Baru-baru ini seorang rakan sekerja merungut kerana susu tepung naik harga hampir 10%. Saya sungguh bersyukur kerana dengan bermodalkan sebuah pam manual Avent yang dibeli lebih dua tahun lepas saya berjaya menyusukan kedua-dua anak kesayangan saya.
Bukan faktor kewangan saja yang menjadi ukuran sebenarnya. Kalau diikutkan penyusuan susu ibu memerlukan bermacam pengorbanan. Pengorbanan dari segi masa tidur. Maklumlah kalau menyusukan bayi tentu tak boleh bertukar tempat berjaga dengan suami untuk membancuh susu bila si kecil dahaga di tengah malam. Apa lagi kalau yang co-sleep dengan bayi, nak bermanja-manja pun susah.
Waktu rehat tengah hari di tempat kerja pulak terpaksa berkejar cari stor atau meeting room untuk sediakan stok esok hari. Lambat perah alamatnya membengkak la jawabnya. Suami pun terpaksa berkorban juga. Tak sedikit wanita bekerjaya yang tidak memilih menyusukan bayi mereka sebab takut badan tak lawa. Payudara jatuh. Takut suami cari lain. Sedangkan orang lelaki, dapat isteri cantik jelita pun nak pasang dua juga. Lumrah alam.
Mungkin kerana semua pengorbanan inilah, Islam mewajibkan seorang anak menghormati ibunya sebelum ayahnya. Bagi suami, hargailah pengorbanan isteri. Walau pun susu ibu tu FREE, masih terlalu sedikit wanita di Malaysia ni yang menyusukan bayi mereka sepenuhnya sehingga 2 tahun. Masih ramai yang masih mengagungkan susu Formula yang semakin mahal harganya.
No comments:
Post a Comment