Other side of me

Friday

Announcement : Its official

Assalamualaikum

First of all, saya nak mengucapkan terima kasih di atas sokongan pembaca blog Penyusuan Susu Ibu ini. Saya akui, penulisan saya dalam blog ini agak kurang mesra berbanding penulisan di dalam blog harian saya. Apa yang ditulis dalam blog ini adalah hasil pembacaan dan pengalaman saya sendiri menyusukan putera dan puteri saya selama 3 tahun (Aqil 3 tahun, Atiqah 2 tahun - Tandem nursing selama lebih kurang setahun)

Jujurnya, saya tak merasakan diri saya berjaya 100% dan masih banyak yang perlu dipelajari bagi menyempurnakan penyusuan susu ibu pada masa akan datang. Bagaimana pun, pada 9 June 2012, saya telah berjaya menjalankan tanggungjawab memberikan penyusuan susu ibu kepada puteri kesayangan Nurul Atiqah Damia seperti yang telah disarankan di dalam Al-Quran. Dengan ini, berakhirlah perjalanan penyusuan susu ibu bagi anak-anak buat masa ini.

Walau bagaimana pun, saya akan cuba sedaya upaya meneruskan perkongsian dari masa ke semasa, bagi memberikan sebanyak mungkin info yang berguna bagi ibu-ibu meneruskan penyusuan susu ibu selama yang mungkin. Insya allah.

Bagi yang ingin terus mengikuti perkembangan keluarga kami boleh lawati blog personal saya http://ourkizuna.blogspot.com/

Semoga ibu-ibu akan terus berjaya mengharungi cabaran penyusuan, terutamanya menjelang ramadhan yang akan muncul kurang dari sebulan ini. Dalam jangka masa ini, pastikan ibu-ibu mengumpulkan bekalan EBM sebanyak yang mungkin bagi menghadapi hari-hari awal dalam bulan Ramadhan yang paling mencabar ini. Sekiranya mengalami kemeruduman, sentiasa ingat asas penyusuan adalah supply dan demand. Oleh itu, sebelum mengeluarkan belanja bagi membeli sebarang makanan tambahan, pastikan ibu ibu kerap mengepam dan menyusukan secara terus bagi menambah stimulasi. Vitamin dan supplement tambahan adalah bagi memastikan ibu ibu terus bertenaga sepanjang proses penyusuan dan bagi yang mengandung dalam keadaan berpuasa.

Sekiranya ada yang berminat nak mengetahui jenama vitamin dan supplement yang saya amalkan boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk keterangan lanjut. Insya allah, saya akan cuba membantu.

Selamat berjaya.

Rai

No comments:

Blog Widget by LinkWithin