Other side of me

Monday

Fenomena tak seronok di hari raya

Assalamualaikum

Musim perayaan ni saya yakin ramai yang bertemu sanak saudara jauh dan dekat. Memang tak boleh elak untuk jumpa ibu-ibu dengan bayi yang baru lahir. Antara pemandangan yang paling saya tak suka adalah melihat seorang ibu membancuh susu formula bayi yang dicampurkan dengan sedikit glukosa (Glukolin) pada seorang bayi yang berumur kurang dari enam bulan.

Lebih tidak enak lagi apabila si ibu dengan bangga bercerita yang anaknya "tidur lebih lena" berbanding jika diberikan susu formula sahaja. Apabila diberikan dengan susu ibu semata-mata, bayi kerap terjaga untuk menyusu. Ini adalah kenyataan yang amat sukar saya telan. Lebih sukar lagi untuk mengawal mulut saya dari mengeluarkan kata-kata yang mungkin tidak menggembirakan tetamu di hari raya.

Oleh itu, bagi ibu-ibu muda. Tolong faham bahawa bayi sebelum umur enam bulan cukup dengan susu ibunya saja. Memang bayi itu akan bangun pada waktu malam untuk menyusu. Ini kerana, susu ibu sangat mudah dihadamkan. Oleh itu bayi akan cepat terasa lapar. Bayi yang minum susu formula akan berasa kenyang lebih lama kerana ia lebih sukar dihadamkan oleh bayi.

Mungkin senario bayi "bangun pada waktu malam" ini adalah senario yang sukar dilalui kerana bukan mudah untuk seorang ibu yang dah penat melalui proses melahirkan anak. Badan penat, tidur tak cukup kan..Tapi jangan lupa, proses penyusuan bukan saja satu proses fizikal. Ia adalah satu proses emosi yang membantu merapatkan hubungan ibu dan anak. Tambah lagi, walau pun mungkin kena bangun malam, tapi ibu-ibu hanya perlu selak baju dan suakan pada bayi. Kalau penyusuan dengan susu formula kena bangun pulak untuk bancuh susu. Nak kena check suhu air tu sesuai ke tidak.

Saya pernah melalui saat kena bangun malam bancuh susu waktu kurang susu (pregnant anak nombor 2) Ia adalah satu perjalanan yang sangat sukar dan dahsyat bagi saya. Siap mengamuk bagai. Hehehe. Bagi saya, saya sangat senang dengan penyusuan susu ibu kerana saya hanya perlu selak dan suakan. Kalau dah besar sikit, dah pandai nak selak sendiri lagi senang.

Bagi ibu-ibu yang sangat-sangat pro dengan susu ibu, saya harap sekiranya berdepan dengan situasi seperti ini, elakkan dari memberikan ceramah panjang. Cukuplah sekadar memberi sedikit pandangan dengan ayat yang tidak menyinggung hati tetamu. Walau pun sukar, ia adalah hakikat yang terpaksa kita terima kerana bukan semua ibu mempunyai pengetahuan tentang kaedah penyusuan susu ibu yang betul.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf sekiranya ada kata-kata yang menyinggung hati sesiapa.

13 comments:

faizah said...

Bagus entri nehs...sesetgh org malu nk breastfeed time org ramai... tp bg sy, sy rasa bangga n seronok dpt menyusukan anak... btul ramai yg xcukup ilmu n pendedahan mengenai penyusuan susu ibu... mg lbh ramai ibu2 kt malaysia menyokong susu ibu sbg makanan terbaek bayi

Unknown said...

mungkin masih ramai ibu-ibu yang bekerjaya masih lagi rasa penyusuan susu ibu ni cuma untuk full time house wife..dan takde kelas..hehehe..tapi sekarang dah makin ramai yang celik mata.. insya allah..dimasa depan lebih ramai akan mula nampak trend penyusuan susu ibu sebab gadget dah makin glemer..baju untuk penyusuan pun dah cantik2..hehe..

intz said...

saya ada problem baby menggigit.baby baru 9 bulan. ramai suara2 yg cakap yg kita takkan mampu menyusukan sampai target 2 tahun.

Unknown said...

masalah baby menggigit ni kena cuba selesaikan dengan kaedah psikologi.jangan marah terjerit2 ngan dia..cuba cakap elok2.. lepas tu kalau dia buat jugak. bagi time out..gigit je..jangan bagi susu. tiap kali dia buat.so dia akan faham gigit=takde susu..so far berkesan dengan anak saya.tapi lain org lain cara.cuba lah dulu..

ramai yg berjaya menyusukan sampai 2 tahun..so terpulang pada kita nak jadi yg berjaya atau tidak.. yang berjaya adalah kerana diorg berusaha menjayakannya..mmg susah. tapi tak mustahil..good luck!

Ibu Muda 30series said...

Balik kg org2 kg trkejut tgok baby umur 13 bulan masih menyusu
sy senyum je. malas nak ceramah panjang.

Unknown said...

normal macam tu..org lebih pelik kalau kita susukan anak sendiri dari beri anak susu formula atau bagi makan nestum kecik2.. senyum je la..cakap lebih2 nanti org kata tunjuk pandai pulak kan..

misyaf israfil said...

sy tengah pregnant 6 bln dan anak sulung sy masih menyusu sy, sy juga target bulan depan nak stop terus sbb bln 10 anak sy genap 2 thn, jadi tersapai la impian sy nk susukan anak smpai anak 2 tahun..

Unknown said...

misyaf,
tahniah sbb berjaya bf walaupun tengah pregnant..saya cadangkan kalau nak stop susu utk anak sulung tu baik buat sebelum bersalin..sebab bersalin akan lebih sukar lagi..(pengalaman anak sulung) sudahnya anak sulung saya menyusu sampai nak masuk 3 tahun..

Nailofar said...

Sgt senang menyusukan anak berbanding susu formula..pengalaman anak sulong, susu ibu sampai umur 2 bulan je..huhu..kes kurang pengalaman dan kena desak dan asak dgn MIL..huhu..sampai umur 2 tahun ni pun masih bangun mlm 3-4 kali bancuh susu..kdg mmg mengamuk sbb tak puas hati nape anakku ni kerap minum susu mlm2 neh..hehe..ngantuk daaa..

Pengalaman anak kedua, skrg da nk masuk 11 bulan menyusukan dia..mmg kerap bangun mlm tp tak susah2 bancuh susu..main selak je..he he..semoga diizinkan menyusu anak kedua ni sampaila umurnya 2 tahun..:)

Unknown said...

mohon share ye di KIm ye:)tq

rintzpalil said...

Saya juga melalui pengalaman hampir sama dgn puan. Itulah pengalaman terindah.

lady_D said...

minta tip cara menyusu bila g shopping, amik simpnan susu freze ker, atau kena direct, kalo bwk simpann, brp lama tahan, kalo boleh minta pqenjelassan yg terperinci, tq!

Unknown said...

hai lady D,

thanks singgah sini..insya allah saya cuba ya..

Blog Widget by LinkWithin