Menangis boleh mengecewakan hubungan di antara ibu dan anak serta menimbulkan tekanan di dalam keluarga. Menangis adalah cara bayi memberitahu sesuatu. Sesetengah bayi menangis tanpa sebab tetapi tangisan yang berpanjangan memerlukan lebih perhatian. Ibu kepada bayi yang suka menangis kerap hilang keyakinan diri untuk menyusukan anak.
Simptom
· Menangis - Sama ada tanpa sebab atau punca yang jelas.
· Tidak selesa
· Kesukaran Penyusuan - penyusuan yang kerap atau enggan menyusu.
· Kurang berat badan serta sikap bayi yang tidak ceria.
Punca
· lapar - jarang menyusu, hisapan kurang efektif, penyusuan terlalu singkat, selera bertambah
· berpisah - tidak cukup hubungan kemesraan antara ibu dan anak.
· lebih rangsangan - terlalu ramai orang yang menjaga bayi, terlalu bising, terlalu banyak pancaran cahaya lampu.
· tidak sihat atau sakit - sakit telinga, tumbuh gigi, gastro-oesophageal reflux, kesan suntikan.
· alahan, dermatitis
· kembong - tidak memahami sepenuhnya, mungkin ada kaitan dengan usus perut, atau untuk jangka masa yang lama, bermula secara spontan, tidak selesa, tidak ada kaitan dengan cara pemakanan, berhenti secara spontan selepas berusia tiga bulan.
Rawatan yang berkaitan
· Periksa bayi untuk melihat tanda sakit.
· Perbetulkan posisi dan cara dakapan
· Awasi pemakanan ibu untuk menilai makanan yang menjadi punca tanpa menjejaskan khasiatnya.
Cadangan yang praktikal
· makanan tambahan tidak perlu atau membantu
· biar bayi menyusu payu dara pertama untuk mendapatkan susu akhir yang mengandungi lemak dan juga mengenyangkan, barulah beri payu dara sebelah lagi.
· Menghisap yang lebih selesa untuk menenangkan bayi jika bukan masalah lebih bekalan.
· Sentuhan urut perut bayi secara lembut, posisi menegak bagi bayi yang perut kembong.
· Periksa sama ada bayi selesa - pakaian tidak terlalu ketat, tidak terlalu panas/sejuk
· Mengurangkan mulas perut, memegang dengan tekanan yang lembut di atas perut bayi.
· Pergerakan cahaya lampu dan muzik yang lembut untuk membantu menenangkan bayi.
· Kurangkan rangsangan kepada bayi tetapi rapatkan dia dengan ibu bapanya.
· Berhati-hati memberi ubat-ubatan mulas perut kepada bayi
· Berhenti/mengurangkan merokok, elak merokok dekat bayi
Cara memberi keyakinan dan sokongan kepada ibu bapa
(1) Memberi jaminan kepada ibu bahawa anaknya sedang membesar dengan baik.
(2) Beritahu dia ramai bayi yang melalui tempoh tidak stabil, beritahu ibu itu bahawa anaknya bukan "nakal".
(3) Bantu dia memahami tabiat bayi dan beri keyakinan kepadanya bahawa dia boleh menyusu dengan berjaya.
(4) Cadangkan kepadanya supaya berbincang dengan ibu-ibu lain atau dapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan susu ibu.
No comments:
Post a Comment