Mastitis perlu diberi perhatian kepada wanita yang sedang menyusu. Simptomnya adalah seperti deman selsema. Punca seperti bengkak susu dan saluran susu tersumbat.
Simptom
· bahagian payu dara akan berasa hangat, merah dan bengkak
· sakit · rasa tidak sihat
· demam
Mastitis tidak berjangkit
· berlaku berikutan susu keluar daripada saluran tisu atau daripada alveoli, biasanya berlaku kerana bengkak susu yang tidak dirawat dan saluran susu tersumbat
Mastitis berjangkit
· pengaliran susu yang tidak sempurna
· trauma payu dara dan puting membenarkan kemasukan bakteria
· tekanan dan sistem imun yang lemah
Rawatan relevan
· Periksa payu dara untuk melihat simpton tisu rosak, puting merekah
· Perbetul pengaliran susu - baiki posisi dan dakapan, kerap menyusu - setiap 2 hingga 2.5 jam sekurang-kurangnya.
· Ubat segera jika berlaku apa-apa infeksi
· Ubat antiflammatory atau analgesik jika perlu
· Makan pemakanan berkahsiat dan banyak minum air
· Berehat sekurang-kurangnya 24 jam.
Jika simpton semakin jelas, berlaku pula rekahan, kerap demam dan pengaliran susu yang kurang sempurna, rawat ia dengan antibiotik. Rawatan antibiotik hanya untuk mastitis yang sah berjangkit. Jika bimbang mengenai perkara ini, dapatkan rawatan awal dan berterusan selama 10 hari.
Hanya antibiotik yang sesuai untuk wanita laktasi boleh diguna. Organisma yang selalu terbabit ialah Staphylococcus aureus. Nasihat si ibu mengenai kesan sampingan yang mungkin dialami si ibu (candida) dan bayi (diarea). Apabila jangkitan bakteria tidak ada pengaliran yang mencukupi, boleh mengakibatkan terkumpulnya nanah dan berlaku rekahan puting.
Masalah yang jarang dialami ini akan memerlukan sama ada pembedahan untuk memperbetulkan pengaliran susu atau needle aspiration dan terapi antibiotik. Cadangan untuk memberi keyakinan dan sokongan Pastikan si ibu bahawa dia boleh menyusu walaupun sedang mengalami masalah payu dara. Terangkan kepadanya kenapa perkara itu berlaku dan bagaimana cara untuk mengelak daripada masalah yang sama berulang.
Beri sokongan emosi dan minta dia buat pemeriksaan lanjut atau nasihat dia bertemu kaunselor untuk membantu.
3 comments:
Tq for sharing.. saya pernah kena mastitis mASa anak berusia 3 bulan. Pengalaman sangat mencabar! Tapi saya "haramkan susu formula" berada di rumah saya. Dengan disiplin dan azam tu, saya teruskan menyusu anak walaupun dengan sebelah susu sahaja. Alhamdulillah dengan bantuan vitamin saya cepat kembali sembuh perlahan-lahan, dan mula menyusu semula sampailah anak berusia 2 tahun 3 bulan. sampai sekarang saya suka share dengan ibu-ibu pengalaman saya supaya mereka dapat belajar menyusu dengan teknik yang betul dan tak mudah putus asa :)
Assalam sy baru kna mastitis ni..just nk tanya masa u kna mastitis susu bdn u merundum x?sbb susu bdn i berkurang plak since dmam n sakit tu..tq
Assalam sy baru kna mastitis ni..just nk tanya masa u kna mastitis susu bdn u merundum x?sbb susu bdn i berkurang plak since dmam n sakit tu..tq
Post a Comment