Other side of me

Thursday

Berjimat ketika breastfeed

Assalamualaikum

Breastfeed itu sendiri adalah satu langkah penjimatan yang baik. Tapi tentu kita happy kalau boleh jimat dengan lebih lagi..

Seperti yang ibu ibu sedia maklum, harga barangan dan peralatan untu penyusuan susu ibu tidak lah murah. Harga pam manual yang berkualiti, paling murah pun RM100+, kalau elektrik boleh mencecah ribuan ringgit.

Itu belum ditambah dengan keperluan lain seperti, cooler bag, ice pack, EBM storage bottle.

Kos keseluruhan, sekurang kurangnya 2-3 ratus jugak. Untuk permulaan. Saya pernah terbaca kat forum ada ibu yang mengeluh kerana kurang kemampuan nak beli semua tu.

Tapi.. itu bukan alasan kan.. Barang seperti ice pack dan cooler bag memang mahal kalau dibeli di kedai bayi. Tapi kalau beli di luar lebih murah.

ice pack.. kalau beli jenama autumz harganya belasan ringgit. Tapi yang ni saya beli kat Daiso. Dalamnya ada 6 pack, lima hengget je. Cooler bag pun ada dijual. Of course la kualiti dan designnya tak sehebat yang harganya RM50. Tapi cukup kalau sekadar untuk nak transport susu pergi balik kerja.

Bagi yang nak nurse in public, aurat masih perlu dijaga kan.. Selain dari nursing cover ke nursing poncho, shawl pun boleh guna. Shawl pun yang murah murah harga RM10 ada banyak dah. Saya biasa cover ngan tudung je. Takut selak baju ternampak perut, boleh guna tube.

Nursing tube yang dijual online aku tengok ada yang sampai RM40-50. Boleh dapat 4-5 helai tube yang macam kat bawah ni.

Baru berapa barang. Banyak boleh jimatkan kan..

Tak salah jadi trendy. Tapi bagus kalau dapat berjimat. Duit yang lebih boleh beli benda lain lagi.

Happy Breastfeeding!

Daa

3 comments:

cik chinta said...

ada beli x cooler beg daiso tu? tunjuk bole? nt nk bli la. tq 4 sharing. xbli pon lg icepack ni sme. beg pon xde

Unknown said...

saya tak beli yg kat daiso sbb dulu da beli cooler bag kat kedai 100yen. harga rm4.90 je. beli tiga tahun lepas masa anak no 2. nanti saya tunjuk gambarnya. ada banyak bentuk begnya. yg tu salah satu je la..

syifa said...

perkongsian yang berguna...thank you..

Blog Widget by LinkWithin