Selepas bayi berumur 6 bulan ke atas atau telah memulakan makanan separa pejal, ibu-ibu yang menyusu akan mendapati susu yang diperah berkurangan dari sebelumnya. Ini tidak berlaku kepada semua orang, tetapi dalam kebanyakan kes ia berlaku kerana selepas 6 bulan kelahiran bayi, rembesan hormon prolaktin yang merangsang pengeluaran susu ibu mula berkurangan.
Bagaimana pun, bagi ibu-ibu tidak perlu khuatir kerana dengan ransangan berterusan oleh bayi dan juga dengan mengepam susu yang lebih kerap dapat membantu mengekalkan pengeluaran susu ibu. Ramai yang menyangka apabila bayi semakin membesar pengeluaran susu ibu akan berkurangan dan seterusnya akan kering apabila bayi mencapai umur satu tahun.
Secara peribadinya, saya sering ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin tahu bagaimana saya boleh mengekalkan pengeluaran susu walaupun bayi telah mencapai 10 bulan. Kebanyakan mereka berasa terkejut apabila saya memberitahu bahawa selagi saya menyusukan bayi secara kerap dan meneruskan pemberian susu. Pengeluaran akan berterusan.
Bagaimana pun, baru-baru ini saya telah diuji apabila secara tidak semena-mena pengeluaran susu saya berkurangan secara mendadak. Saya mengepam susu dengan kekerapan biasa di tempat kerja dan sepanjang berada bersama dengan bayi, saya akan menyusukan bayi secara terus sekerap yang mungkin.
Setelah dinasihatkan oleh seorang sahabat, saya menemui seorang pakar laktasi (Farah Sarakids) untuk mencari jalan penyelesaian. Nasihat dari Farah
(1) Rekodkan jumlah yang dapat di pam setiap kali
(2) Tambah kekerapan pam sewaktu berada di tempat kerja (kepada 5 kali - 2 jam sekali)
Dalam masa yang sama, saya merasakan bahawa pam (manual avent isis) saya sudah tidak berkesan. Oleh itu, Farah menasihatkan saya mencuba pam double bagi melihat perbezaan. Masalah utama sewaktu berada di tempat kerja adalah, walau pun buah dada terasa berat tetapi tiada susu keluar.
Saya merasakan bahawa pam bukan masalah kerana, ketika menggunakan pam sambil menyusukan bayi, dalam masa yang singkat saya mendapat letdown. Sedangkan tanpa bayi tidak ada letdown.
Akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa masalah saya adalah berpunca dari kurang stimulasi. Teknik urutan tidak begitu berkesan pada saya. (Atau mungkin saya tidak begitu mahir mengurut) Saya pernah terbaca bahawa dengan memberi ransangan kepada bahagian areola dan puting boleh membantu pengeluaran susu. Setelah beberapa kali mencuba, saya berjaya. Kini, walau pun jumlah pengeluaran belum pulih sepenuhnya dan saya masih perlu mengepam 5 kali bagi menampung keperluan bayi, saya telah menemui kaedah berkesan untuk menyelesaikan masalah saya.
Masalah saya pengeluaran susu berkurangan secara mendadak juga boleh berpunca dari kurang stimulasi sewaktu mengepam dan juga teknik mengepam yang tidak betul. Sebaik-baiknya selain dari menggunakan pam, setiap ibu perlu memahirkan diri memerah susu dengan menggunakan tangan kerana sehingga kini, selain dari hisapan bayi, teknik memerah dengan tangan adalah antara teknik paling berkesan mengosongkan buah dada. Bagaimana pun, saya sendiri masih tidak mahir teknik ini..hehehe.
Sekiranya anda juga mengalami masalah kekurangan susu pastikan :-
(1) Jangan supply dengan susu formula
(2) Kenalpasti punca kekurangan susu
(3) Tambah kekerapan dan tempoh memerah untuk menampung keperluan bayi
(4) Jumpa dengan pakar walaupun anda rasa anda telah expert kerana mereka mungkin boleh memberikan anda nasihat berguna yang anda tidak terfikir.
(5) Yang paling penting..jangan putus asa..
4 comments:
sy pun rs pump sy ada problem sbb sy pam susu tapi tak keluar sedangkan susu penuh..buntu akhirnya sy bagi fm jugak kat pengasuh sbb ebm semua dah habis.
maria,
da cuba pam guna pam jenis lain? cuba pam tengok macam mana..lepas tu paling baik sekali consult dgn LC. kadang2 kita rasa kita da cuba semua tapi rupanya ada lagi yang kita belum tau. anak saya pun da start fm sbb saya pregnant dan susu amat kurang...
saya pon experience the same problem sekarang.. time mengepam, susah sangat nak letdown.. kadang2, tak dapat langson letdown tu.. tp tu ler.. kene sentiasa positif.. :)
CHeeSYaNa,
Kadang2 sebelum kita mengepam tu kalau kita risau tak dapat letdown nanti akan mengganggu emosi sekaligus tak dapat letdown pun ada jugak.. Tapi apa pun betul kata awak..kena positif..
Post a Comment