Other side of me

Tuesday

Persediaan Sewaktu mengandung

Mental
Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil. Dapatkanlah dan bacalah sebanyak mana mungkin mengenai penyusuan susu ibu serta lain-lain aspek penjagaan anak. Jika berpeluang, hadirilah kelas-kelas ibu mengandung bersama suami anda.

Fizikal
Buah dada anda biasanya membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. Untuk menampung buah dada, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar biasanya diperlukan. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci buah dada. Elakkan penggunakan sabun kerana ianya boleh mengeringkan kulit buah dada. Pastikan buah dada diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masaalah di buah dada. Pada bulan-bulan akhir, pelajarilah cara-cara memerah susu. Pengetahuan ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin