Other side of me

Friday

Bayi tak mahu botol

Sekiranya bayi anda menolak dari minum susu perahan menerusi botol, pastikan anda tidak memilih untuk memberikannya susu Formula. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak produk yang menyokong penyusuan susu ibu di pasaran. Anda boleh cuba menukar puting botol susu yang digunakan kepada puting susu yang mirip puting ibu. Ramai ibu-ibu yang telah berjaya melatih anak mereka minum susu perahan setelah menukar puting susu botol yang digunakan. Pastikan anda tidak memaksa bayi anda sekiranya dia menolak untuk minum menerusi botol.

Contoh-contoh puting botol yang mirip puting ibu :
(1) Avent
(2) MAM
(3) The first years

Dan banyak lagi, yang boleh didapati di pasaraya terkemuka seperti Jusco dan pusat barangan jualan bayi seperti Babyland. Terdapat juga kedai-kedai online di internet yang menjual produk-produk ini.

Jangan putus asa sekiranya bayi anda masih menolak dari minum susu menerusi botol. Masih terdapat cara lain bagi memberikan susu yang telah anda perah kepada bayi anda seperti finger feeding dan juga penyusuan menerusi cawan atau sudu. Bagaimana pun setiap kaedah ini mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. Anda haruslah bijak dalam memilih kaedah yang paling sesuai dengan anda dan bayi anda. Kesabaran adalah amat penting dalam menjayakan penyusuan.

(Sumber : Kaedah alternatif penyusuan)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin