Other side of me

Friday

Boost production di hujung minggu

Jumaat datang lagi (Macam iklan TORA tak..hehe). Hujung minggu pastinya adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu-ibu bekerja. Masa untuk luangkan lebih masa dengan keluarga, mengemas rumah dan sebagainya. Ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk melakukan "sesuatu" bagi menambah pengeluaran susu ibu.
Caranya adalah dengan menggabungkan kesemua faktor yang boleh menambah pengeluaran.

(1) Faktor permintaan - Kerapkan penyusuan secara terus dengan bayi. Susukan bayi selama yang mungkin. Sebaik bayi bertukar ke payudara sebelah lagi, pam payudara sebelah yang telah disusukan. (Contohnya kalau mula-mula susukan sebelah kanan, pam payudara kanan apabila bayi bertukar ke sebelah kiri. Kira macam double pump la) Jangan kecewa sekiranya susu yang keluar hanya sedikit kerana langkah ini adalah bertujuan untuk menghantar signal ke otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Setelah bayi selesai menyusu, lakukan langkah yang sama dengan memerah susu disebelah lagi. Sebaiknya terus lakukan power pumping*

* Power pumping dengan menggunakan double pump - Pam 10 minit, rehat 10 minit. Ulang dalam masa sejam atau lebih.
sekiranya menggunakan single pump - Pam sebelah payudara selama 10 minit kemudian bertukar ke payudara sebelah lagi. Lakukan selama sejam atau lebih.

(2) Faktor masa - Hormon prolaktin adalah paling banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh itu, lakukan power pumping sebelum tidur (sekitar pukul 12) dan sebaik bangun pagi (subuh hari)

(3) Faktor pemakanan - Cuba pelbagai resepi baru dengan makanan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu. Anda pasti akan dapat melihat perubahannya pada hari Isnin nanti. Sebenarnya kaedah ini tidak terhad untuk waktu hujung minggu sahaja. Kalau ada masa, hari bekerja pun boleh. Cuma, mungkin waktu bersama bayi akan lebih terhad pada hari bekerja berbanding pada hujung minggu.

Selamat berhujung minggu :D

5 comments:

Anonymous said...

salam kenal...saya juga seorang ibu bekerjaya yang turut menjayakan penyusuan susu ibu...

Unknown said...

salam kenal adha...semoga kita sama sama berjaya graduate sampai 2 tahun...tak sabarnya kan..hehe..

Najwa said...

selalunya kenapa ye, bila tibanya weekend lah saya jarang pam (dengan anggapan yg sebab baby 24 hours ngan saya) jadi saya tak perlu perah...

n mungkin jugak andaian saya, kalau saya perah abih baby nak minum apa... lagi saya macam sakit hati dengar orang ckp... ko ni hujung minggu pun nak perah, kasik direct je la... ni selalu kasik machine makan...anak dibiarkan

Unknown said...

bagi saya the main purpose of pam adalah untuk simpan stok untuk kegunaan ketika kita tak ada dengan baby. so weekend saya mmg jarang sangat pam. melainkan kalau saya tak duk dengan baby.

tapi, bagi ibu-ibu yang nak menambah production. Pam ketika hujung minggu adalah option yang baik. dengan syarat utamakan direct feeding. lepas baby minum susu baru pam sebab direct feeding lebih efisyen untuk kosongkan breast.

nasihat saya, kalau puan nak memerah dihujung minggu tak ada masalah. asalkan utamakan direct feeding. dan jangan pedulikan sangat cakap2 org tu. manusia ni macam2 perangainya.

blogger misteri said...

ding dang dtg lagi

hehe

belajar menyusu di sini

=)

Blog Widget by LinkWithin