Other side of me

Thursday

Sesungguhnya kita memang bernasib baik

Assalamualaikum

Maaf. Topik ini jauh menyimpang dari tema penyusuan susu ibu.

Dalam pada kita bergembira dengan kedatangan syawal yang hanya tinggal kurang dari dua minggu ini, janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam kita rambang mata melihat pelbagai jenis juadah di pasar ramadhan, ingatlah bahawa mereka ini menghadapi krisis yang sangat dahsyat.

Bersyukurlah kerana kita dikurniakan hujan yang mencurah-curah. Rezeki yang melimpah ruah. Jangan lupa pada mereka yang sedang menderita.


Tatkala kita buang makanan
Ingatlah pada mereka ini
Jangan lupa pada derita si kecil ini
Bulan ramadhan bulan rezeki. Allah janjikan rezeki yang melimpah ruah lagi pada mereka yang rajin bersedekah.

Sampaikan sumbangan anda ke tabung mangsa kemarau di Somalia

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Address: 31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 8948 6334
Fax: +603 8948 7339
Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 05

Hanya Allah yang dapat membalas budi anda semua.

Mana tau, dengan menderma pada mereka ini, Allah limpahkan rezeki untuk anak-anak kita. Makbulkan doa ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin