Other side of me

Friday

Breast-Feeding: Not Just for Women?

In September, Europe's highest court ruled that Spanish dads are entitled to “breast-feeding leave.”

Read more: Breastfeeding not just for women
Sengaja saya besarkan pernyataan di atas. Saya rasa Malaysia adalah sebuah negara yang banyak ketinggalan dalam penjagaan hak asasi wanita. Selain dari cuti bersalin yang cuma 60 hari berbanding kebanyakan negara yang memperuntukkan 90 hari cuti bersalin (Check - Maternity leave around the world).Kebanyakan syarikat di Malaysia juga tidak memperuntukkan bilik khas bagi keperluan ibu-ibu menyusu. Malah, boleh dikira dengan jari berapa banyak syarikat di Malaysia yang memberikan insurans coverage untuk bersalin. Apatah lagi menyediakan pusat penjagaan anak di dalam atau berdekatan dengan syarikat.

Mungkin perkara seperti ini dipandang remeh oleh kebanyakan orang, tetapi ia sedikit sebanyak menyumbang kepada alasan wanita-wanita bekerjaya di Malaysia untuk tidak meneruskan penyusuan selepas habis tempoh berpantang. Tidak sedikit ibu bapa masa kini yang menghantar anak mereka ke kampung halaman untuk dijaga oleh ibu bapa masing-masing kerana tidak sampai hati hendak menghantar bayi yang terlalu kecil ke pusat jagaan kanak-kanak. Seterusnya menjadi alasan untuk tidak meneruskan penyusuan susu ibu sehingga sekurang-kurangnya dua tahun mengikut saranan Islam.
Ini tidak menghairankan kerana, pusat jagaan kanak-kanak yang tumbuh macam cendawan selepas hujan ini tidak mementingkan keselamatan kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah. Sedangkan sepatutnya setiap penjaga dipusat jagaan kanak-kanak perlu diwajibkan mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan mengenai pertolongan cemas. Saya berpendapat pihak berkuasa di negara kita terlalu ber"lembut" dengan kes-kes kematian akibat kecuaian pusat penjagaan kanak-kanak yang berlaku.

Berbalik pada topik. Saya mendengar ramai ibu-ibu mengeluh kerana majikan bukan saja tidak menyediakan tempat yang sesuai untuk memerah susu, malah ada juga bos yang jeling-jeling manja bila pekerjanya ambil masa untuk memerah susu. Ini menyebabkan ramai ibu yang bekerjaya yang merasakan bahawa penyusuan susu ibu adalah pengalaman yang tidak menyeronokkan seterusnya memilih untuk memberikan susu formula apabila mereka mula bekerja. Salah siapa? Entahla..

No comments:

Blog Widget by LinkWithin