Other side of me

Monday

Pengalaman bercerai susu

Akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk menyapih (cerai susu) anak sulung yang berumur 2 tahun 10 bulan. Ini merupakan salah satu langkah yang terpaksa saya ambil sebelum menghadapi bulan ramadhan. Langkah ini terpaksa saya ambil memandangkan kesihatan yang tidak mengizinkan.


Sebelum saya benar-benar berjaya bercerai susu, beberapa langkah telah cuba saya lakukan. Antaranya
(1) Sapu benda pahit/masam/comot pada p*ting - Langkah ini mungkin berjaya bagi kanak-kanak bawah umur 2 tahun. Kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas lebih bijak. Apabila saya sapukan kopi. Saya katakan padanya @$$# comot. Kali pertama dia akur. Kali kedua dia ambil kain lalu dilapkan.
(2) Kaedah psikologi - Langkah ini hanya akan benar-benar berjaya sekiranya anak dan ibu sama-sama bersedia untuk menghadapi cerai susu. Masalah yang saya hadapi adalah anak saya masih belum bersedia dan saya sendiri belum begitu pasti sama ada keputusan bercerai susu adalah langkah terbaik atau tidak.


Setelah berbincang dengan mak mertua, mak mertua bersetuju mintak air penawar (sebenarnya air kosong yg dibaca dengan ayat suci sahaja) Saya bacakan selawat 3 kali, surah al fatihah 3 kali kemudian diberikan kepada anak untuk diminum. Sebahagiannya disapukan pada muka dan pada payudara.


Dengan syarat
(1) Jangan offer. Bila dia minta, cuba pujuk dengan baik. Alih perhatian dengan perkara lain.
(2) Elakkan menyalin baju di depannya atau menyusukan anak lain di depannya
(3) Bila nak tidur, bacakan bed time stories. Sedaya upaya elakkan dari memberi susu ketika hendak tidur.
Setakat ini, kaedah ini berjaya dan hanya beberapa kali terbabas bila dia minum susu ketika saya tidur tanpa saya sedari. Mungkin dia juga tak berapa sedar. Mungkin kerana dia masih rindu, dia masih lagi minta untuk nak pegang dan lihat. Saya gantikan minumannya dengan susu kotak kerana dia sudah lama tidak minum susu dalam botol dan tidak begitu sukakan susu tepung.


Dengan ini secara rasminya tamatlah sudah perjalanan penyusuan susu ibu saya menyusukan anak sulung selama dua tahun sepuluh bulan. Saya bersyukur kerana dia dapat menerimanya dengan baik sekali dan saya sungguh tidak menyangka bahawa proses perceraian ini berjalan dengan begitu lancar. Jauh di sudut hati, saya sendiri terasa sayu dan rasa bersalah. Bagaimana pun saya tetap yakin saya telah memberikan yang terbaik sepanjang perjalanan penyusuan sepanjang 2 tahun lebih ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang saya ambil.

4 comments:

Afne said...

afne pn msh tercari2 cara nk sapih susu bdn. dulu anak 1st guna taktik sirap. 2-3 kali br berjaya sbb hana takut tgk darah. pertengahan puasa ni haziq genap 2 thn tp afne msh tak decide nk bg haziq mnm susu apa.

Unknown said...

afne,
biasanya utk budak yg dah cukup 2 tahun kaedah letak benda kat tet ni kurang menjadi..tapi kalau letak benda pahit gila tu mungkin boleh kot.cuma saya tak berapa nak sampai hati..hehe..kalau takde cara sangat cuba tanya dengan org2 tua mintak air penawar. biasanya org belah2 pantai timur pandai bab2 ni. mak mertua saya pun org kelantan.

pasal nak minum susu apa tu. ikut kesesuaian. tak semestinya susu mahal bagus. susu murah tu tak elok. since anak saya pun tak berapa minat dengan susu formula. saya pilih susu kotak uht dan soya. lagi pun budak da lebih 2 tahun da boleh minum. tapi kosnya pun agak mahal kalau minum susu uht.(sehari sekotak besar..hehe)

selamat berjaya.

bersama kak Es said...

teringat kenangan menyusukan anak2..

bermula dari anak sulung sekarang dah 11 tahun umurnya...
bersambung2 hingga anak ke 4 sebab jarak kelahiran anak2 kak es 2 tahun..mmg tak putus2 la menyusukan .. tp alhamdulillah hasilnya memuaskan. Kami sangat rapat walaupun ibunya macam singa ... hahahha

Unknown said...

betul kak es.memang letih kadang2 bila anak asyik mintak susu tak kira masa. tapi bila pikir balik rewardnya..saya tandem nursing anak sulung dgn yg no 2 ni..dedua rapat..main sama2..jarang gaduh. syukur sangat sebab memilih susu ibu.hehe..

saya pun garang cam singa..lagi2 kalau tengah malam anak mintak susu.. haha..

Blog Widget by LinkWithin