Other side of me

Thursday

Isu derma susu ibu

Assalamualaikum

Actually topik ni dah agak suam suam kuku, tapi saya yang agak ketinggalan keretapi baru nak bagi ulasan.



Sebelum pregnant, saya memang tak pernah terfikir nak jatuh cinta pada breastfeeding. Malah kalau fikir pasal susu, mesti fikir nak bagi susu formula yang mana satu. Kuat betul pengaruh iklan susu formula kat televisyen kan. Mujur saya tergerak hati untuk membuat research dan berkenalan dengan komuniti ibu-ibu yang menyokong susu ibu.

Keazaman saja belum tentu menjamin kejayaan dalam penyusuan. Malah, perkataan kejayaan itu sendiri adalah berbeza mengikut individu. Setiap ibu yang mencuba untuk menyusukan anak mereka adalah ibu yang berjaya. Tidak kira selama mana tempoh penyusuan itu. Sekejap atau pun lama. Yang penting adalah usaha. Sekiranya tempoh penyusuan lebih singkat berbanding ibu-ibu lain, belajarlah menerima takdir dan redha dengan rezeki yang telah Allah berikan.

Kira-kira dua tahun lepas, sangat jarang saya mendengar sesiapa mencari ibu susuan atau cubaan mendermakan susu ibu di media-media sosial. Baru-baru ini, isu ini telah di highlight kan di dalam suratkhabar. Ini menunjukkan bahawa semakin ramai ibu-ibu di Malaysia yang mula sedar akan kebaikan susu ibu. Ramai yang rela mencari ibu susuan atau mencari stok susu dari ibu-ibu lain dari memilih susu formula.

Sebagaimana yang telah ditekankan dalam Islam, penyusuan susu ibu adalah tanggungjawab ibu bapa. Ia hendaklah dipenuhi sehingga anak tersebut berumur dua tahun. Bagaimana pun sekiranya tidak mampu dengan sebab kesihatan dan faktor yang relevan, diharuskan berhenti dengan keizinan daripada suami. Kemudian, sebaiknya suami perlu mencari ibu susuan bagi mencukupkan tempoh penyusuan anak tersebut sekiranya belum cukup 2 tahun.

Bagi saya, ini adalah satu perkembangan yang menarik dan sangat baik. Tetapi ini bukan bermaksud saya menyokong tindakan mengiklankan susu untuk di dermakan sewenang-wenangnya.

Perlulah diingat bahawa, susu yang diminum akan menjadi darah daging anak tersebut. Oleh itu, sebaiknya ibu bapa hendaklah mencari seseorang yang baik akhlaknya, sekiranya berkenalan di media sosial sekali pun. Ambil masa untuk mengenali budi bicara penderma. Kenali dirinya, keluarganya, kemudian barulah dinilai semula. Dan telah disebutkan bahawa haram bagi adik beradik susuan berkahwin. Sekiranya susu didermakan dengan sewenang-wenangnya, ditakuti, anak-anak yang menjadi adik beradik susuan ini tidak mengenali satu sama lain, dan kemungkinan mereka berkenalan dan saling jatuh cinta apabila telah besar kelak.

Saya kira, adalah satu tindakan yang bijak mencari ibu susuan bagi anak, bagaimana pun harus diingat, Islam telah memberikan garis panduan yang lengkap dalam melaksanakannya. Bagi yang ingin menjadi ibu susuan, jangan lupa dapatkan keizinan suami sebelum membuat sebarang tawaran.

Besarnya pahala kerana menderma sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Dermalah dengan berhemah..hehehe..

Daa

1 comment:

@LeenShamsh said...

sokong susu ibu..kite sekapal insyaAllah! ;)

1. susu ibu, andai Allah tak izin
2. ibu susuan yang solehah
3. pilihan terakhir, susu formula

Blog Widget by LinkWithin