Panduan dan maklumat mengenai penyusuan susu ibu terutamanya kepada ibu-ibu yang bekerja
Other side of me
Monday
Info tambahan tentang berak bayi
Peringkat awal kelahiran - Enam bulan pertama
Pada minggu pertama kelahiran, bayi akan mengeluarkan najis melekit berwarna hijau gelap sebanyak 4 hingga 5 kali. Ia adalah merupakan najis yang terkumpul sepanjang sembilan bulan bayi berada dalam kandungan ibunya. Ia mengandungi sejenis bahan yang dipanggil mecomium. Kolustrum dalam susu ibu membantu menolak mecomium keluar dari usus bayi. Lebih cepat dan kerap bayi disusukan, lebih cepat mecomium keluar melalui najis bayi tersebut. Mecomium yang terkumpul dan lambat dikeluarkan boleh menyebabkan jaundis. Oleh itu, ibu-ibu perlu menyusukan bayi sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam masa 24 jam bagi mengeluarkan semua mecomium yang terkumpul dalam sistem bayi. Najis bayi sepatutnya bebas dari mecomium selepas 3 hari kelahiran mereka. Bagi bayi yang tidur dengan kerap dan kurang menyusu, ibu-ibu hendaklah mengejutkan mereka untuk disusukan setiap 2 jam sekali. Setelah semua mecomium dikeluarkan, najis bayi biasanya berwarna coklat dan hijau kekuningan. Najis ini tidak melekit dan lebih mudah dibersihkan dari permukaan kulit bayi. Apabila susu semakin banyak terhasil, najis bayi akhirnya berubah ke warna kekuningan (seperti warna mustard) dan mempunyai sedikit tekstur berbiji-biji. Najis bayi kekal seperti ini selagi ia disusukan dengan susu ibu secara ekslusif.
Setelah kolustrum susu bertukar menjadi susu matang, bayi biasanya akan berak lebih kurang 2 hingga 5 kali sehari. Ada juga bayi yang berak hanya sekali seminggu, sekiranya najisnya tidak berbentuk, lembut dan tidak kering ini menunjukkan ia mendapat susu awal dan akhir (foremilk & hindmilk) yang mencukupi. Najis yang terlalu cair dan berwarna kehijauan menunjukkan bayi mungkin tidak mendapat cukup hindmilk. Najis yang cair ini juga menunjukkan bayi anda sensitif dengan ubatan atau makanan yang diambil oleh ibunya. Biasanya ibu dinasihatkan untuk tidak mengambil produk tenusu sehingga 3 minggu. Sekiranya terdapat perubahan pada najis bayi (najis normal), tambahkan sedikit demi sedikit produk tenusu dalam diet. Mulakan dengan keju. Jika najis bayi menjadi terlalu cair, ibu mungkin terpaksa mengambil alternatif lain bagi sumber kalsium dan protein utama mereka.
Bagi bayi yang minum susu formula, mereka sepatutnya berak sekurang-kurangnya sekali sehari. Tidak seperti najis bayi yang hanya minum susu ibu, najis bayi yang disusukan dengan susu formula lebih pejal dan lebih banyak kerana tidak semua susu yang diminum akan dapat dihadamkan. Baunya juga lebih kuat berbanding bau najis bayi yang disusukan hanya dengan susu ibu. Sekiranya bayi tidak berak, najis akan duduk lebih lama dalam usus dan menjadi lebih kental. Ini akan menyebabkan masalah kembung perut dan ketidakselesaan pada bayi. Sekiranya dibiarkan lebih lama, masalah sembelit akan terjadi.
Selepas enam bulan
Selepas tempoh ini, biasanya kekerapan bayi berak akan semakin berkurangan. Najis bayi yang telah mula diberikan makanan separa pejal akan menjadi lebih kental berbanding bayi yang hanya disusukan dengan susu ibu. Selain itu, ia juga mempunyai bau yang lebih kuat (lebih mendekati najis orang dewasa)
Bayi yang telah mula diberikan makanan separa pepejal perlu berak setiap hari (Rule what goes in MUST comes out) Warna najis mungkin berubah mengikut makanan yang diberikan kepada mereka. Sebagai contoh, bayi yang diberikan lobak merak biasanya mengeluarkan najis yang berwarna oren. Pada peringkat awal, makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dilihat dalam bentuk kismis dalam najis bayi. Bagaimana pun keadaan ini akan berubah apabila sistem pencernaan bayi menjadi semakin matang dan dapat memproses makanan tersebut dengan baik.
Warna najis bayi
Warna normal najis bayi adalah kekuningan hingga coklat. Sekiranya warna najis bayi kehijauan dan kelihatan terlalu poros atau berair, bayi mungkin mendapat terlalu banyak laktos (terkandung dalam foremilk) Najis yang mengandungi darah (berwarna merah) menunjukkan terdapat kecederaan pada usus bayi. Ini biasanya berpunca dari sembelit. Sekiranya najis berwarna hitam, melekit dan berbau busuk. Ia mungkin adalah petanda terdapat pendarahan pada bahagian perut. Rujuk doktor sekiranya anda mendapati najis bayi berkeadaan seperti ini. Najis yang berwarna putih menunjukkan hati atau hempedu tidak berfungsi dengan baik.
Bagaimana pun, warna makanan yang dimakan juga memberikan warna berlainan pada najis. Warna merah mungkin juga disebabkan oleh tomato jus atau pewarna dari sirap.
Sekiranya bayi mengalami masalah sembelit elakkan dari memberikan mereka buah limau, kerana tahap keasidannya mungkin boleh mencederakan perut bayi.
Baca lebih info tentang warna dan tekstur najis DISINI, DISINI
Info tentang najis berdarah - Kellymom
Penjelasan dari Pregnancybaby
Bayi tak berak
Friday
The Dangers of Cow's Milk - Should children drink Cows Milk?
Tuesday
Menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak
Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang. Sedikit tips yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan.
(1) Minum air secukupnya - Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seeloknya hanya minum air setengah jam selepas makan.
(2) Makan apabila lapar - Ingat pada wasiat rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang" Paling baik sekali adalah makan enam kali sehari dengan portion yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur. Kalau ikut omputeh pulak, breakfast like a king, lunch like a beggar (kott..hehe) Apa pun saya notice that kalau makan breakfast yang kenyang, saya takde rasa nak melantak gila-gila masa lunch. Tapi, make sure jangan pulak makan roti canai atau nasi lemak dan mi goreng bagai ya. Sandwich dengan segelas susu atau juice. Sandwich tu 2-3 keping takpe.
(3) Kunyah perlahan-lahan - Paaaling baik sekali kunyah 44 kali untuk mengurangkan beban perut nak menghadamkan makanan yang cebis besar-besar. Selain dari tu, otak akan terima signal kekenyangan pada waktu yang betul. Kalau makan laju sangat nanti otak tak sempat nak bagi signal dah terlebih kenyang.
(4) Jangan bercakap ketika makan - Selain dari nampak kurang sopan bercakap dengan mulut penuh. Kita akan dapat menikmati makanan dengan lebih baik sekaligus mengelakkan dari tak perasan dah makan banyak mana.
(5) Makan makanan seimbang - Tahu tak yang kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan zaman sekarang ni sebab tak cukup zat! Ini kerana, kekurangan protein akan menyebabkan badan tak dapat produce enzim (enzim terbina dari asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi sebab protein ni biasanya akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau kurang, lemak tak dapat dibakar, jadilah lemak-lemak lebih yang bertampung-tampung tu. Kekurangan Vitamin B secara keseluruhannya akan menyebabkan sistem metabolisme menjadi lambat. Kesimpulannya, makan perlu seimbang. Kalau rasa-rasa tak dapat nak penuhi keperluan zat seharian, cubalah ambil supplement. Tapi utamakan makanan seimbang, jangan asyik duk harap pada supplement je.
(6) Kurangkan gula dan makanan rapu - Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Selain itu ia juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan saja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal, ia juga dikaitkan dengan risiko penyakit darah tinggi. Tambah lagi, kebanyakan makanan rapu dan makanan segera bukan saja mengandungi garam yang tinggi, malah ia juga mengandungi jumlah MSG yang tinggi. Baru-baru ini, saya menerima satu email berkaitan dengan MSG yang menyatakan bahawa MSG bukan saja dikatakan berpotensi menyebabkan obesiti, ia juga menyebabkan ketagihan (Restoren makanan segera letak MSG banyak-banyak supaya orang ketagih nak makan makanan diorang hari-hari. Betul atau tidak wallahualam)
(7) Banyakkan aktiviti fizikal - Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Ini kerana, walau pun tidak dapat meluangkan masa ke gym atau pun ber aerobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugas tugas rumah tangga. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan. Bagaimana pun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti
- Gunakan jalan yang lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan
- Berjalan sambil menghayunkan tangan menambah penggunaan kalori
- Melakukan kerja rumah juga membantu membakar kalori
- Aktiviti bersama anak-anak termasuk baby wearing juga membantu
- Gunakan tangga instead of lift atau escalator
(8) Susukan bayi dengan lebih lama dan lebih kerap menggunakan banyak kalori. Berita baiknya, ia juga membantu menambah pengeluaran
(9) Sentiasa positif dan sabar.
Ibu-ibu yang menyusukan anak juga dinasihatkan agar tidak menurunkan lebih dari 4-5 pound (lebih kurang 1.8~2.25kg) dalam masa sebulan.
Note : Keperluan protein bagi individu normal adalah 1.2g/kg, keperluan protein bagi ibu hamil adalah 2.5g/kg
Wednesday
Penyusuan susu ibu selepas 6 bulan
Pandangan LC Puan Kamariah, Founder susuibu.com
Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV,
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!
Thursday
QUICK tips tambah susu
(1) Tambah masa dan kekerapan - Ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana secara asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep supply & demand. Lebih kerap menyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cuba pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Luangkan masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Ada juga yang lebih sehingga 2 minggu.
Menurut pakar Laktasi Farah (Sarakids Owner), memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walau pun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yg tetap untuk memerah setiap hari. Sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. Oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.
(2) Minum air yang mencukupi - Air yang dimaksudkan adalah air kosong/masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kg) lebih untuk yang lebih berat dari itu ;)
(3) Pemakanan seimbang - Secara peribadinya saya mendapati saya menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini kerana dalam keadaan yang lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.
(4) Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran - Keberkesanan adalah bergantung kepada individu. Halba, Oats, alfalfa , air soya, sawi, lobak putih (resepi), longan kering, daun kucai, kurma, jantung pisang (resepi), betik muda dan sebagainya.
(5) Mengambil hormon/suppliment untuk menambah susu - Terdapat banyak suppliment yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu.
Bagaimana pun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply & demand. Pengambilan suppliment/makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran.
** Panjang pulak listnya ;)