Other side of me

Tuesday

Pengetahuan asas breastfeeding bagi bakal ibu

Assalamualaikum


Semalam terbaca rintihan seorang ibu yang tak berjaya memberikan penyusuan susu ibu kepada bayinya. Beliau rasa kecewa dan terhina apabila ada di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak sepenuhnya mengeluarkan statement yang memperlekeh atau menghina beliau.

Terus terang. Saya tak punya sebarang kelayakan dalam hal berkaitan penyusuan susu ibu. Saya bukan seorang Lactation Consultant, penasihat apa lagi doktor. Apa yang saya bakal kongsikan ini adalah pengetahuan yang saya dapat melalui pembacaan dan pengalaman peribadi.

Pada pendapat saya statement menikam ni berlaku di mana mana. Bahkan. Ada juga kes ibu yang menyusukan anak sepenuhnya tersentap dengan kenyataan ibu-ibu yang memberikan penyusuan alternatif seperti susu formula. Vice versa.

Semakin banyak komen yang saya baca, semakin saya rasa isu ini diperbesarkan. Hakikatnya, tiada siapa boleh kondem kita cara kita membesarkan anak kita. Even kalau ada yang kondem pun, tak perlu peduli. Tak menguntungkan langsung. Biarlah mulut tu nak berkata kata.

Tapi. Bukan itu saja yang ingin saya kongsikan. Saya sering mendapati. Ibu ibu yang mengatakan mereka tidak berjaya dengan penyusuan susu ibu ini mempunyai salah faham. Dan amat sukar untuk ditegur kerana ada keadaan di mana mereka menganggap bahawa saya menyalahkan mereka pula kerana tidak berjaya.

Konsep saya adalah mudah. Rezeki anak-anak telah ditentukan. Mudah untuk kita kata, dah bukan rezeki aku nak buat macam mana. Tapi betul ke kita dah berusaha bersungguh sungguh dengan cara yang betul. Ada ibu yang salah faham dengan konsep penyusuan. Beria ria makan supplement atau milk booster. Tapi jarang pam. Ada pula yang anaknya menangis mungkin kerana tak cukup susu. Instead of tambah masa direct feeding, dia top up dengan susu formula.

Edison berjaya cipta lampu setelah 1000 kali gagal cipta lampu. So, adakah kita dah cuba 1000 cara sebelum kita mengalah dan kata Allah dah tetapkan sampai takat tu rezeki untuk anak kita. Kita sebagai ibu kena decide. Kalau kita mengalah dengan alasan, tak ada masa kat tempat kerja. Ramai ibu yang sibuk tapi dapat luangkan masa.

Saya pernah bekerja sebagai tukang angkat telefon. Kena standby depan phone sepanjang operation hours. Masa rehat yang ditetapkan adalah 1 jam untuk makan tengah hari dan 30 minit untuk ke bilik air dan rehat sekejap. Saya cuma boleh pam 3 kali sehari. Iaitu dengan bahagikan masa lunch kepada 30 minit di ambil dua kali dan sekali lagi masa untuk rehat. Saya tiada tempat untuk mengepam susu. Pernah saya pam di bawah meja. Alhamdulillah saya berjaya memberikan susu ibu sehingga anak sulung mencecah 3 tahun. Saya pernah top up susu formula selama beberapa bulan kerana mengandung anak kedua sebelum meneruskan penyusuan apabila anak kedua lahir. Adakah saya anggap saya ibu yang gagal? Tak. Saya tak akan benarkan sesiapa kata saya ibu yang gagal sebab saya dah cuba apa yang termampu.

Melalui pembacaan saya mendapati biasanya hanya ibu yang memang ada penyakit berkaitan hormon macam PCOS yang menghadapi masalah penyusuan. Tetapi, bukan juga mustahil. Cuma lebih sukar. 
.
Banyak salah faham tentang breastfeeding yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Yang mana saya ingat saya kongsikan. Kalau ada tambahan insya allah akan di update kemudian.


Salah faham dalam penyusuan susu ibu
1. Sebaik bersalin susu keluar mencurah curah. Kalau tak keluar tu maksudnya "genetik" susu sikit - Ada kes, susu hanya keluar selepas tiga hari melahirkan bayi. Consult dengan doktor yang pro-bf atau LC sebelum start beri susu formula. Kalau nak beri, elakkan guna puting. Biasanya yang dicadangkan adalah dengan menggunakan syringe atau sudu.
2. Kalau bersalin czer tak boleh nak breastfeed - Saya bersalin czer anak pertama. Saya tidak dapat menyusukan anak pada the 1st hour ketika kelahirannya sebab tak sedar. Tapi saya tetap menyusukan sebaik keluar dari hospital
3. Bersalin kembar susah nak berjaya breastfeed - Kita dikurniakan dengan sepasang breast. Anak kembar dua boleh menyusu serentak. Kena bersedia dan belajar kaedahnya.
4. Kalau anak menangis sebab lapar maksudnya susu tak cukup. Takkan nak biar anak kebulur - Anak menangis kerana bermacam sebab. Adakalanya dia menangis cuma sebab nak duduk dekat dengan kita. Pada minggu minggu pertama, baby suka sangat cling pada breast ibunya sebab dekat dengan jantung yang degupannya dia dengar masa dalam perut. Baca susu cukup?
5. Accessories untuk breastfeed mahal. Pam je da ratusan. Bukan semua orang mampu - Pam pertama saya avent manual. Harganya tak lebih RM200. Saya gunakan selama empat tahun. Beg saya beli dari kedai RM5. Saya gunakan penyejuk coleman yang harganya RM6 ketika itu. Saya tak perlu beli sterilizer kerana saya rebus peralatan apabila balik ke rumah.
6. Masalah puting tenggelam tak boleh menyusukan bayi dengan jaya - Rujuk masalah puting tenggelam 
7. Baby tak pandai nak latching sejak kecik - Macam mana kita tak pandai nak bagi anak latch dengan betul. Macam tu lah anak kita lahir kat dunia tak berapa pandai latching. Practice make perfect. Kita kena belajar macam mana nak bagi dia latching.
8. Anak lagi suka susu FM dalam botol sebab susu FM lebih manis dan sedap - Susu ibu lebih sedap. Anak suka minum susu dari botol sebab flow botol lebih laju dan dia tak perlu berusaha gerakkan rahang untuk menyusu.
9. Anak da biasa dengan botol taknak latch - Masih boleh diselamatkan. Cuma kena banyak bersabar untuk latih semula baby latch
10. Breast kecik tak banyak susu - Maaf. Ramai ibu yang kurus dan kecil berjaya. Breast kecil bukan penentu
11. Orang kurus takde susu - Konsep pengeluaran adalah berdasarkan supply dan demand. Bukan saiz badan atau jumlah lemak dalam badan
12. Breastfeed menyusahkan. Memalukan - Taktau nak komen apa T_T
13. Mengandung tak boleh breastfeed - Melainkan kalau pernah mengalami kelahiran pra-matang, pendarahan dan atas nasihat doktor. Kalau nasihat doktor pun, always get second opinion sebelum decide.
14. Kena ambil supplement untuk tambah susu - Makan makanan seimbang secukupnya dah mencukupi. Supplement untuk kesihatan ibu.
15. Da makan macam macam untuk tambah susu tapi tak berjaya - Konsep penyusuan adalah supply versus demand. So, kalau nak tambah pengeluaran kena trick otak kita. Buat power pumping dengan kerap. Kalau makan macam-macam tapi direct feeding kurang, pam pun culas. Kirim salam je la.

Macam kita nak jadi engineer. Kena pergi sekolah bertahun tahun. Baca macam macam buku. Macam tu juga jadi ibu. Nak menyusukan anak. Ianya dilihat mudah. Tapi bukan semudah yang disangka. Tapi tak susah sangat kalau kita sentiasa belajar dan rajin membaca menambah pengetahuan.

Selamat maju jaya.

13 comments:

Suzie Ahmad said...

perkongsian yg menarik..
mohon share dlm blog saya boleh?

Unknown said...

suzie,
silakan :D. thanks.

Neny said...

Like this very much! Betul, penyusuan yg berjaya perlu semangat yg kuat. Kadang2 mmg rasa nak give up tapi bila fikir nak berikan yg terbaik utk anak, terus semangat balik. Thanks for sharing :)

Pinkish Mumma said...

aS SALAM SIS....situasi yang same saya hadapi...apabila saya agak lantang membuat entry tentang penyusuan susu ibu..ramai jugak kengkawan yang hentam dari belakang...tapi dalam entry saya tidak pernah menyalahkan sesiapa jugak soal susu ibu,sy story cuma dari pengalaman saya...dan Alhamdulillah...anak pertama saya memang gagal menyusukan anak..tetapi saya bangkit untuk anak ke-2...alhamdulillah...dah 14 bulan pon saya berjaya menyusukan 2nd baby ni dan saya tidak pernah kenal erti giveup eventhough saya pernah alami susu merudum...dan saya jugak tidak pernah mengamalkan apa apa jugak milk booster..bagi saya jadual pam adalah penting...tq sis...:)

QA's ~ mamapapa said...

k'rai..sangat22222222 agree!!!!you thoughts..your points mmg sgt2 relevant dlm isu ni..to be honest..saya sdri pn tak mngalami jln yg seindah pelangi spnjg pnyusuan Que..tp alhamdulillah,..masih brtahan..smoga trus brtahan..doakan sy ye :)

Munn Jaafar said...

dah baca semua. thanks kak rai. :)

sy pnh bhadapan dgn rmai org kwn/family yg 100% bg susu formula kat anak..alasannya mcm tu lah..susu xada, xkan nk biar anak menangis?

yg sorg tu anak dia mbesar sihat gemok montel, comel dan bijak teramat..cepat belajar. (sy fikir sbb dia bg anak dia susu mahal - mmg mahal pun!).

yg sorg lagi baby masih kecik, so xtau la pkembangannya mcm mana.


susu ibu mmg tak dinafikan khasiatnya utk anak...tp dr pengalaman org tdekat (n bacaan jgk) sy tgk susu formula pun ada kelebihannya. sy tgh tggu explanation dr halina (barely supermommy) pasal plan die nak mix susu ibu dgn susu formula. nak kaji sndiri tak pandai...hihi

:)

Unknown said...

Neny,
betul..bila pam pam susu keluar sikit je..mmg rasa mcm nak give up.. tapi tiap malam bila my kids bangun mintak susu..i am thankful sangat sbb saya breastfeed diorang..at least tak payah bangun bancuh susu..selak je..ahaha...

pinkish mumma,
agree with u.during my first kid.saya takde amalkan apa jenis supplement pun..takde masalah.. cuma masa my second je i realize yang bila da makin berumur ni.. start sakit2 badan..supplement tu utk badan kita maintain sihat dan fill in the gap dalam diet..still. utk maintain susu kena rajin pump!

Unknown said...

QA mamapapa,
ehehe..actually ada ke ibu ibu yang takde cabaran masa breastfeed ni.. macam mana kecik pun mesti ada.. malas, mood kelaut nak mengepam, keja banyak..itu la ini la..mcm2..

Unknown said...

munna,
thats why akak kata..biasanya yg tak berjaya ni bukan sebab apa..tapi sebab kurang faham dan kurang belajar pasal penyusuan susu ibu ni..

susah nak cakap..dari segi kesihatan dan akal fikiran ni..ada je anak yg breastfeed yg ada masalah kesihatan.. still..dalam quran sebut..kita digalakkan menyusukan bayi..

in fact..macam mana mahal sekali pun susu yang mak bapak boleh belikan..takkan ada yang setanding dengan khasiat yg susu ibu boleh berikan..dan susu formula mahal tu pun sebenarnya diorang kaji kandungan susu ibu dan tiru je..

but..so sorry..so far yg akak baca.. susu ibu sangat superior. dan tak jumpa lagi kelebihan susu formula yg lebih berbanding susu ibu..melainkan..mudah..bancuh je. dan tak gaduh nak mengepam..

dari segi khasiat.penjimatan.malam malam senang tak payah bangun cari air panas bancuh susu..semuanya susu ibu yg lebih baik..hehe..

anyway..nanti share la finding dr harlina tu..nak jugak tau..

Munn Jaafar said...

hehe...dtg baca reply komen.

sy sbnrnya menyokong kuat utk breastfeed anak sndri.cuma tu la kekuatan smgt tu blum ada dgn fktor pndapat org sekeliling masing2 lagi..(sy pun terfikir kalau la satu hari nnti susu liat nk kuar, sanggup ke nak tgk anak nangis lapar smbil kita gigih memerah..sayunye)

tp sy mmg percaya sgt susu ibu tetap paling terbaik. eh, salute la kat mommy2 yg perah susu kt ofis utk bekalan anak...ya Allah..hbt btul sy rasa.

munna said...

munna anak yg pertama tak berjaya bagi breast feeding.... anak kedua barulah berjaya fully breast feeding

Rose MH said...

Askm sis..pengkongsian sis tntng bf ni ckup lngkap..skang mmg mkin rmi yg x tau konsep pnyusuan sbnr,rmi yg ingt amek suplmnt susu akan byk tanpa buat pam,minum air & sbgainye lg..mohon sy share isi2 yg bernas dri blog sis utk entry2 sy tntg bf ye..tmkasih sis =)

Unknown said...

Salam Lady Rose,
Thanks for sharing the info. Silakan.. Additionally utk point no 1 tu boleh tambah.. Actually the first few days bukan takde susu, tapi keluar kolostrum. Warnanya kekuningan likat. Memang tak macam susu, tapi sangat berkhasiat utk bayi. So bila baby lahir, jangan pk ada susu ke tak ada susu, terus latch. Hisapan bayi akan stimulate susu.

First few days bukan tak ada susu, tapi kolostrum. Kena bagi baby hisap jugak. Bila da habis kolostrum keluar baru susu keluar. Biasanya lepas 3 hari baru susu yang putih tu keluar.

Blog Widget by LinkWithin