Other side of me

Wednesday

Usah terlalu ghairah

Wow..tajuk macam sencored je!

Sebenarnya saya pernah terdengar tentang herba tradisional yang dapat membantu pengeluaran susu ibu. Bahkan herba tradisional seperti kacip fatimah telah lama digunakan dalam perawatan pelbagai penyakit berkaitan dengan masalah kewanitaan. Walau pun tidak ada kajian klinikal yang menunjukkan bahawa ia benar-benar berkesan tetapi ramai wanita yang mengakui keberkesanannya.

Suka saya mengingatkan bahawa pengambilan herba tradisional mungkin boleh membahayakan kesihatan bayi dan juga buah pinggang anda. Kacip fatimah contohnya boleh mempunyai kesan detoks dimana toksin dari badan akan dikeluarkan bukan saja melalui air kencing, malah melalui susu ibu. Oleh itu, toksin dari tubuh anda mungkin tersalur ke tubuh kecil itu melalui penyusuan susu ibu. [Penerangan lanjut DISINI]

Tahukah anda bahawa pada suatu ketika dahulu, herba tradisional seperti kacip fatimah direbus dan air rebusannya diminum sebagai alternatif kepada ubatan. Bagaimana pun, pada masa ini terdapat banyak produk yang dipasarkan tidak menggunakan ekstrak dari herba-herba tetapi menggunakan serbuk yang diproses dari herba-herba yang terpilih. Pengambilan serbuk-serbuk ini yang diambil dalam bentuk minuman atau makanan boleh membebankan buah pinggang kita. Dalam satu jangka masa, ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam pengambilan produk kesihatan terutamanya bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan anak. Janganlah terlalu ghairah apabila mendengar testimoni dan keberkesanan sesuatu jenis produk yang ditawarkan kepada anda. Sesungguhnya tiada apa yang lebih bernilai dari kesihatan kita. Sebelum mencuba apa-apa produk, lakukan sedikit kajian kerana terdapat banyak maklumat yang boleh didapati dihujung jari. Ia mungkin boleh menyelamatkan anda dan buah pinggang anda.

Program weight management yang selamat untuk ibu ibu yang menyusukan anak akan bermula pada bulan July 2012. Ia bukan sahaja berkesan, malah dapat mengembalikan stamina. Hubungi kesoma.rai@gmail.com

2 comments:

bersama kak Es said...

perkongsian yang menarik.
jangan obses

Unknown said...

betul tu kak Es.ramai yg tergila2 nak kurus la..nak rapatkan apa yg kurang rapatla..nak jadi mcm anak dara la..end up dapat sakit bukan2..

Blog Widget by LinkWithin