Menyusukan bayi menggunakan 500 kalori setiap hari.Kebanyakan tenaga ini juga diambil daripada simpanan lemak ketika ibu itu hamil. Bagaimana pun ada juga pendapat yang mengatakan ibu-ibu yang menyusukan bayinya perlulah mengambil tambahan 500 kalori dalam pemakanannya. Justeru, kebanyakan wanita yang menyusukan bayi mengalami pertambahan selera makan. Rasa lapar dan dahaga memang menjadi kelaziman dalam tempoh hamil.
Ibu menyusu bukan saja perlu mengisi pelan pemakanan mereka dengan makanan bernutrisi tinggi, tidak berlemak dan mengandungi kandungan gula yang tinggi saja. Keperluan pada protein, kalsium, folik dan vitamin C dan A juga perlu diberi perhatian. Keperluan ini harus diseimbangkan dengan pengambilan makanan yang sepatutnya.Ibu menyusu juga harus minum air lebih daripada biasa dan mengelak daripada meminum teh, kopi atau minuman bersoda dan alkohol.
Pentingkan kualiti berbanding kuantiti dalam pemakanan adalah satu langkah bijak bagi seorang ibu yang menyusukan bayinya.
No comments:
Post a Comment