Other side of me

Tuesday

Bayi menyusu taknak lepas - Kurang susu bukan punca utama

Assalamualaikum

Saya yakin setiap ibu yang menyusukan anak akan mengalami situasi di mana bayi tidak mahu lepas dari menyusu. Walau pun bayi telah melelapkan mata, apabila puting dicabut dari mulut mereka, bayi mula menangis dan tercari-cari semula. Apabila mengalami situasi seperti ini, ada ibu yang mula berpendapat bahawa mereka tidak dapat menghasilkan susu yang cukup bagi bayi mereka. Lebih memburukkan keadaan apabila orang disekeliling juga memberikan pendapat yang serupa. Malah, ada yang tertewas dan memberikan susu formula sebagai jalan keluar kepada permasalahan itu. Sedangkan pendapat ini biasanya adalah kurang tepat.

Apabila bayi tidak mahu lepas dari menyusu. Periksa keadaan bayi. Paling biasa. Keadaan ini adalah disebabkan oleh masalah perut kembung. Sapukan minyak bayi di perut, dada, belakang dan betis bayi. Urut perlahan perut bayi. Sekiranya keadaan berlanjutan. Dapatkan daun sirih, kemudian panaskan dengan menggunakan api lilin. Tekap pada perut bayi. Alaskan perut dengan kain nipis. Pastikan suhu daun tidak terlalu panas bagi mengelakkan dari kulit bayi melecur. Selain dari daun sirih, pasir kasar yang dibalut dengan kain juga boleh digunakan. Caranya adalah dengan memanaskan pasir di dalam kuali. Kemudian balut pasir panas dengan kain dan ikat. Tuam di perut, belakang, betis dan tapak kaki bayi. Ini akan memberikan kelegaan kepada bayi dan membolehkannya tidur dengan lebih selesa.

Setiap bayi adalah berbeza. Biasanya pemakanan ibu tidak menyebabkan masalah kepada bayi. Saya sendiri tidak berpantang apa-apa makanan sepanjang tempoh penyusuan. Setakat ini, ia tidak mendatangkan apa-apa ketidakselesaan dan masalah kepada bayi. Bagaimana pun, ada sesetengah bayi sangat sensitif kepada corak pemakanan dan makanan yang diambil oleh ibunya. Teliti makanan yang diambil, sekiranya berlaku sebarang masalah pada bayi setiap kali anda mengambil makanan yang sama, cuba elakkan makanan tersebut.

Selain dari itu, lenguh mungkin boleh menyebabkan seorang bayi tidak mahu lepas dari ibunya. Oleh kerana tubuh bayi adalah sangat lembut, kita mungkin secara tidak sengaja mengangkat atau memegang bayi dengan cara yang salah. Ini boleh menyebabkan kesakitan kepada mereka. Oleh itu, sebaiknya lakukan urutan lembut menggunakan minyak bayi setiap kali selepas mandi. Ini boleh membantu mengurangkan masalah ketidakselesaan mereka. Selain itu, sentuhan dan urutan juga dapat membantu menjalin hubungan yang lebih baik antara ibu dan bayi. Ransangan melalui urutan ini juga membantu perkembangan otot dan minda bayi dalam jangka masa panjang.

Seperti yang sering saya kongsikan, faktor kelaparan biasanya bukan faktor utama seorang bayi itu menangis. Sebaiknya, periksa kesihatan dan keselesaan bayi dengan teliti. Pastikan suhu bilik dan persekitaran tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Periksa lampin bayi dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak terlalu basah. Sentiasa dapatkan nasihat dari mereka yang faham mengenai penyusuan susu ibu. Jangan takut untuk meminta pandangan kedua dari orang lain kerana tidak semestinya setiap orang akan memberikan jawapan yang tepat dan sama.

Selamat berpuasa dan selamat menyambung aidilfitri

6 comments:

All about a journal said...

salam kak

kalau macam kes saya, memang baby taknak lepas masa menenen, tapi yang saya yakin, ini adalah apa yang orang jawa panggil 'mengempeng' yakni dia nak melekap ja mulut tu kat nenen.
Tapi bagi puting taknak pulak..

hehe itu kalau saya lah...kurang susu tu insyaAllah tak nak difikirkan langsung...takut pengaruhi hormon...

artikel yang menarik!~

Unknown said...

salam dik,
sebaiknya jgn biasakan baby dengan puting..kalau dia taknak lagi bagus.

ngempeng ngan baby memang tak boleh dipisahkan..hahaha..anak akak pun suka nak ngempeng..apa yg akak buat adalah jangan bagi ngempeng lama2..kalau rasa2 dia dah siap menyusu..tapi saje nak melekap..bagi lepas..

attract dengan benda lain..sbb anak2 akak ni kalau dia bosan pun dia nak ngempeng..hehe..

apa pun..yakin je yg susu kita banyak..selain tu pastikan jugak berat baby naik tiap bulan..tak semestinya ikut graf..sbb ada baby tak ikut pun..

happy breastfeeding & selamat hari raya!

All about a journal said...

haha yela kak...thanks...

kadang2 mengempeng tu nak tido..bile lepas tu..sampai bangun2 dia carik tarik baju sume..mata pejam..keke kelakar tengok...

tapi tula ummi tak jadi kerja la kadang2...

sama kak...selamat hari raya...semoga berjumpa lagi ramadhan tahun depan...^__^

Unknown said...

haha..anak2 akak pun sama..sakit pinggang kadang2..

insya allah..semoga jumpa lagi.. panjang umur..murah rezeki..

Anonymous said...

salam sis..nak tanya..pasal sis ckp maybe cara angkat baby tu..rasanya saya salah agkat kot..tu yg buat anak x nak lepas..huhuh...perlu ker saya buat tuam pakai daun sireh? risau jgk lps baca artikel nie..

Unknown said...

salam,
tuam daun sireh tu biasanya utk tuam baby yg ada masalah perut kembung..tapi kalau nak tuam bahagian badan yg lain tak ada masalah rasanya..

utk masalah salah angkat baby tu saya cadangkan buat urutan lembut pada baby..dlm majalah pa & ma ada tulis pasal cara urut baby..atau pun boleh rujuk kat internet.. tapi biasanya saya cuma sapukan minyak baby/minyak telon..lepas tu sapu2 lembut pada seluruh badan.. termasuk di kepala..biasanya melegakan baby..

kalau dah buat semua tu masih baby taknak lepas jugak..cuba rujuk pada LC.insya allah diorg boleh membantu..

Blog Widget by LinkWithin