Other side of me

Monday

Petua batuk selesema

Assalamualaikum

Saya melihat fenomena menakutkan pada masa kini. Ada ibu bapa yang bila anak batuk sikit, selesema sikit.. Baru panas sikit (37.5 darjah ke bawah) dah bagi makan ubat.

Menurut kajian, ubat batuk adalah tak berkesan. Banyak gula. Seorang MA pencen bercerita dengan saya, di Klinik Kesihatan tempatnya bekerja, berkilo gula digunakan untuk prepare ubat batuk. Wallahualam tak tahu betul ke saya ditipu. Tapi, apa yang saya tahu, ubat batuk adalah berbahaya kalau beri pada budak bawah dua tahun.

Oleh sebab itu, simptom kecik kecik macam demam selesema dan batuk yang biasa. Saya cuma biarkan tanpa berikan sebarang ubat. Hanya pastikan mereka banyak berehat, minum air secukupnya dan berikan vitamin C yang dibancuh dalam air.

Ini ada satu petua yang baru saya cuba. Sangat sesuai digunakan bagi menangani masalah batuk selesema. Memang sangat berkesan sebab saya sendiri dah cuba. Bukan saja untuk anak-anak, malah orang dewasa pun boleh.

Menggunakan bawang dan madu.

Caranya, hiriskan bawang besar kemudian tuangkan madu asli secukupnya. Biarkan 10-15 minit. Air bawang akan bercampur dengan madu. Ambil airnya dan digunakan sebagai ubat batuk dan selesema. Bawang tu makan pun sedap.
madu asli manuka yang saya gunakan
Kalau hidung tersumbat di malam hari pulak. Hiriskan bawang besar. Bungkus dengan kain nipis atau tisu. Letakkan berdekatan dengan kepala ketika tidur. Insya allah hidung kurang tersumbat.

Boleh juga digunakan untuk merawat sakit tekak. 

Selamat mencuba.

3 comments:

*azni* said...

anak2 kat rumah pun batu gak..tido mlm tak lena sebab asik duk terbatuk2..boleh cuba ni..lagipun madu ada kat rumah..

Atiqah Aziz said...

Ya, betul tu..saya setuju..ubat untuk kanak2 tak sesuai mereka..terlalu manis dan pekat.cukup membuktikan kandungan gula dalam ubatan tersebut adalah tinggi. Tambahan memberi ubatan klinik telalu kerap dan lama menjadikan perut anak lebih sensitif selain sebenarnya ubatan trsebut turut mematikan kuman-kuman baik yang diperlukan untuk tingkatkan sistem imun tubuh.

thehealthinspector said...

sebenarnya ubat batuk untuk kanak-kanak 2 tahun ke bawah cuma placebo. Mengurangkan risau ibu bapa. Takde ubat apa pun dalam tu. :)

Blog Widget by LinkWithin