Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
Berbanding meminta pendapat orang yang kurang arif tentang penyusuan, adalah lebih baik sekiranya berbincang dengan pakar laktasi dan doktor sekiranya anda mahu meneruskan penyusuan ketika mengandung. Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Bagaimana pun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira untuk meneruskan penyusuan.
(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
(2) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.
(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.
(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya. Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi "mencuri" kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.
(5) Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.
Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:(1) Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
(2) Pernah keguguran
(3) Mengalami pendarahan semasa hamil
(4) Positif GBS carrier
Sumber : Ratuhati
Forum berkaitan : Susuibu.com_1, Susuibu.com_2
No comments:
Post a Comment