Other side of me

Showing posts with label Kebaikan. Show all posts
Showing posts with label Kebaikan. Show all posts

Friday

The more reason to breastfeed

Susu ibu mengandungi dua komponen penting iaitu lecithin dan taurine yang membantu dalam perkembangan otak bayi. Susu lembu tiada dua komponen ini, oleh sebab itulah banyak pengeluar susu formula yang mula memasukkan kedua komponen ini ke dalam susu keluaran mereka (hasil dari kajian ke atas susu ibu). Susu lembu membolehkan anak lembu membesar dua kali ganda dari berat sewaktu lahir dalam 3 bulan pertama kehidupan mereka.
 Bagaimanana pun, kajian menunjukkan perkembangan otak haiwan tersebut adalah lebih lambat. Seorang bayi,  memerlukan 6 bulan untuk mencapai berat dua kali ganda dari berat sewaktu dilahirkan tetapi otak seorang bayi berkembang pada kadar yang sangat menakjubkan.

Sunday

Pesanan buat suami

Saya pernah terbaca alasan seorang wanita yang tidak mahu menyusukan anaknya adalah kerana ingin menjaga penampilan. Ada yang takut payudara kendur apabila menyusukan anak. Tak kurang juga suami yang bukan saja tidak memberikan sokongan kepada isteri yang bersungguh-sungguh ingin menyusukan anak dengan susu ibu, malah ada juga yang sanggup memberikan kata dua kepada isteri kerana penampilan isteri tidak lagi seperti zaman anak dara. Sokongan suami dan orang-orang yang rapat juga merupakan antara faktor utama kejayaan penyusuan susu ibu selain dari pengetahuan dan informasi yang tepat.

Buat para suami, ingatlah bahawa Allah telah berfirman bahawa penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Di mana seorang suami perlu menyediakan keperluan isteri supaya wanita itu dapat menyusukan bayinya sebagai mana yang telah diperintahkan oleh Allah. Walau pun penyusuan susu ibu bukan perkara yang diwajibkan tetapi ia merupakan salah satu tanggungjawab ibu bapa kepada anak yang dilahirkan. Sehinggakan walau pun sekiranya mereka bercerai, suami iaitu bapa kepada anak itu perlu memberikan ganjaran kepada bekas isteri yang menyusukan anak mereka sehingga umur bayi itu dua tahun. Sekiranya isteri enggan atau isteri meninggal dunia, bapa itu bertanggungjawab mencari seorang ibu susuan bagi melengkapkan keperluan penyusuan sehingga umur anak itu dua tahun.

Walau pun penyusuan dengan ibu susuan adalah perkara yang amat jarang kita dengari pada zaman ini, tetapi perlu diketahui bahawa pilihan yang Allah telah berikan kepada kita semua selepas ibu kandung adalah ibu susuan. dan bukan susu formula. Bagaimana pun saya di sini bukan berniat memperlekehkan atau menyalahkan ibu bapa yang memberikan susu formula kepada anak mereka. Saya hanya sekadar mengingatkan diri saya tentang pilihan yang diberikan kepada saya.

Kepada semua individu yang telah mendirikan rumah tangga dan juga yang bakal mendirikan rumah tangga. Perlu kita semua ingat bahawa perkahwinan bukan hanya mengenai hubungan s*ksual semata-mata. Manakala fungsi utama payudara wanita bukanlah sebagai daya tarikan s*ksual. Ia adalah untuk penyusuan susu ibu. Oleh itu sedarlah bahawa anak-anak itu wajar diberikan dengan apa yang sepatutnya menjadi haknya. Iaitu susu ibunya.

Oleh itu, sebagai seorang suami, cintailah isteri anda. Berikanlah sokongan kepada isteri yang bersusah payah dalam usaha memberikan yang terbaik kepada cahaya mata anda berdua. Seorang isteri dan ibu telah memberikan pengorbanan yang besar dalam menjalankan tanggungjawabnya. Bukankah isteri itu bersusah payah membawa kandungan selama sembilan bulan, bertarung dengan maut ketika melahirkan zuriat anda. Oleh itu hargailah ia. Berikanlah sokongan kepada mereka. Sabarlah untuk dua tahun penyusuan. Semua wanita mahukan penampilan yang hebat dan tubuh badan yang menawan untuk dipersembahkan kepada suami yang tercinta. Tetapi dengan rasa tanggungjawab sebagai seorang ibu mereka mengorbankan seketika cita-cita tersebut. Bagi saya susu ibu mempunyai terlalu banyak kebaikan untuk ditukarkan dengan tubuh badan yang menawan.

Selamat Hari Ibu (terlambat sehari :D)

BACA
penyusuan susu ibu bukan penyebab payudara kendur
kebaikan susu ibu
berdiet ketika breastfeed
cara dapatkan sokongan suami

Tuesday

Menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak

Sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus. Bukan tak puas dengan apa yang dah dikurniakan, tapi nak menjadi lebih baik. Tapi maklum saja lah, bila dah bersalin sekali dua,  berat badan susah nak turun. Tambah lagi bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh ambil ubat pelangsing sebarangan nak berdiet berlebihan pun tak digalakkan. Takut-takut menjejaskan pengeluaran atau membahayakan bayi yang sedang disusukan.

                              

Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang disalurkan kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.

(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.

(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar (kott..hehe) Apa pun saya notice that kalau makan breakfast yang kenyang, saya takde rasa nak melantak gila-gila masa lunch. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.

(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.

(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.

(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.

(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)

(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator

(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran

(9) Sentiasa positif dan sabar.

Ibu-ibu yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.
Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg

Wednesday

Mengapa Islam sangat menganjurkan penyusuan susu ibu -

Apabila seorang bayi dilahirkan rezekinya juga akan sampai kepadanya iaitu susu ibu. Allah telah menjadikan penyusuan susu ibu bagi manusia  dan juga haiwan. Manusia sudah disusukan sejak awal kewujudan mereka.

Malah para Nabi juga telah disusukan. Allah telah mengilhamkan ibu kepada Nabi Musa untuk meletakkannya ke dalam sebuah bakul lalu dihanyutkan ke dalam sungai bagi menyelamatkan baginda daripada dibunuh oleh Firaun. Dengan takdir Allah, ahli keluarga Firaun telah menemuinya dan ingin memelihara baginda. Mereka terpaksa mencari ibu susuan kepada Nabi Musa dan kerana takdir Allah juga telah menyebabkan Nabi Musa tidak mahu disusukan oleh wanita lain melainkan ibunya sendiri.

Nabi Muhammad saw juga telah disusukan oleh ibunya Aminah, Thuwaybah (hamba kepada Abu Lahab), Ummu Aiman dan Halimah As-Sa'diyyah. Manakala anak lelaki baginda juga telah disusukan. Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al Bara (bin Azib) anak lelaki baginda, Ibrahim telah disusukan sehingga berumur 22 bulan dan kemudian meninggal dunia dan masih ada baki 2 bulan bagi mencukupkan tempoh penyusuannya. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw telah berkata bahawa akan ada penyusuan baginya di syurga.

Hanya setelah susu formula dari lembu atau kambing mula diperkenalkan, wanita-wanita yang berkerjaya mula menggunakan alasan kesibukan berkerjaya untuk tidak menyusukan anak yang telah dikandungnya sendiri. Sedangkan Allah telah menganjurkan penyusuan susu ibu sebagaimana firmannya

"And the mothers are to suckle their infants for two years, for those who wish to complete the suckling” – Surah Al Baqarah

We have enjoined upon the human being to treat his parents kindly. His mother bore him with weakness upon weakness, and his weaning is in two years.” - Surah Luqman

Lihatlah sendiri betapa pentingnya penyusuan susu ibu itu sehingga Allah telah beberapa kali berfirman dalam Al-Quran mengenai kewajipan seorang ibu menyusukan bayinya. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi seorang bayi. Ia memberikan segala keperluan nutrisi bayi, bersih dan bebas dari kuman serta tersedia pada suhu yang sesuai. Susu ibu juga mudah dihadam dan mengandungi antibodi yang diperlukan oleh tubuh bayi. Malah sebagaimana susu formula dari sumber haiwan, belum pernah ada seorang bayi pun yang dilaporkan menunjukkan reaksi alergi pada susu ibunya sendiri. Susu ibu telah dicipta oleh Allah sebagai satu sumber makanan yang sempurna bagi keperluan tumbesaran bayi. Bayi yang disusukan dengan susu ibu tidak memerlukan makanan tambahan sehingga 6 bulan pertama hayatnya. Selain itu, bayi yang disusukan juga mempunyai sistem ketahanan daripada penyakit yang lebih baik, seterusnya kurang mendapat penyakit.

Bukan itu saja, ramai ahli sains yang bersetuju bahawa bayi juga mendapat banyak kebaikan dari segi psikologi dan emosi melalui penyusuan. Malah ada yang menyatakan bahawa sifat-sifat seorang ibu yang menyusukan anaknya akan diwarisi secara tidak langsung sekiranya ibu itu menyusukan bayinya. Bayi yang baru dilahirkan akan berasa selesa dan selamat apabila berada dekat dengan ibunya ketika disusukan dan ini merapatkan hubungan ibu dan anak itu. Menurut Islam, sekiranya seorang wanita yang tidak mempunyai pertalian darah dengan seorang bayi, ia akan menjadi ibu angkat yang menjadi kepada bayi tersebut melalui penyusuan. Dan sekiranya wanita tersebut mempunyai anak, anaknya akan menjadi saudara susuan dengan bayi itu yang haram bagi mereka berkahwin sesama sendiri sebagaimana telah diriwayatkan dalam beberapa hadith Rasulullah saw

Indeed, Allah has prohibited (marriage) among suckling relatives, as He has prohibited it among birth (or blood) relatives”

Menurut Islam, seorang wanita itu hendaklah menyusukan anaknya melainkan dia mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak berbuat sedemikian. Ia merupakan tanggungjawab kedua ibu bapa kepada anak tersebut - ibu; menyusukan bayi dan ayah; menyediakan keperluan dan sokongan bagi isterinya supaya membolehkannya menyusukan anak mereka walaupun setelah keduanya bercerai. Sekiranya mana-mana pihak ingin menceraikan susu sebelum tempoh dua tahun berakhir, hendaklah berbincang dan hanya menghentikan penyusuan apabila mendapat persetujuan kedua belah pihak.

Ramai wanita beralih kepada penyusuan selain susu ibu kerana lebih selesa atau pun berpendapat bahawa berat bayi mereka tidak mengikut carta pertumbuhan yang telah ditetapkan. Walau pun pada peringkat awal penyusuan susu ibu mungkin akan memenatkan kerana setelah menghadapi sakit bersalin ibu terpaksa bangun beberapa kali ditengah malam untuk menyusukan bayi, lama kelamaan ia akan menjadi satu rutin yang menyeronokkan. Tidak sedikit wanita yang merasakan bahawa adalah tidak adil bagi mereka kerana terpaksa bersusah payah berjaga untuk menyusukan bayi, sedangkan lelaki boleh lena dibuai mimpi. Oleh itu, sekiranya bayi tersebut diberikan susu selain dari susu ibu, mereka boleh bergilir-gilir berjaga untuk menyusukannya.

Bagaimana pun, sebagai wanita, kita sepatutnya tidak lupa betapa tingginya darjat seorang ibu kerana pengorbanan yang telah dilakukannya sehingga Islam telah meletakkan banyak hak anak kepada ibu. Diriwayatkan apabila seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai rasulullah, kepada siapa aku harus berbuat baik?' Rasulullah saw telah menjawab "ibumu" dan diulanginya sebanyak tiga kali apabila ditanya lagi. Setelah itu barulah rasulullah menjawab "bapamu". Bukankah semua itu kerana pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu, kerana kesakitan yang dialaminya ketika mengandungkan anaknya dan kerana malam-malam dimana dia terpaksa berjaga kerana menyusukan anaknya.

Sheikh Suhaib Hasan berkata
“…the child should be suckled for the first two years of his life, instead of being given powdered milk which has been stored in tins for months. Few adults would abandon fresh fruit and vegetables for stale, tinned foods, yet they are quite happy to feed nothing but tinned milk and foods to their infants. Secondly, just as the mother’s blood in the womb passes nutrients and her emotions through to the blood of her child, so her milk also passes her characteristics and emotions to her child while she is suckling him, causing him to feel immense comfort and confidence.”

Nasihat dari Ibn ul Qayyim
Babies should only be fed the (mother’s) milk until their teeth appear. Their stomach and digestive system (in the early months) are incapable of handling (solid) food. When the babies teeth come out, its stomach becomes strong and ready for food. Indeed, Allah delays the growth of teeth until the baby needs the food.  This is from His wisdom and kindness, and out of mercy toward the mother and her breast’s nipples, so that the baby would not bite them with its teeth The babies should be given solid food in a gradual manner, starting with soft foods, such as wet bread, (animal) milk, yoghurt, meat broth…The parents should not be too disturbed by the baby’s crying and screaming, especially when it is hungry for milk. That crying benefits the baby tremendously, training its limbs, widening its intestines, broadening its chest…The complete breast-feeding term is two years. This is a right for the baby – if it needs it and cannot do without it…”

Petikan dari "Advice for the New Mother" oleh Fatima Bakatulla

Berdiet sewaktu breastfeed

hye rai,
nak mintak pendapat u sket about ada mommy yang beriya-iya nak crash diet sebab nk turunkan berat badan wpun sedang breastfeed n baby baru jer 2 bulan..
what do u think? do share ya..tq

Salam Zzana,
Saya pun takde la expert sangat tapi kalau ikut pengalaman peribadi, berat badan saya balik kepada asal lepas fully breastfeed my son 2 bulan. Memang without effort. Takde diet-diet pun. Lagi pun since kita breastfeed anak, kalau boleh elakkan diet dengan beria-ria sangat..Sebab lepas 2 bulan bersalin badan kita masih lagi dalam tempoh recovery. Kita perlu makan dengan gizi seimbang bagi membolehkan badan kita sembuh seperti sediakala dan dalam masa yang sama membekalkan zat yang cukup kepada bayi yang disusukan. Penurunan berat badan yang mendadak boleh mengurangkan pengeluaran susu. Kalau nak turunkan berat badan cuba tips yang bawah ni :-

(1) ambil makanan yang seimbang.
(2) Makan dalam jumlah yang sikit tapi kerap.
(3) Elakkan dari makan junk food..jajan semua jangan makan. Selain dari tak elok untuk badan kita, tak elok jugak untuk baby.
(4) Rajin bersenam

Jangan expect berat akan turun pomm..10kg dalam masa seminggu..berat akan gradually turun. Malah lagi rajin kita breastfeed kat baby, lagi mudah nak turun berat badan. So, janganlah anggap breastfeed tu satu halangan kita nak menurunkan berat badan. Banyakkan sabar dan pastikan ikut tips tu insya allah takde masalah.

Masalah penyusuan dengan susu Formula

Cirit birit dan muntah

Masalah serius yang mungkin boleh menyebabkan dehidrasi. Kombinasi muntah dan cirit-birit lebih serius berbanding bayi itu berhadapan dengan cirit birit saja. Ada bayi yang akan memuntahkan semula sebahagian kecil susu yang diberi diakhir penyusuan (muak). Ia sesuatu yang normal tetapi jika dia muntah selepas dan antara sesi menyusu, ia sesuatu yang harus diberi perhatian.

Berat badan yang kurang

Pertumbuhan bayi yang agak lambat bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan jika doktor anda memantau perkembangan itu dan memberi nasihat serta panduan yang diperlukan. Faktor tipikal berat badan yang kurang mungkin disebabkan pengambilan nutrisi yang tidak secukupnya kerana teknik penyusuan yang tidak tepat, formula yang tidak betul atau ketidakupayaan bayi untuk menikmati susu itu sepenuhnya (misalnya dia gagal menghisap puting susu yang betul) atau gangguan sistem usus atau intoleransi makanan.

Berat badan yang melampau

Jarang terjadi di kalangan bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif. Tetapi bayi yang menyusu botol kerap membesar dengan berat badan melampau. Berat berlebihan ini akan surut jika dia aktif tetapi memastikan perkembangannya dipantau doktor secara satu cara yang elok juga.

Tuesday

Kebaikan kepada ibu

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Khasiat susu ibu

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.


Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.


Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.


Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.


Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Sumber : http://www.sabah.org.my

Blog Widget by LinkWithin