berdindingkan cermin see through dan kunci bilik sebelum mulakan aktiviti
(3) Tumpang bilik bos - Kalau ada bos yang sporting boleh tumpang bilik bos (lebih manis kalau bos perempuan)
(4) Cubicle sendiri - Agak expose tapi kalau pakai pam elektrik dan pandai cover dengan shawl atau nursing cover memang bagus kerana tak perlu tinggalkan kerja untuk menyelesaikan tanggungjawab pada si manja
(5) Surau - Lebih exposure. Kurang sikit privacy tapi bagus kalau ada teman seperjuangan.
(6) Meeting room/ File room - Dan bilik-bilik yang tak ramai orang access atau bilik yang hanya bole di access oleh kaum wanita. Pastikan pintu dikunci dahulu!

Elakkan dari melakukan aktiviti memerah di dalam toilet. Sekiranya ada sesiapa yang menyuruh anda mengepam di toilet katakan "apa kata aku buatkan air kopi utk ko dalam toilet..gamak tak ko nak minum?" Sebaiknya berbincang dengan bos mengenai aktiviti mengepam di tempat kerja. Selain dari mengelak dari dikatakan curi tulang, mereka mungkin dapat memberikan access kepada tempat mengepam yang selesa. Jangan takut bos marah kerana mereka mungkin lebih marah sekiranya mereka ingatkan anda selalu hilang sebab curi tulang. Saya pernah tumpang bilik senior manager di tempat kerja untuk mengepam. Director pun tahu aktiviti saya :)

Pam manual atau elektrik

Bagi yang pertama kali melalui pengalaman mengandung dan bersalin pasti tidak sabar-sabar hendak menyusukan bayi mereka. Apatah lagi apabila sampai saat hendak memilih pam yang bersesuaian bagi kegunaan apabila kembali bekerja kelak.

Terdapat banyak jenis pam dipasaran sama ada di jual di kedai-kedai, pasaraya mahu pun kedai online yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tidak dinafikan memilih pam bukanlah suatu perkara yang mudah. Silap-silap pilih yang tak bersesuaian akibatnya tersadai tak digunakan. Membazir saja.

Bagaimana pun, sebelum mengambil keputusan membeli apa juga jenis pam yang ada dijual, perlulah diketahui bahawa alat terbaik untuk memerah susu adalah tangan anda sendiri. Ya, ianya percuma! Anda hanya perlu cuci tangan dan sediakan satu bekas yang bersih untuk menadah susu yang diperah. Bagi yang sudah master memerah menggunakan tangan, tidak perlu lah pening kepala nak memikirkan hendak beli pam yang mana satu. Lebih-lebih lagi tidak perlu bawa gadget yang memenuhkan beg setiap kali keluar bekerja. Sebagai bonus, anda juga tidak perlu membasuh pam dan juga mensterilkannya setiap kali pulang bekerja. Jadi, sebaik-baiknya belajarlah memerah susu menggunakan tangan. Terdapat banyak video di internet yang menunjukkan cara-cara memerah susu menggunakan tangan. 

Di sini, saya ingin berkongsi kebaikan dan keburukan pam manual dan elektrik. Terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.

Kebaikan pam elektrik
(1) Menjimatkan masa, lebih-lebih lagi dengan penggunaan double pump
(2) Tak melenguhkan tangan.
(3) Sambil pam, boleh buat kerja lain. 
(4) Biasanya komponen kurang berbanding pam manual

Keburukan pam elektrik
(1) Kena ada elektrik point baru boleh pam.
(2) Kebanyakannya agak berat kerana menggunakan motor.
(3) Ada sesetengah pam menghasilkan bunyi yang agak menarik perhatian
(4) Selepas satu tempoh penggunaan ada risiko kuasa sedutan motor akan berkurangan.

Pam elektrik sesuai bagi mereka yang biasanya sibuk sewaktu bekerja, kerana dengan penggunaan double pump anda boleh memendekkan masa memerah sehingga separuh. Malah, anda tidak perlu langsung meninggalkan meja anda. Dengan setting yang baik, anda boleh memerah di meja sendiri (Pastikan tiada bunyi yang boleh menarik perhatian)

Kebaikan pam manual
(1) Ringan dan mudah dibawa
(2) Boleh pam di mana-mana. Dalam jam pun boleh pam
(3) Kuasa sedutan lebih mudah dikawal. Bagi yang dah expert mudah dapat letdown (10-15 minit dah dapat penuh sebotol)
(4) Tak payah fikir pasal motor, selagi getahnya elok selagi tu boleh guna. Pam avent manual saya dah hampir dua tahun, masih elok lagi.

Keburukan
(1) Lenguh tangan
(2) Kena pam sebelah-sebelah sebab pam manual tak ada double pump
(3) Sesetengah pam, komponennya banyak

Bagi yang mempunyai budget yang sedikit tetapi tidak kisah mengenai masa, dan selalu sangkut dalam jam amat sesuai menggunakan pam manual. Bagaimana pun hati-hati ketika memandu. Don't pump and drive ok!

Tak kisah la nak pilih pam manual atau pun elektrik, pastikan anda selesa dengan pam tersebut. Bagi yang ada budget lebih mungkin boleh beli pam elektrik yang mahal seperti free style yang lebih ringan dan guna kuasa bateri. Kalau kurang budget, guna pam manual seperti avent pun dah cukup. Sewaktu nak beli tu kalau boleh, pergi ke kedai yang boleh test drive pam nya. Kalau agak-agak selesa boleh terus beli.

Friday

Bengkak susu - Petua traditional

Bengkak susu terjadi apabila ibu tidak menyusukan bayinya atau mengepam susu pada satu jangka masa yang lama.

Simptom-simptom bengkak susu - Baca

Terdapat banyak petua yang diamalkan bagi mengatasi masalah bengkak susu selain dari menuam payudara yang bengkak dengan tuala panas dan teknik urutan. Bengkak susu yang tidak diatasi boleh menyebabkan demam dan seterusnya menyebabkan saluran tersumbat.

Antara petuanya
- Menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)
- Tekapkan daun kobis pada payudara
- Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling buah dada. Awas! Jangan terkena bahagian niple ( nanti baby tak nak menyusu pulak!).Lakukan setiap hari sehingga tiada bengkak lagi.
- Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada buah dada bila agak-agak suam. Selain dari melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

Apa pun petuanya pastikan anda kerapkan penyusuan secara terus (direct feeding) dan mengepam susu apabila berjauhan dari bayi bagi mengelakkan masalah bengkak susu ini berulang.

Sunday

Masalah penyusuan - Bengkak susu

Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusu sendiri bayi sejak lahir. Bengkak susu boleh dielak dan senang diurus.

Simpton
· payu dara - nampak berkilat, sakit, tegang dan keras, rasa agak panas bila dipegang.
· Puting - leper, bengkak atau merekah.
· Bayi - sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar.
· Susu tidak keluar
· Let-down mungkin rasa sakit
· Ibu mungkin demam

Punca
Faktor penyusuan
· jarang menyusu
· mengehadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat
· tidak menyusu waktu malam
· tidak rapat dengan ibu/bayi
· hisapan kurang efektif
· bercerai susu
· beri anak minuman lain pada awal kelahirannya

Faktor
hubungan - Ibu
· tekanan
· psikologi - muda, tidak mendapat sokongan, takut, letih, enggan menyusu ditolak oleh bayi.
· rutin hospital - memisah ibu dan anak, lewat dan mengehadkan penyusuan ibu, pemberian susu formula (prelacteal feeds).
· Masalah pengeluaran oksitoksin

Hubungan - bayi
· sukar menyusu kerana tidak normal, masalah cara hisapan.
· Sakit
· Tidak cukup bulan
· Guna botol susu atau puting kosong

Pengurusan
Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar belakang
· Tanya perasaan ibu mengenai penyusuan susu ibu (sakit, geli, letih)
· Kekerapan menyusu, malam dan siang
· Tempoh menyusu
· Mengambil makanan tambahan
· Guna botol atau puting plastik kosong
· Bercerai susu (balik kerja semula, berpisah dan masuk hospital)

Penilaian Penyusuan Ibu
· posisi dan hubungan ibu dan anak
· hisapan yang efektif - ritma hisapan, penambahan berat badan, kekerapan kencing dan buang air besar
· bercerai susu ibu - tanda let-down reflex
· perubahan pada payu dara dan puting - berkilat, merah, ketegangan payu dara, puting yang sakit.
· tanda sakit, lemah, tidak bermaya dan masalah anatomi mulut.

Rawatan yang relevan
· perbetulkan posisi dan kemesraan dakapan
· galak penyusuan yang lebih kerap dan tanpa had malam dan siang (sekurang-kurangnya 8 - 12 kali termasuk dua kali di sebelah malam ) dan memerah susu ibu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam
· galak ibu mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali
· guna analgesik bagi jangka masa yang singkat jika ibu berasa sakit
· ubati puting yang bengkak dan merekah (lihat sakit puting dan bengkak susu)

Pengurusan yang terbaik ialah mencegah
Cadangan Yang Praktikal
· rangsangan pengeluaran oksitoksin dan let-down, demah payu dara sebelum menyusu dan urut payu dara dan puting perlahan-lahan.
· Cadangkan kepada ibu berkenaan supaya meminta suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkoknya sebelum menyusu.
· Cadangkan teknik releks yang sesuai untuk si ibu.
· Perah susu secukupnya sebelum menyusukan bayi bagi melembutkan areola dan bayi dapat didakap lebih rapat.
· Mulakan menyusu sebaik saja rasa payu dara penuh.
· Biarkan bayi habis menyusu di payu dara pertama sebelum tukar kepada payu dara kedua
· Demah dengan air sejuk selepas menyusu untuk keselesaan mengurangkan masalah vaskular bengkak dan kembang.
· Perah sedikit susu ibu di antara waktu menyusu untuk keselesaan
· Jika berlaku bengkak susu, si ibu perlu lebih bantuan untuk perbetul posisi menyusu dan pengaliran susu. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah penyusuan, laktasi menekan dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain seperti saluran susu tersumbat, mastitis dan breast abscess.

Wednesday

Kurangkan bilangan memerah di pejabat

Soalan :

Adakah dengan mengurangkan sesi memerah akan menyebabkan perolehan bagi setiap sesi perahan akan berkurangan ?



Jawapan :

Memerah susu adalah salah satu kaedah menggalakkan penghasilan susu selain daripada menyusukan bayi secara terus. Ada ibu-ibu yang dapat menghasilkan susu lebih banyak berbanding permintaan bayinya pada satu-satu masa. Oleh itu, perlukah ibu tersebut mengurangkan sesi memerahnya kepada sekadar untuk memenuhi keperluan bayinya. Kebanyakan pakar dan ibu-ibu yang telah berpengalaman akan menjawab "Tidak". Ini adalah berdasarkan faktor di bawah :-

(1) Pengurangan sesi memerah akan menyebabkan penghasilan susu berkurangan kerana otak akan menerima mesej dimana permintaan semakin berkurangan.
(2) Adalah lebih baik sekiranya susu yang diperah disimpan bagi kegunaan masa-masa kecemasan

Secara peribadinya, saya telah mengurangkan sesi memerah dari 3 sesi kepada 2 sesi kerana kesibukan kerja. Bagaimana pun, bagi memastikan penghasilan tidak berkurangan. Saya menambah masa memerah bagi setiap sesi untuk mendapatkan hasil perahan yang sama banyak sebagaimana 3 sesi. Setakat ini, hasil perahan bagi setiap sesi bertambah berbanding biasa, tetapi disebabkan pengurangan sesi dari 3 kepada 2 hasil perahan adalah sama banyak.

Apa pun sekiranya ibu-ibu berasa ragu, dinasihatkan untuk berbincang dengan orang yang lebih pakar dan berpengalaman sebelum mengurangkan sesi memerah ketika tidak bersama dengan bayi.

Perbincangan berkaitan : Susuibu.com

Tuesday

Berapa kali perlu memerah di pejabat

Ramai ibu-ibu yang masih belum mempunyai pengalaman memerah susu akan tertanya-tanya, berapa kali perlu memerah susu sewaktu berjauhan dari bayi. Sebenarnya ini adalah terpulang pada keperluan dan kehendak masing-masing. Kebiasaannya 3-4 kali waktu memerah adalah mencukupi. Sekiranya anda hanya boleh meluangkan 2 kali masa untuk memerah. Dinasihatkan tambahkan masa memerah bagi memastikan pengeluaran susu tidak terganggu.


Mungkin ramai ibu yang begitu sibuk sewaktu berada di pejabat dan merasakan bahawa mereka tidak mempunyai banyak masa untuk memerah susu. Di sini lah keperluannya ibu-ibu berbincang dengan majikan untuk memberitahu mereka bahawa sekembalinya dari cuti bersalin ibu-ibu ingin meneruskan penyusuan secara ekslusif kepada bayi. Oleh itu, sebagai majikan mereka haruslah memahami bahawa ia adalah tanggungjawab seorang ibu dan mereka harus sekurang-kurangnya membantu anda melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Sekiranya pekerja lelaki boleh diberikan sedikit kebebasan untuk pergi merokok, seharusnya lah ibu-ibu juga diberikan masa untuk menunaikan tanggungjawab kepada bayi mereka. Anda juga boleh meluangkan sedikit masa ketika makan tengah hari untuk memerah susu, tanpa mengganggu waktu kerja. Kemudian cari satu atau dua lagi masa untuk memerah susu contohnya sewaktu hendak pegi sembahyang bagi yang beragama islam. Pastikan anda luangkan masa untuk memerah bagi mengelakkan buah dada terlalu bengkak dan menyebabkan kesakitan.

Pastikan pencapaian anda di syarikat baik bagi mengelakkan kata-kata kurang menyenangkan dari majikan mahu pun rakan sekerja anda.

Saturday

Pensterilan

Setiap alat yang digunakan untuk memerah, menyimpan susu ibu hendaklah disteril bagi memastikan kebersihannya.

Bagi ibu-ibu bekerja yang menggunakan pam untuk memerah susu di pejabat, mereka tidak perlu mensteril pam setiap kali selepas digunakan. Lap lebihan susu di corong pam kemudian simpan di dalam beg tahan sejuk bersama-sama susu yang telah diperah untuk digunakan pada sesi memerah seterusnya. Pam perlu di cuci dengan air sabun yang panas selepas pulang ke rumah. Ada sesetengah ibu yang mensteril pam setiap hari selepas pulang ke rumah. Bagaimana pun, pensterilan ke atas pam boleh juga dilakukan sekali setiap hujung minggu.

Terdapat banyak produk untuk mensteril yang terdapat di pasaran, bagaimana pun kaedah paling murah dan mudah untuk mensteril adalah dengan merebus alatan tersebut di dalam air mendidih selama lebih kurang 5 ke 10minit. Sekiranya menggunakan pil pensterilan, dinasihatkan tidak mengelap atau membilas semula alatan dengan air paip selepas selesai disteril. Letakkan alatan di tempat berangin bagi proses pengeringan semula jadi.

Forum berkaitan : Susuibu.com
Blog Widget by LinkWithin