Other side of me

Saturday

Susu sedikit

Memang terdapat wanita yang mempunyai susu yang sedikit berbanding keperluan bayinya. Bagaimana pun jumlahnya tidaklah begitu ramai. Kini terdapat berbagai-bagai kaedah dan petua untuk menambahkan jumlah susu. Tetapi, tidak semestinya kaedah tersebut akan berjaya menambah pengeluaran susu kerana ia juga bergantung kepada tindak balas tubuh wanita itu sendiri.

Jangan bimbang sekiranya anda mendapati bayi anda mula minum susu pada jumlah yang banyak ketika anda tiada bersamanya kerana terdapat banyak kaedah untuk menambah pengeluaran susu :-

(1) Tambahkan kekerapan dan masa mengepam
Pengeluaran susu ibu adalah berasaskan demand-supply, bermaksud semakin banyak demand semakin banyak supply yang dihasilkan. Tambah kekerapan menyusukan bayi secara terus sewaktu berada bersama bayi. Setiap kali selepas menyusukan, perah susu bagi menghantar mesej kepada badan untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Jangan kecewa sekiranya susu yang berjaya diperah tidak banyak, kerana tujuan asal adalah untuk menambahkan pengeluaran susu. Menurut kajian, susu lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh yang demikian, bangun pada pukul 3:00 atau 5:00 pagi untuk memerah susu.

(2) Menggunakan kaedah double-pumping
Sekiranya hanya mempunyai single-pump, anda boleh menyusukan bayi sambil memerah susu. Ramai ibu-ibu yang telah berjaya setelah mencuba kaedah ini. Kesabaran adalah penting kerana biasanya kesan hanya dapat dilihat selepas 2 minggu.

(3) Melalui pemakanan
- Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
- Air soya
- Air barli
- Jus pegaga
- Air rendaman halba
- Air rebusan longan kering (Boleh didapati di Giant)
- Ulam jantung pisang
- Lobak putih masak bening
- Oats
- Kurma
- Madu
- Milkmaid tea ( Boleh dibeli di kedai-kedai online)
- Betik muda masak bening
- Pil ASI

Berbincanglah dengan pakar sekiranya susu masih tidak mencukupi. Elakkan daripada meminta pendapat orang yang kurang pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Kini terdapat ramai pakar laktasi yang boleh memberikan nasihat secara percuma. Contohnya Puan Kamariah tuan punya Susuibu.com

Sumber : Forum susu ibu, Forum susu ibu

1 comment:

Azrina said...

Kalau tidak mampu boleh pergi pada Peer Counselor ataupun pergi terus pada Hospital Rakan Bayi yang berkaitan.

Blog Widget by LinkWithin