Other side of me

Thursday

Pengaruh diet kepada susu ibu


Adakah diet pemakanan ibu mempengaruhi khasiat dan nutrisi yang terkandung dalam susunya. Sebenarnya ibu-ibu tidak perlu begitu bimbang dengan diet pemakanannya. Dengan kata lain, selagi ibu-ibu mengamalkan diet seimbang dan mengelakkan diri dari makan makanan segera yang tidak berkhasiat, mereka tidak perlu bimbang dengan kualiti susu yang dihasilkan.

Keperluan pemakanan bagi ibu yang menyusu adalah :
(1) Untuk mengekalkan mutu susu
(2) Untuk pemulihan selepas bersalin
(3) Untuk mengekalkan kesihatan ibu
(4) Melebihi keperluan dari biasa dan semasa hamil

Bagaimanakah corak pemakanan ibu boleh mempengaruhi susunya :
(1) Pengambilan makanan yang kurang tidak menjejaskan jumlah susu yang dihasilkan
(2) Nutrien utama tidak terjejas jika kurang pengambilan
(3) Nutrien yang terjejas ialah Vit.B12,B6, A dan D

Dalam banyak kajian menunjukkan kekurang zat yang sederhana tidak mempengaruhi
kandungan lemak, protein dan laktosa di dalam susu yang dihasilkan.

Pengaruh diet kepada kualiti susu ibu :
(1) Sekiranya berlaku kekurangan kronik dalam pengambilan Vitamin B6,B12,A dan D ; kandungan zat tersebut dalam susu ibu akan berkurangan.
(2) Pengambilan iodin dan ubatan yang berlebihan akan menjejaskan kualiti susu ibu
(3) Corak Bekalan Ibu- Zat Besi, Folik asid lemak, Vitamin A, Kalsium dan zat makro

1. NIKMATILAH PELBAGAI JENIS MAKANAN
Makanan yang berbeza membekalkan kombinasi tenaga dan nutrien yang berbeza
Makan pelbagai jenis makanan merupakan cara terbaik mencapai keperluan tenaga dan nutrien
Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan. Pelbagaikan juga jenis makanan yang diambil

Makan paling banyak makanan daripada paras yang paling bawah dan paling sedikit daripada bahagian paling atas pada Piramid Makanan. Ini dapat membantu memastikan diet seimbang.Hendaklah menekankan kesederhanaan dalam pengambilan makanan untuk mengelakkan makan dengan berlebihan.

4 comments:

Ilyana said...

salam, rai..
kalau baby xnak benti menyusu apa maksudnya ek?
maksud saya, dia mcm xkenyang2 walaupun kdg2 dia menyusu dh 3jam lbh. bila tarik puting tu dia menangis smbil mulut mencari2 susu.

saya slalu kepenatan nyusukn dia sbb tu.kdg2 dia tertdo dlm 5-10min, lps tu dia smbg hisap lg.dia bkn sekadar kemam je..tp hisap btl2 kuat.

saya try fully BF dia dr pg lps mandikan dia, smpi ke ptg kol 5-6ptg dia buat mcm tu. tdo kt pangku adala plg lama stengah jam. kdg2 saya nk mkn pun xsempat.

tolong bg pandangan sket ye?thanks

Unknown said...

Sorry lambat reply Pinky..saya da lama tak mengecheck blog ni..tak sempat..

saya pun tak expert bab2 penyusuan ni..tapi setahu saya baby mmg suka melekap ngan ibu dia walau pun da kenyang..ada la kes yang salah kaedah lekapan yang menyebabkan baby hisap lama tapi tak kenyang2..pinky check kaedah lekapan betul ke tak..kalau still rasa tak pasti..baik jumpa ngan LC..diorang boleh tengokkan kaedah lekapan baby betul ke tidak..

ada la jugak beberapa kali Aqil buat perangai macam tu..biasanya saya biar kan sampai dia puas hati (sakit oo pinggang).. kadang kadang saya tak tahan saya tarik jugak..bagi dia permainan lain..

zZana said...

hye rai,
nak mintak pendapat u sket about ada mommy yang beriya-iya nak crash diet sebab nk turunkan berat badan wpun sedang breastfeed n baby baru jer 2 bulan..
what do u think? do share ya..tq

Unknown said...

zZana,
saya reply kat post ye. Sori lambat

Blog Widget by LinkWithin