Alhamdulillah. Semalam genap setahun umur anak kedua saya, bermakna telah cukup setahun saya menyusukan anak-anak saya secara tandem nursing. Jujurnya tandem nursing bukan satu perkara yang mudah untuk dijayakan. Saya beberapa kali berbincang dengan suami ingin menceraikan penyusuan anak sulung kerana keletihan. Walau pun akhirnya saya mengalah dan meneruskan penyusuan tetapi terdapat kekesalan yang agak mendalam dalam diri saya kerana kadang kala saya memarahi mereka apabila terlalu kerap meminta susu. Maafkan ibu. Ibumu belum cukup penyabar.
Saya masih belum sampai hati hendak menceraikan susu kepada anak sulung kerana saya melihat dia masih belum cukup bersedia. Walau pun secara emosinya saya telah bersedia.
Saya juga ada merasa ragu-ragu akan tindakan saya meneruskan penyusuan. Jauh disudut hati saya, saya agak bimbang memandangkan berat anak sulung tidak mencapai pada tahap yang ideal. Saya bimbang sekiranya sayalah penyebabnya. Adakah kerana dia terlalu bergantung pada susu, dan kurang mendapat khasiat daripada makanan lain. Saya akui, anak sulung gemar makan sayuran tetapi agak liat untuk makan nasi.
Saya sedang cuba menyediakan lebih banyak variasi bagi menu pemakanan sehariannya. Beratnya perlu bertambah sebelum 6 Julai, kerana pada tarikh itu kami akan bertemu dengan paed bagi penilaian beratnya. Semoga saya berjaya.
6 comments:
try kerap bagi makan...sikit takpe..janji dia nak..kraker pun boleh..
tu la..ni sedang dalam usaha nak organize balik pemakanan anak2 ni.. anak kedua tu makan banyak..tapi aktifnya tuhan aje yg tahu.. tu yg berat susah nak naik..
itulah hati seorang ibu..:) baru sethun..biasa dua tahun baru behenti minum susu kan??heheh..bunga xtau sbb lum ada anak g..
tu la bunga.yg no 2 baru cukup setahun..insya allah teruskan sampai dia cukup 2 tahun.
abang da nak masuk 3 tahun bulan 9 ni..sepatutnya nak berentikan.. tapi belum berjaya nampak gayanya. so sekarang tandem nursing dedua org..
ada baik teruskan...sebab org kata susu ibu boleh buat anak itu cerdik...
kadang memang apa yg kita makan mempengaruhi anak yg menyusu tu..jadi rasanya elok la kita jaga pemakanan kita pulak..hehee
iz,
ada jugak niat nak teruskan tu.. tapi takut bulan puasa nanti tak larat sangat..sekarang pun ada kalanya saya jadi beremosi bila budak2 ni mintak susu setengah jam sekali..pantang nampak saya terbaring mesti mintak susu..huhu..
Post a Comment