Masalah bengkak susu akan berkurangan jika ibu menyusu sendiri bayi sejak lahir. Bengkak susu boleh dielak dan senang diurus.
Simpton
· payu dara - nampak berkilat, sakit, tegang dan keras, rasa agak panas bila dipegang.
· Puting - leper, bengkak atau merekah.
· Bayi - sukar menyusu, hisapan kurang efektif kerana pengaliran susu yang tidak lancar.
· Susu tidak keluar
· Let-down mungkin rasa sakit
· Ibu mungkin demam
Punca
Faktor penyusuan
· jarang menyusu
· mengehadkan masa menyusu atau penyusuan yang terlalu singkat
· tidak menyusu waktu malam
· tidak rapat dengan ibu/bayi
· hisapan kurang efektif
· bercerai susu
· beri anak minuman lain pada awal kelahirannya
Faktor
hubungan - Ibu
· tekanan
· psikologi - muda, tidak mendapat sokongan, takut, letih, enggan menyusu ditolak oleh bayi.
· rutin hospital - memisah ibu dan anak, lewat dan mengehadkan penyusuan ibu, pemberian susu formula (prelacteal feeds).
· Masalah pengeluaran oksitoksin
Hubungan - bayi
· sukar menyusu kerana tidak normal, masalah cara hisapan.
· Sakit
· Tidak cukup bulan
· Guna botol susu atau puting kosong
Pengurusan
Perkara yang perlu diberi perhatian ketika mencatat latar belakang
· Tanya perasaan ibu mengenai penyusuan susu ibu (sakit, geli, letih)
· Kekerapan menyusu, malam dan siang
· Tempoh menyusu
· Mengambil makanan tambahan
· Guna botol atau puting plastik kosong
· Bercerai susu (balik kerja semula, berpisah dan masuk hospital)
Penilaian Penyusuan Ibu
· posisi dan hubungan ibu dan anak
· hisapan yang efektif - ritma hisapan, penambahan berat badan, kekerapan kencing dan buang air besar
· bercerai susu ibu - tanda let-down reflex
· perubahan pada payu dara dan puting - berkilat, merah, ketegangan payu dara, puting yang sakit.
· tanda sakit, lemah, tidak bermaya dan masalah anatomi mulut.
Rawatan yang relevan
· perbetulkan posisi dan kemesraan dakapan
· galak penyusuan yang lebih kerap dan tanpa had malam dan siang (sekurang-kurangnya 8 - 12 kali termasuk dua kali di sebelah malam ) dan memerah susu ibu jika berpisah sekurang-kurangnya 6 kali sehari dan sekali pada waktu malam
· galak ibu mengejutkan bayi yang sedang tidur untuk menyusu sekurang-kurangnya tiga jam sekali
· guna analgesik bagi jangka masa yang singkat jika ibu berasa sakit
· ubati puting yang bengkak dan merekah (lihat sakit puting dan bengkak susu)
Pengurusan yang terbaik ialah mencegah
Cadangan Yang Praktikal
· rangsangan pengeluaran oksitoksin dan let-down, demah payu dara sebelum menyusu dan urut payu dara dan puting perlahan-lahan.
· Cadangkan kepada ibu berkenaan supaya meminta suami atau sesiapa untuk mengurut bahagian tengkoknya sebelum menyusu.
· Cadangkan teknik releks yang sesuai untuk si ibu.
· Perah susu secukupnya sebelum menyusukan bayi bagi melembutkan areola dan bayi dapat didakap lebih rapat.
· Mulakan menyusu sebaik saja rasa payu dara penuh.
· Biarkan bayi habis menyusu di payu dara pertama sebelum tukar kepada payu dara kedua
· Demah dengan air sejuk selepas menyusu untuk keselesaan mengurangkan masalah vaskular bengkak dan kembang.
· Perah sedikit susu ibu di antara waktu menyusu untuk keselesaan
· Jika berlaku bengkak susu, si ibu perlu lebih bantuan untuk perbetul posisi menyusu dan pengaliran susu. Bengkak susu yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah penyusuan, laktasi menekan dan boleh menyebabkan berlakunya komplikasi lain seperti saluran susu tersumbat, mastitis dan breast abscess.
2 comments:
Sy br bersalin, yg ini 2nd baby, bby yg dulu pn da masalah yg sama...Sy da masalah susu xkeluar dgn byk, tp sy kerap pump tp hasilnya sikit sgt tak sampai 1 oz pn...lps urut, bengkak susu, wpn kerap bg bby menyusu, tp hasil sikit, so lps bg tetek, sy kn bg bby minum susu dlm bottle sbb baby xpuas...sekarang bengkak susu, apa yg perlu sy wat yer...
hi zarita,
sori lambat reply.susu masa awal awal mmg tak banyak. tapi jangan salah faham. susu cukup. baby nampak tak puas menyusu tak semestinya sbb susu sedikit. baby baru lahir suka duduk dekat dgn ibunya.. so bukan semestinya sebab lapar atau sbb susu tak cukup. awal awal ni jangan biasanya bagi susu dalam botol. nanti nipple confuse. baby terus tak mau direct feeding. ada kemungkinan jugak cara latch tak betul. rujuk youtube atau jumpa lactation consultant utk tau cara latch yg betul.. nanti saya upload gambar jumlah berapa banyak bayi minum susu. check entry baru ok..
Post a Comment