Other side of me

Friday

Sukarnya menyusukan di tempat awam/terbuka

Ramai ibu-ibu muda berasa malu dan segan untuk menyusukan bayi mereka di tempat-tempat awam contohnya di shopping complex ketika membeli belah mahu pun di kedai-kedai makan. Selain dari takut aurat mereka terbuka ketika proses penyusuan, ada juga yang berasa malu dengan pandangan masyarakat terhadap mereka sekiranya mereka menyusukan secara terbuka. Oleh itu, ramai yang merasakan aktiviti mereka akan terhalang atau tergendala kerana penyusuan.

Sebenarnya menyusukan bayi di tempat awam tiada masalah sekiranya tahu caranya. Beberapa tips berguna bagi yang ingin menyusukan di tempat awam.

(1) Susukan bayi sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

(2) Bagi bayi berumur 6 bulan ke atas yang telah memulakan makanan separa pejal, pastikan mereka makan sebelum keluar ke tempat yang di tuju. Bawa bekalan makanan seperti biskut dan air, berikan kepada mereka sekiranya mereka berasa lapar ketika masih di tempat awam.

(3) Sekiranya hendak bershopping cuba cari pusat membeli belah yang menyediakan bilik khas untuk menyusukan bayi. Seperti Sunway Pyramid, Jusco dan sebagainya.

(4) Jika tiada bilik khas untuk menyusukan bayi, gunakan selendang atau nursing cover. Bagi yang bertudung, gunakan tudung untuk melindungi aurat dari terdedah. Sekiranya tidak yakin, berlatih di depan cermin untuk memastikan aurat tidak terdedah ketika menyusukan bayi.

(5) Pakai pakaian yang sesuai. Tidak semestinya memakai baju khas untuk menyusukan, hanya pastikan anda memakai pakaian yang agak longgar agar mudah untuk selak menyelak ketika hendak menyusukan bayi.

(6) Sekiranya keadaan memaksa untuk menyusukan di tempat awam, tenangkan hati dan jangan berasa malu atau segan. Ingatkan diri bahawa anda sedang menunaikan tanggungjawab kepada bayi anda. Tiada apa yang perlu dimalukan.

2 comments:

CHeeSYaNa said...

For me, if takde nursing room, surau pon bolehler.. cuma sometime, surau kecik n penuh sbb orang nak solat. So, if segan nak menyusu in public, last resort is masuk balik kereta n susukan dalam kereta.. there's always a way if there's a will :) insyaAllah..

Unknown said...

Saya pun selalu susukan dalam kereta je.. Malas nak pk panjang nak carik nursing room.

Blog Widget by LinkWithin